Followers

Mar 31, 2014

Sebuah Legato.

(Just a fable story imagined by myself.)

Mustaqimah Aisyah merenung keluar tingkap.Nafas dihembus perlahan-lahan.

Terasa berat nafasnya kini.MP3 yang dipasang volume 22 itu bergema lagu Hoobastank - The reason.Seolah cuba untuk mendefiniskan apa yang berselirat dalam mindanya.

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning

''Man dulu jahat.''
''Ye,Aisyah tahu..''
''Man dulu ape je tak buat..semua.Semuanya.Dari arak sampai ambil dadah.Lebih teruk,Man pernah buat benda terkutuk.Man menyesal..if only I could turn back time.I wish that I wont do such things!"
'"Past is past.Present is present.You still have future,trust me.''
''I'm afraid that I don't have time.''
''We have forever.''
''Aisyah..''
''Iman..''

I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

''Aisyah,surat yang Aisyah hantar tu dah sampai.Man terkejut.Man tak tahu yang Aisyah..''
''Shush..itu semua cerita lama.Aisyah pun dalam proses nak amnesia-kan Man dalam hati.''
''Man rasa Man seksa Aisyah bila cerita tentang girlfriend Man lah,tentang my bad past lah,tentang family man,seolah-olah Man tak ada hati dan perasaan.Man kejam!"
"Takpe,Man kan tak tahu.Dan Aisyah bagitahu semua ni diluar kem sebab taknak Man rasa guilty.Besides,kita bukan berjumpa lagi lepasni.''

Iman..frankly,di kem memang awak tak nampak existence saya.Tapi existence awak dalam hati saya sejak minggu pertama lagi.Sejak KKJ lagi.Ya,kita tak pernah berbual panjang.Dan Man pun takde la nak tegur Aisyah.Sebab kita bukan rapat pun.Just satu kompeni.

Aisyah nak bagitahu semuanya sebelum kita tamat latihan.Tapi,Aisyah tak berani.Lagipun,biarlah Aisyah simpan semuanya dalam hati.Sebab dalam hati Man pun ade orang lain..

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

''Aisyah boleh tolong Man?''
''Yes?Kalau Aisyah mampu Aisyah tolong..''
''Man kan jahat..Man tak baik.Tapi satu benda,Man nak berubah.Boleh tolong?''
''To change...back to basic.Back to basic maksudnya : solat,baca quran,cuba dekat balik dengan Allah.''
''Man cuba,start dari kat kem lagi.But I could'nt.''
''Man carilah support.''
''Man takde sape-sape nak support.Family? Tak.Kawan? Lagilah nak persendakan."

Iman..kau ada aku.Sentiasa..kau je tak perasan.I'll be your backbone,I'll be your pillar.By being a shadow that follows you always.

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why I need you to hear

''Man dah sakitkan hati Aisyah..I am so sorry.Surat 7 muka surat yang Aisyah hantar is enough to tell me that you're hurted.''
''Ya Allah,its okayla.I am okay.Still living.''
''Man seolah macam bagi harapan palsu.Man minta maaf that I'm not the guy yang you ever thought.You see my bright side,tapi Man sendiri bukak cerita my dark side.''
''Tak...takpe..'' esak tangis yang mulai memecah kesunyian.
''I am sorry.I tak jadi lelaki yang Aisyah nak.I smoke,I drink,I have a girlfriend,I selalu keluar dengan perempuan.I...''
''Dah takpe.I tak suicide pun.Ya Allah,no need to say sorry pun Man.''


10 years go.Selepas kem plkn.Iman yang pernah ada dalam hati Aisyah,dah lama lupa.Man,only if you know that I live my life very well.Alhamdulillah..langkahnya diatur ke Masjid Asy-syakirin KLCC,after a tiring day bekerja dibawah Petronas,sebagai IT Engineer.


I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You

terkelip-kelip mata Aisyah.That guy infront of her,itu Iman..He seems so different.Sumpah lain!Tapi satu tak berubah,lesung pipi yang akan sentiasa muncul setiap kali dia tersenyum.Itu yang buat dia kenal itu Iman.Dia tak salah orang..betullah tu Iman!

''Man,Aisyah harap lagi another less than 10 years,kalau kita jumpa lagi..I hope you've changed.''
''Doakan Man.''
''Always,as a friend.That will always pray for you.Inshaallah..''
''Haha,agaknya macam mana Man lagi 10 tahun ek?''
''Dah ada 2 anak? kotlah!haha..''
''Well maybe.''
''Serius ni,I hope that time Man jadi the best Man ever.''

Segala kata-kata yang diungkap melalui chat di Facebook berlegar diminda.

tapi Man,Man tak bawak anak pun.Man kata Man akan ada 2 anak..

''assalamualaikum.Aisyah?''

Aisyah yang sedang memakai kasut setelah selesai menunaikan solat zuhur memandang ke arah suara tersebut.

''waalaikumussalam.Yes?'' Memandang.
''Do remember me?''. Gulp!

And now,siapa sangka the love that lush masa dia di kem dulu benar menjadi.Menjadi?Haha!

Mr.Right :)

Alhamdulillah...

Mar 26, 2014

Alhamdulillah- Straight A's :)

Assalamualaikum and hi !
So I am now in my home after a dreadfully National Service training with thousands of uncountable memories,
which ended on 18th of March.

And on 20th of March-the SPM result has released ! Jyeah,congratulations to everyone for big big and big effort towards struggling success,and how we endure the pain and how much sacrifice we have made,
and even how many resistance that we have gone through,

so congratulations no matter how your result is !

Here's my result :



nak cakap hebat tu tidakla,berlambak diluar sana yang straight A's dengan A+ yang lagi banyak.
tapi atas dunia ni,selalulah pandang yang lebih rendah dari kita,so I am grateful enough dengan keputusan ini.

Yes straight A's.Alhamdulillah again and again...

Jadi disini saya ingin menjawab persoalan sesetengah pihak disebabkan facebook,wechat,dan inbox penuh dengan soalan.Haha tak larat weh nak jawab sebab aku pun tak ada jawapan yang occurate.Sekadar share mana yang mampu.


MY SCHEDULE?





Dulu aku bukanlah jenis yang bangun awal untuk study.Bangun pun 5.30 dan above.Peh habis senior sangat jam 6.15 pagi.Things changed when I tried bangun 5.30 setiap hari.Bangun terus solat sunat.Lepastu solat subuh.Baru mandi.

Dah siap terus pergi sekolah.
Bila schedule dah berubah*starting masa trial,iaitu bangun 4 pagi* dalam 6.45 dah dalam kelas.

Just so you know,saya merupakan setiausaha pengawas yang menyebabkan SETIAP HARI perlu berada di pagar sekolah.

Oleh itu,waktu pagi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin tahu?
Dan waktu malam iaitu prep,jangan pernah tidur.Malam ialah waktu aktif saya study,dan masa yang amat berkuatliti.Pecah rekod tak pernah tidur prep malam sepanjang 5 tahun duduk asrama :)

Kalau prep petang tu,nak tidur go on.Aku selalu sangat tidur.Kawan-kawan study teruk-teruk .Sebab aku penat,dan kalau study tak masuk.Kalau buat homework pun,acah nak siap je.Acah nak buat setakat nak siap je.Jadi tidur is the best policy.

p/s: Suka hati nak ikut ke tak eh :P

APAKAH AMALAN YANG ANDA LAKUKAN?

1-HAFAL
Bila masuk Tingkatan 5,saya mula menghafal Al-Quran dengan inisiatif sendiri.Hafal surah yang bukan jenis panjang macam Al Baqarah semua tu..tak tak.Semput nak menghafal kalau tak biasa.So I started dengan surah yang 2 muka surat or 3 muka surat : Ad Dukhan,Saff,Jumuah dan surah dalam Juz 30 yang dah lupa.Dah tentu aku tidak keseorangan,dalam hidup ni kalau berjuang sorang-sorang memang payah.Jadi,aku bersama Nurain Soofiyah(tahniah,dia 9A) sama-sama hafal dan cek.Bosan-bosan ulang bacaan balik.

Inspirasi untuk menghafal diperoleh daripada Kak Farah yang pernah menjadi KD*ketua dorm* sewaktu aku di Tingkatan 3.Dalam post-post sebelum ini,selalu aku sebutkan tentang Kak Farah(kalau baca tahulah :P ).

2-BACA AL-QURAN
Hati tak terang kalau tak baca Quran.Semakin gelap hati semakin sukarlah ilmu nak masuk.
Rasanya kebanyakan classmate aku memang mengamalkan budaya AlQuran dan selalunya lelaki la.Dorang datang sekolah awal dan baca 2/3 mukasurat.Kemudian baru bukak buku.Result? Peh 10 la,9 la.Strong pulak tu,dengan A dan A+ untuk subjek elektif(baca:fizik,kimia,biologi,addmath).

3-ELAK MAKSIAT
Tidak dapat tidak untuk dinafikan yang anda haruslah menjaga hati,pandangan,lidah dan everything sense yang Allah bagi daripada sebarang bentuk keburukan.Tak payahla nak bercinta-cinta,tak payahla nak dating,tak payahla layan movie yang ada unsur 18sx.Ianya hanya darkens your heart and causes alot of unseen germs dalam hati.

Unseen germs pulak hanya boleh dirawat berdasarkan nombor 1 dan 2.Jyeah!

4-PUASA
Puasa ini mententeramkan jiwa dan memberi anda kekuatan.Tapi janganlah paksa diri kalau tak larat.I have a friend yang memang puasa isnin khamis dan amalkan tidur kejap sebelum zuhur(tak kira cikgu ade ke tak) setakat 10 minutes cukup.Dalam perjalanan nak berbuka puasa,do do'a banyak-banyak supaya dapat keputusan yang kita nak sebab doa orang puasa ni banyak keberkatannya.

HOMEWORK KE REVISE?

Hakikatnya,setelah anda memasuki tahun kritikal(baca:Tingkatan Lima),anda akan dibebani kerja sekolah yang amatlah banyak.Dah tentu,anda akan mula merungut yang cikgu tak pernah faham perasaan anda yang banyak benda untuk ditelaah.Itu yang akan terjadi.

For me,I choose to finish up all of the homeworks given by teachers walau apa cara sekalipun termasuk tak tidur.Gila kan? Itulah yang pernah aku lakukan.Buat matematik sampai 5 pagi rasanya.Memang esoknya otak berat sebelah.Tapi,keberkatan ilmu terletak pada guru.

Trust me,segala yang cikgu bagi pasti bermanfaat.Masa dah lepas trial,terlalu banyak kerja sekolah cikgu bagi.Anda bolehlah cek instagram saya dan godek zaman dahulu punya gambar.Alhamdulillah,I managed to finish up dan alhamdulillah jugak itu yang keluar.
Macam Biologi,teacher bagi compilations soalan trial.Tup tup paper 2 keluar itu jugak.

Biasalah,aku ni muka siap homework awal.Dah siap tu,ade je hamba Allah nak tiru.Sorry, saya bukanlah jenis easy nak share.Kalau nak,duduk tepi lepastu aku terangkan one by one.Even mengajar orang pun,aku tak suka nak ajar kalau tak nampak effort seseorang tu untuk menjawab.K,belajar hidup susah.Belajar berdikari.

PERLU KE STAY UP?

Untuk jawapan ini,saya hanya mampu mengatakan 'ukur baju dibadan sendiri.'
Secara peribadinya,saya stay up sehingga jam 12 lebih kadang terlajak 1 pagi.
Ini pun bukanlah selalu.Hanya dilakukan bila tidak terlalu penat ataupun waktu sekolah perlu berdepan dengan pelbagai kerja diluar bidang akademik,jadi aku mencari masa topup study.

Dalam pada itu,coffeemix atau milo fuze selalu menjadi peneman utama saya.Eheh.

Sewaktu bulan Ramadhan pula,aku memilih tidur di surau(sebab asyik tak boleh bangun awal je isk isk) dan study bersama 2 rakan doormmate.Balik prep jam 11 kemudian sembang sembang dengan adik dorm.Makan roti john dan anything yang boleh munch.Lepastu dalam 11.45 turun ke surau membawa stokin tidur,jam loceng,buku,dan bantal kecil.Study bermula sampailah 2 pagi.Subjek fokus ialah Fizik dan addmath*sebab percaya atau tidak aku masih gagal dalam PPT*.Bangun sekitar 4.30 pagi dan terus ke DM tanpa gosok gigi untuk sahur.Seterusnya naik dorm dan buat solat sunat.Kadang lepas solat sunat tu mandi dan study.Kalau mengantuk tu,mandi lepastu lelap sekejap.

Alhamdulillah,keputusan meningkat mendadak waktu trial :)

CARA STUDY SEJARAH?

Baiklah,ianya amat mudah.Haruslah anda tahu yang Sejarah Tingkatan 4 agak bosan di bab depan-depan *tetapi tidak eh untuk topik belakang*.Malahan,format SPM tidaklah seperti yang anda fikirkan.

Untuk batch kami(baca:1996),soalan yang keluar 90% KBKK dan peta.Gila tak?
Jadi,pengukuhan dalam KBKK amatlah penting yang mana anda perlu sentiasa mengasah otak dengan bahan bacaan ilmiah.Siapkan juga kertas 1 bagi sejarah sebab soalan Sejarah berulang-ulang.Study tu baca kuat-kuat.Jangan study seorang diri.Bahagikan antara kawan-kawan anda sesetengah topik yang dirasakan sukar.Kawan pula,buat gaya waktu terangkan.

Nanti bila exam,anda akan mendengar suara kawan dan teringat cara dia terangkan.I've felt it before jyeah!

CARA STUDI BAHASA?

Ianya mudah.Banyakkan membaca.Untuk Bahasa Inggeris khususnya : You gotta read a lot.
Jangan ambil mudah nak A tapi hakikatnya macam taknak A je.Make some effort la bro!
Like me,masa form 3 dan form 4-my target is to read all the novels published by Institut Terjemahan Negara Malaysia mostly malay classic novel translated in English.Bahasa dia? Sumpah tinggi.Tapi I made some effort by buying a small book,highlight words that I never know and jot it down.Lepastu sementara tunggu waktu berbuka puasa,I would find the meaning.

Keep reading that small book makes me memorize all the words alhamdulillah.



FRIENDS?

Saya punya 3 orang kawan yang menjadi supporter penuh dalam menjayakan misi berjaya dalam SPM.Ape je kitorang tak study sama-sama,ape je kitorang tak share,dari biskut sampai maggi,sampai katil,sampai bantal.

Semuanya.

Bila sabtu ahad,kami akan berkampung dalam satu dorm.Study dan buat latihan sama-sama.Masing-masing ada kekuatan subjek sendiri dan menjadi sifu untuk subjek tersebut.
Kadang study sampai bergelimpangan tidur bawah katil,atas lantai,senget atas katil.Haha!

Masa orang balik kampung(baca:Kuala Lumpur,Shah Alam,Klang),kami tak.Duduk berkampung di Sungai Besar(tepi sawah padi weh) menumpang rumah dijah.Study sama-sama.Tak balik asrama sama-sama.


Alhamdulillah kami berjaya dengan izinNya jua.

Dan mencari kawan untuk dibuat ketawa tak pernah sama dengan kawan study.
Tapi kawan study insyaallah boleh buat ketawa.Kan beza?

Carilah kawan yang boleh bimbing kita.Kawan yang boleh tolong dan support kita.Kawan yang boleh kejutkan bangun Qiamullail.Aku takkan mampu bangun kalau mereka tak bantu kejut,dan begitulah juga aturan hidupan ini.Nak berjaya tak boleh seorang diri.

KEKECEWAAN 

Jatuh 7 kali dan bangun 8 kali.Keputusan PPT saya dengan 2 gagal,dan trial yang biasa-biasa,tapi teruslah bangkit.Bangkit dan jangan pernah menyerah.




Dalam proses tersebut,anda mungkin berdepan manusia yang suka mencari kesilapan anda,suka menabur tohmahan,fitnah,kata-kata buruk,dan pelbagai lagi.Orang mungkin tak suka anda.Tapi makin lama anda melihat itu sebagai masalah besar padahal yang tak suka tu 2,3 orang je.Sabarlah sabarlah! Setakat orang tak puas hati tu,percayalah macam mana baik kita,akan ada yang tak puas hati.

Dah tu buat apa lagi? Jalan depanlah bro!

Oh lupa,hablumminallah hablumminnas okay!

Notakaki:Dah tak tahu nak jawab apa lagi.Kalau ade soalan boleh tulis diruang komen,ataupun ask.fm.Sekian,terima kasih.

nota lagi,segala entri berkenaan SPM telah dilabel.Boleh cari belah kiri blog :)