Followers

Jun 23, 2014

Being far from them.

Been living far from family ever since I was in Form 1.Its a hard situation,where I have to walk on my own throughout the whole life in a boarding school.

Tak,tak kata kehidupan di asrama ini mudah kerana hakikatnya ada juga duri yang perlu ditempuh.
Rakan-rakan yang dari tingkatan satu selalu sama-sama menjadi lebih rapat dari adik-beradik sendiri.
They're the ones that I've seen their faces almost everyday.We ate 5 times a day,we go to school together,we go to prep class together.

We bathed in the same toilet.
I meant it.That almost everything was done with le friends.

Apabila dah duduk di asrama,aku percaya split personality really happens.I know that its not only me,but its almost everyone.

Masa tingkatan satu dulu,jarang sekali keluarga hantar naik kereta sebab jauh.Seingat aku memang jarang sangat-sangat.Selalunya tumpang orang dan naik bas sendiri.

Bila cuti sabtu ahad,selalunya akan ada keluarga yang datang asrama lawat anak-anak.Outing la in another word.Tidak mengatakan cemburu,tapi itulah..jauh disudut hati.

Selalunya,Puan Ibu akan datang apabila hari report kad(bermula tingkatan 3),dan datang pada hari PIBG.
Tidak pernah datang untuk outing mingguan,sebab jauh KL dan Sabak Bernam.

5 tahun berlalu.

Sepanjang 5 tahun itu,aku akui aku canggung.Canggung whenever I am home,sebab selalu jauh.Neighbours langsung tak kenal,dan tak ambil tahu.Walaupun tiapkali nak balik KL,semua orang akan excited dan aku pun tak terkecuali.

Walhal,balik rumah bukan apa pun.Balik rumah sekadar balik,jumpa mak ayah,beli barang-barang makanan ke stationaries ke yang dah habis kat asrama.Kemudian paling penting,habiskan masa online.Online bukak Facebook,kawan lagi.

Jarang sekali nak spend time berjalan-jalan,atau makan diluar.Sebab tu bila hari ahad,member selalu cerita pergi habiskan masa dengan keluarga,aku hanya menjadi pendengar.

Mungkin itu menjadi sebab aku jadi jauh dengan keluarga.
Jauh tu bukanlah bermaksud sampai putus hubungan,tak.Cuma tak semesra adik-beradik lain.Cuma tak sama dengan life bersama kawan-kawan.

Its such a split personality between friends and families.

Sepanjang 5 tahun juga,masa SPM lah Puan Ibu datang tiap tiap minggu bawa makanan,dan makan bersama.Sembang sikit-sikit kemudian balik.

Begitulah.

Sepanjang 5 tahun juga,makin lama makin sikit perkataan di telefon.Selalunya aku akan menelefon sama ada Puan Ibu atau Inche Abah bila nak balik,sekadar maklumkan yang aku akan balik KL.

Masa form 1 dulu rajin jugak nak call,sebab public phone depan dorm.
Makin lama,tingkat makin tinggi maka makin malas nak call.Lagipun selalunya kalau call Puan Ibu akan engaged ataupun tak berangkat.Ada masanya memang setiap kali call akan engage.Yelah aku faham,beliau harus berurusan dengan klien yang penuh dengan masalah.

Kalau dengan Inche Abah pula,beliau bukanlah jenis yang chatty boleh nak sembang gayut lama-lama.Sebab tu rasanya paling lama cakap kat public phone pun tah,seminit?

Situasi sedemikian membuatkan aku makin makin makin rasa jauh.Terasa makin tidak mesra dengan ahli keluarga,Tak,aku tak pernah minta untuk jadi introvert sebegitu rupa.Tapi hanya salah akukah,atau salah asrama apabila aku membesar sebegitu ?

Fikirkanlah.Aku tak tau,tapi by the time aku menulis perenggan ni,aku menangis teresak-esak.
Aku,rasa lebih baik untuk berada jauh dari keluarga apabila sekiranya bersama mereka,aku jadi tak boleh nak handle emotions aku.Tak boleh nak handle temper aku.

Sebab there are things that I don't like,that they are doing.
Aku lebih prefer sekiranya menegur kesilapan aku dengan suara yang lembut,bukan meninggikan suara.
Itu hanya satu.Sebenarnya banyak benda yang contradict dengan apa yang aku boleh handle.Things yang only friends do understand.

Aku mungkin mampu bersabar,tapi at the end aku akan merengus atau meninggikan suara juga.Kan jadi durhaka gitu? Sebab tu,aku lebih prefer jauh.Sebab bila jauh,aku tahu appreciate kasih sayang keluarga.

5 tahun asrama.3 bulan PLKN.2 tahun di KMB.4 tahun di UK?(Amiin).

Ya,asrama banyak merubah kehidupan seseorang.Be it something that can be blatantly seen,or something that can't be observed.

Andai satu hari nanti aku diberi pilihan untuk menghantar anak ke asrama,aku kata pergilah.Tapi aku akan pastikan bukan sekadar kehendaknya dari segi kewangan yang aku penuhi,tapi cukup kasih sayang sebagaimana adik-adiknya dirumah.Selalu lawatnya di asrama,dan selalu memesannya untuk berhubung melalui telefon awam/

Dan aku masih menangis.Sebab hakikatnya,pedih tu aku sorang je rasa.Rasa hati yang dah lama pendam tu aku seorang je yang faham betapalah aku ni lemah tak berdaya.

Split personality really kills me.Aku takkan sama dirumah dan di sekolah.Malah,dirumah aku menjadi sangat 
introvert dengan sekeliling.Tak,aku tak pernah minta.Aku cuma tinggalkan segala apa yang aku ada di sekolah,bawa pulang personality dan leadership skills yang selalu mereka pandang hebat di sekolah.

Sebab bila pulang dirumah,telinga aku didengarkan yang aku ini tidak mempunyai kemahiran hidup la,harap je pandai tak reti memasak la,macam-macam la yang negatif.

Sesuatu yang berbeza dengan kata-kata disekolah.Susah nak terima pujian dirumah ini,maka aku hanya menjadi seorang kanak-kanak dengan tangan kosong,dan hanyalah a mere child that won't be able to contribute to society.

Aku lupa bagaimana aku 6 tahun dulu.Aku yang tak pernah masuk asrama lagi.Aku yang tak faham perasaan jauh dari keluarga.

entah aku lupa.
Mungkin ini suatu dugaan untuk aku,untuk sentiasa mentaati kedua ibubapa walau hakikatnya aku dah gagal.

masih menangis lagi.
Harap tiada yang membaca post ini.