Followers

Jan 8, 2016

Last Bolt, Final Semester

Current status : Still waiting for universities conditional offer.Finishing some more part of Internal Assessment Chemistry. Grateful that my Extended Essay deadline is still long way to come, for my supervisor has not yet give feedback to the research I did last year.

Sungguh, hidup ni bukanlah tempat untuk berehat. Apatah lagi untuk bersenang-lenang dan memanjakan tubuh daripada bersusah-payah dan berpenat lelah dalam agama.

Alhamdulillah, I'm back on track.
New semester, new resolution. Harus wajibkan diri berjemaah dalam solat selagi mampu, harus istiqamah membaca surah Al-Waqi'ah setiap hari dan menunaikan solat dhuha setiap hari sekiranya tiada urusan.

Life ain't easy in KMB, everyone here knows that.
Banyak liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi untuk sampai ke semester 4. Hari-hari dimana hanya air mata yang menjadi kata-kata untuk meluahkan perasaan, atau hari-hari engkau berjalan terlalu laju untuk mengejar masa yang kian meninggalkan engkau.Tuhan, kusyukuri hingga kesaat ini Kau kuatkan aku.

Tiada yang lebih indah berbanding ketentuan Tuhan yang menemukan setiap orang yang aku kenali untuk mengajarkan sesuatu. Tiada yang lebih indah berbanding perjalanan hidup yang tidak pernah terjangkau akal - dan disini aku berada di KMB untuk semester yang terakhir.

Ada rezeki, sampailah ke UK September ini.
Ameen ameen ya Allah.
Ada masa-masa aku risau, sedangkan kawan-kawan lain sudah memperoleh 'conditional offer' sedangkan aku belum dan masih menunggu tanpa jemu.Ibarat menunggu orang datang masuk meminang.Kehkeh.Fine.

Moga-moga Allah mudahkan jalan ini.
Tiada apa yang mudah, begitu juga jalan yang aku pilih melalui istikharah dan menyerahkan sebulat-bulatnya urusan kepada Allah.

Ya Allah, moga engkau izinkan aku kesana.
Moga aku mampu berbakti kepada Ummah melalui jalan menuntut ilmu yang penuh getir dan payah.