Followers

Sep 18, 2014

Kalaulah terbang itu matlamat utama aku.

Kalaulah terbang itu matlamat utama aku,aku tahu segalanya dah berakhir.Kerana nawaitu aku patutnya disandarkan pada sesuatu yang lebih abadi,dan kekal.

Hidup ini perlu ada vision dan mission.

vision itu lebih bersifat memberi satu gambaran terhadap apa yang kita ingin capai pada masa hadapan,malah mision,dalam erti kata yang sebenar memberi satu motivasi untuk mencapai sesuatu dalam jangka masa singkat.

Terbang.
Visi ke misi?

Aku melihat ianya sebagai visi,walaupun boleh dikategorikan sebagai misi(dua tahun boleh dikira jangka masa singkat bukan?).

Bila aku jadikan ia sebagai visi,aku tidak terlalu terburu-buru menjadikan segala kehidupan aku berputar disebalik keinginan untuk berpijak kebumi asing,walau hakikatnya ada-ada keinginan disitu.

Cumanya,menjadikan terbang sebagai satu matlamat jangka masa singkat mungkin akan menyesatkan pemikiran aku.

Hendak lakukakn ini,takut pula kalau akademik menjuram.
Hendak ke kuliah agama pun nanti berkira,katanya banyak lagi kerja.

Percayalah,yang ini semua bakal berlaku andai terbang itu sahaja matlamat utama kita.Aku disini,dalam situasi dimana akan ada yang menjadikan terbang itu matlamat semata;lantas walau apa sekalipun terjadi,katanya-AKU MESTI TERBANG.

Implikasinya amat mudah.
Maka kosonglah dan lomponglah surau daripada solat berjemaah.
Maka kosonglah dan lomponglah kuliah maghrib daripada hadirnya hati-hati yang mencintai ilmu.

Itulah,sedikit daripada hakikat yang sedang berlaku.Masa,jadi sangat kedekutlah kita,untuk diisikan buat Allah S.W.T

Ironi..
Kita kata kita cinta ilmu,masakan kita boleh berkejaran berlari mengejar ilmu dunia namun keciciran mencari ilmu akhirat.Kita terlalu asyik dalam mengejar yang kifayah,sampai fardhu pun tidak kecukupan lagi.

Aneh? Tak.Itulah yang terjadi daripada sistem pendidikan yang kita bentuk dengan sendiri.
Bila hanya A yang dikejar,bukan matlamat berjaya dunia akhirat.

Ya,inilah masalah utama kita.
Belajar itu,its a means for us to go Jannah.Its just part of means.While as we have a lot of means to go for Jannah-and gaining knowledge is one of it.

When we claim that gaining knowledge is a means,it shows how its not everything the we should revolve our life into.Because,when means has become aim,you will revolve your life into it.

satu tamparan untuk aku.Selama ini,aku solat-tapi solat aku selalu berkait dengan mengejar kejayaan dalam pelajaran.Sedangkan? solat dan belajar itu dua means untuk mencapai satu matlamat utama - kesyurga.

Memahami terbang itu bukanlah satu misi semata-mata buat aku lebih tenang.Tiada pressure yang menolak aku,malahan dalam menuntut ilmu aku jadi lebih tenang.

Aku belajar kerana didorongi rasa ingin tahu,yang jadi fitrah seorang penuntut ilmu.
Meletakkan 45 points sebagai misi dalam mencapai visi,ya aku melakukannya.

Namun,perjalanan jadi lebih bahagia.Ilmu yang aku dapat,jadi lebih bermakna dan rasa berkatnya.

Moga perjalanan menempuh IB ini bukanlah satu perkara duniawi semata,tetapi sebuah proses untuk menjadi umat yang terbaik,berilmu,serta satu persediaan(bukan sahaja persediaan keluar negara) menjadi insan yang lebih baik.

Moga Allah redha.

Sep 11, 2014

ASSALAMUALAIKUM

Kekangan masa,selalu membatasi untuk aku menulis panjang-panjang disini.
Sedang aku menulis setiap diksi dalam blog ini,buku memanggil aku untuk ulang kaji esok hari.

Malam makin gelap pekat,makin tua.
Namun,begitulah rutin aku yang hanya tahu tidur apabila menganjak jam dua atau tiga.

Maaf,maaf tidak dapat selalu menulis disini.

2 hari lagi,sebelum cuti midsem.
Masa itu,akan aku cerita segala yang tertangguh.

Till then,wassalam.