Followers

Mar 26, 2014

Alhamdulillah- Straight A's :)

Assalamualaikum and hi !
So I am now in my home after a dreadfully National Service training with thousands of uncountable memories,
which ended on 18th of March.

And on 20th of March-the SPM result has released ! Jyeah,congratulations to everyone for big big and big effort towards struggling success,and how we endure the pain and how much sacrifice we have made,
and even how many resistance that we have gone through,

so congratulations no matter how your result is !

Here's my result :



nak cakap hebat tu tidakla,berlambak diluar sana yang straight A's dengan A+ yang lagi banyak.
tapi atas dunia ni,selalulah pandang yang lebih rendah dari kita,so I am grateful enough dengan keputusan ini.

Yes straight A's.Alhamdulillah again and again...

Jadi disini saya ingin menjawab persoalan sesetengah pihak disebabkan facebook,wechat,dan inbox penuh dengan soalan.Haha tak larat weh nak jawab sebab aku pun tak ada jawapan yang occurate.Sekadar share mana yang mampu.


MY SCHEDULE?





Dulu aku bukanlah jenis yang bangun awal untuk study.Bangun pun 5.30 dan above.Peh habis senior sangat jam 6.15 pagi.Things changed when I tried bangun 5.30 setiap hari.Bangun terus solat sunat.Lepastu solat subuh.Baru mandi.

Dah siap terus pergi sekolah.
Bila schedule dah berubah*starting masa trial,iaitu bangun 4 pagi* dalam 6.45 dah dalam kelas.

Just so you know,saya merupakan setiausaha pengawas yang menyebabkan SETIAP HARI perlu berada di pagar sekolah.

Oleh itu,waktu pagi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin tahu?
Dan waktu malam iaitu prep,jangan pernah tidur.Malam ialah waktu aktif saya study,dan masa yang amat berkuatliti.Pecah rekod tak pernah tidur prep malam sepanjang 5 tahun duduk asrama :)

Kalau prep petang tu,nak tidur go on.Aku selalu sangat tidur.Kawan-kawan study teruk-teruk .Sebab aku penat,dan kalau study tak masuk.Kalau buat homework pun,acah nak siap je.Acah nak buat setakat nak siap je.Jadi tidur is the best policy.

p/s: Suka hati nak ikut ke tak eh :P

APAKAH AMALAN YANG ANDA LAKUKAN?

1-HAFAL
Bila masuk Tingkatan 5,saya mula menghafal Al-Quran dengan inisiatif sendiri.Hafal surah yang bukan jenis panjang macam Al Baqarah semua tu..tak tak.Semput nak menghafal kalau tak biasa.So I started dengan surah yang 2 muka surat or 3 muka surat : Ad Dukhan,Saff,Jumuah dan surah dalam Juz 30 yang dah lupa.Dah tentu aku tidak keseorangan,dalam hidup ni kalau berjuang sorang-sorang memang payah.Jadi,aku bersama Nurain Soofiyah(tahniah,dia 9A) sama-sama hafal dan cek.Bosan-bosan ulang bacaan balik.

Inspirasi untuk menghafal diperoleh daripada Kak Farah yang pernah menjadi KD*ketua dorm* sewaktu aku di Tingkatan 3.Dalam post-post sebelum ini,selalu aku sebutkan tentang Kak Farah(kalau baca tahulah :P ).

2-BACA AL-QURAN
Hati tak terang kalau tak baca Quran.Semakin gelap hati semakin sukarlah ilmu nak masuk.
Rasanya kebanyakan classmate aku memang mengamalkan budaya AlQuran dan selalunya lelaki la.Dorang datang sekolah awal dan baca 2/3 mukasurat.Kemudian baru bukak buku.Result? Peh 10 la,9 la.Strong pulak tu,dengan A dan A+ untuk subjek elektif(baca:fizik,kimia,biologi,addmath).

3-ELAK MAKSIAT
Tidak dapat tidak untuk dinafikan yang anda haruslah menjaga hati,pandangan,lidah dan everything sense yang Allah bagi daripada sebarang bentuk keburukan.Tak payahla nak bercinta-cinta,tak payahla nak dating,tak payahla layan movie yang ada unsur 18sx.Ianya hanya darkens your heart and causes alot of unseen germs dalam hati.

Unseen germs pulak hanya boleh dirawat berdasarkan nombor 1 dan 2.Jyeah!

4-PUASA
Puasa ini mententeramkan jiwa dan memberi anda kekuatan.Tapi janganlah paksa diri kalau tak larat.I have a friend yang memang puasa isnin khamis dan amalkan tidur kejap sebelum zuhur(tak kira cikgu ade ke tak) setakat 10 minutes cukup.Dalam perjalanan nak berbuka puasa,do do'a banyak-banyak supaya dapat keputusan yang kita nak sebab doa orang puasa ni banyak keberkatannya.

HOMEWORK KE REVISE?

Hakikatnya,setelah anda memasuki tahun kritikal(baca:Tingkatan Lima),anda akan dibebani kerja sekolah yang amatlah banyak.Dah tentu,anda akan mula merungut yang cikgu tak pernah faham perasaan anda yang banyak benda untuk ditelaah.Itu yang akan terjadi.

For me,I choose to finish up all of the homeworks given by teachers walau apa cara sekalipun termasuk tak tidur.Gila kan? Itulah yang pernah aku lakukan.Buat matematik sampai 5 pagi rasanya.Memang esoknya otak berat sebelah.Tapi,keberkatan ilmu terletak pada guru.

Trust me,segala yang cikgu bagi pasti bermanfaat.Masa dah lepas trial,terlalu banyak kerja sekolah cikgu bagi.Anda bolehlah cek instagram saya dan godek zaman dahulu punya gambar.Alhamdulillah,I managed to finish up dan alhamdulillah jugak itu yang keluar.
Macam Biologi,teacher bagi compilations soalan trial.Tup tup paper 2 keluar itu jugak.

Biasalah,aku ni muka siap homework awal.Dah siap tu,ade je hamba Allah nak tiru.Sorry, saya bukanlah jenis easy nak share.Kalau nak,duduk tepi lepastu aku terangkan one by one.Even mengajar orang pun,aku tak suka nak ajar kalau tak nampak effort seseorang tu untuk menjawab.K,belajar hidup susah.Belajar berdikari.

PERLU KE STAY UP?

Untuk jawapan ini,saya hanya mampu mengatakan 'ukur baju dibadan sendiri.'
Secara peribadinya,saya stay up sehingga jam 12 lebih kadang terlajak 1 pagi.
Ini pun bukanlah selalu.Hanya dilakukan bila tidak terlalu penat ataupun waktu sekolah perlu berdepan dengan pelbagai kerja diluar bidang akademik,jadi aku mencari masa topup study.

Dalam pada itu,coffeemix atau milo fuze selalu menjadi peneman utama saya.Eheh.

Sewaktu bulan Ramadhan pula,aku memilih tidur di surau(sebab asyik tak boleh bangun awal je isk isk) dan study bersama 2 rakan doormmate.Balik prep jam 11 kemudian sembang sembang dengan adik dorm.Makan roti john dan anything yang boleh munch.Lepastu dalam 11.45 turun ke surau membawa stokin tidur,jam loceng,buku,dan bantal kecil.Study bermula sampailah 2 pagi.Subjek fokus ialah Fizik dan addmath*sebab percaya atau tidak aku masih gagal dalam PPT*.Bangun sekitar 4.30 pagi dan terus ke DM tanpa gosok gigi untuk sahur.Seterusnya naik dorm dan buat solat sunat.Kadang lepas solat sunat tu mandi dan study.Kalau mengantuk tu,mandi lepastu lelap sekejap.

Alhamdulillah,keputusan meningkat mendadak waktu trial :)

CARA STUDY SEJARAH?

Baiklah,ianya amat mudah.Haruslah anda tahu yang Sejarah Tingkatan 4 agak bosan di bab depan-depan *tetapi tidak eh untuk topik belakang*.Malahan,format SPM tidaklah seperti yang anda fikirkan.

Untuk batch kami(baca:1996),soalan yang keluar 90% KBKK dan peta.Gila tak?
Jadi,pengukuhan dalam KBKK amatlah penting yang mana anda perlu sentiasa mengasah otak dengan bahan bacaan ilmiah.Siapkan juga kertas 1 bagi sejarah sebab soalan Sejarah berulang-ulang.Study tu baca kuat-kuat.Jangan study seorang diri.Bahagikan antara kawan-kawan anda sesetengah topik yang dirasakan sukar.Kawan pula,buat gaya waktu terangkan.

Nanti bila exam,anda akan mendengar suara kawan dan teringat cara dia terangkan.I've felt it before jyeah!

CARA STUDI BAHASA?

Ianya mudah.Banyakkan membaca.Untuk Bahasa Inggeris khususnya : You gotta read a lot.
Jangan ambil mudah nak A tapi hakikatnya macam taknak A je.Make some effort la bro!
Like me,masa form 3 dan form 4-my target is to read all the novels published by Institut Terjemahan Negara Malaysia mostly malay classic novel translated in English.Bahasa dia? Sumpah tinggi.Tapi I made some effort by buying a small book,highlight words that I never know and jot it down.Lepastu sementara tunggu waktu berbuka puasa,I would find the meaning.

Keep reading that small book makes me memorize all the words alhamdulillah.



FRIENDS?

Saya punya 3 orang kawan yang menjadi supporter penuh dalam menjayakan misi berjaya dalam SPM.Ape je kitorang tak study sama-sama,ape je kitorang tak share,dari biskut sampai maggi,sampai katil,sampai bantal.

Semuanya.

Bila sabtu ahad,kami akan berkampung dalam satu dorm.Study dan buat latihan sama-sama.Masing-masing ada kekuatan subjek sendiri dan menjadi sifu untuk subjek tersebut.
Kadang study sampai bergelimpangan tidur bawah katil,atas lantai,senget atas katil.Haha!

Masa orang balik kampung(baca:Kuala Lumpur,Shah Alam,Klang),kami tak.Duduk berkampung di Sungai Besar(tepi sawah padi weh) menumpang rumah dijah.Study sama-sama.Tak balik asrama sama-sama.


Alhamdulillah kami berjaya dengan izinNya jua.

Dan mencari kawan untuk dibuat ketawa tak pernah sama dengan kawan study.
Tapi kawan study insyaallah boleh buat ketawa.Kan beza?

Carilah kawan yang boleh bimbing kita.Kawan yang boleh tolong dan support kita.Kawan yang boleh kejutkan bangun Qiamullail.Aku takkan mampu bangun kalau mereka tak bantu kejut,dan begitulah juga aturan hidupan ini.Nak berjaya tak boleh seorang diri.

KEKECEWAAN 

Jatuh 7 kali dan bangun 8 kali.Keputusan PPT saya dengan 2 gagal,dan trial yang biasa-biasa,tapi teruslah bangkit.Bangkit dan jangan pernah menyerah.




Dalam proses tersebut,anda mungkin berdepan manusia yang suka mencari kesilapan anda,suka menabur tohmahan,fitnah,kata-kata buruk,dan pelbagai lagi.Orang mungkin tak suka anda.Tapi makin lama anda melihat itu sebagai masalah besar padahal yang tak suka tu 2,3 orang je.Sabarlah sabarlah! Setakat orang tak puas hati tu,percayalah macam mana baik kita,akan ada yang tak puas hati.

Dah tu buat apa lagi? Jalan depanlah bro!

Oh lupa,hablumminallah hablumminnas okay!

Notakaki:Dah tak tahu nak jawab apa lagi.Kalau ade soalan boleh tulis diruang komen,ataupun ask.fm.Sekian,terima kasih.

nota lagi,segala entri berkenaan SPM telah dilabel.Boleh cari belah kiri blog :)