Followers

Jul 1, 2013

'Demimu,anakku.' - Part I

Udara terasa tenang pagi itu.Aishah meneruskan subuh yang masih gelap dengan lincah.Bermula dari pintu rumah,menyapu dan menyiram pokok bunga.

Selesai.

Disambungnya pula dengan mengemop dibahagian tengah rumah.Terus ke ruang makan.Diulangi dengan perbuatan yang sama sehingga keruang dapur.

Membilas semula mop agar bersih.Dimasukkan semula ke dalam larutan sabun untuk mengemop diruang solat.

Habis semuanya dia kerjakan.Usai membersihkan diri,Aishah berada dihadapan ruang tamu.Hajatnya ingin menonton Motivasi Pagi.Langkah diatur perlahan..tapak kakinya terasa sesuatu.

''Allah..apa ini..?'' Terasa sesuatu yang berhabuk.''Rasanya aku dah kemas bahagian ni...''

Disentuhnya perlahan.Baunya agak busuk.Sedikit kelabu putih ala tahi cicak.Dicium sedikit habuk itu dengan hidungnya yang sedikit mancung..

''Habuk puntung rokok...Allah.....'' Menitis air mata.Siapa lagi dalam rumahnya yang merokok? Takkanlah Qaiyum yang masuk darjah dua? Takkanlah Aleena yang perempuan tu ! 

Abuya.Ya..abuya.

''Abuya,Aishah sayang Abuya.Abuya janganlah hisap rokok..''.Dimatikan earphone yang mendengar lagu Green Day.Ditutupnya muka.Tak tertahan sebak yang terasa..Abuya,Aishah sayang Abuya.Tapi Abuya yang tak sayang diri..macam mana ?

Diseka air mata yang mengalir.Ditahan pedih yang membuak dalam rusuk hati.Dengan pantas,kakinya berlari mencapai penyapu dan penyodok.Membersihkan habuk-habuk yang berbaki..

                 ----------------------------------------------------------------------------

''Abuya, kita pergi kedai fotostet kejap ! Aishah nak fotostet something..urgentlaa..untuk program sekolah besok.Bolehke?''

''Jomlah.Fotostet mana? Dekat tepi foodcourt rasanya ada satu ! Jap Abuya bayarkan makanan ni.''

Telinga Aishah mendengar lagu Lifehouse.You and Me.

dan Abuya datang.Tersenyum dari jauh.Abuya ayah yang baik.Segalanya yang Aishah mahu dia penuhi.Tak pernah kata tidak.Walaupun Abuya agak garang..tapi Abuya penyayang.

''Jom!''.

langkah diatur perlahan.Latah Aishah memang manja.Semua cerita di asrama dikongsi dengan Abuya.

tiba di kedai.

''Pakcik, nak fotostet buku ni.Tak banyak.15 page,ok?''
''boleh,tapi 15 minit..bolehke dik?''
''eh tak kisah,saya tunggu..nanti lagi 15 minit saya datang!.''

Pantas Aishah beredar dari kedai.Mencapai tangan Abuya sambil diayun kedepan dan kebelakang.

''abuya,dia kata 15 minit lagi laa..Jom makan Baskin Robbin!''
Abuya angguk.Tangannya terus menyeluk poket.Mencapai sesuatu.

ROKOK.

Dinyalakan rokok.Kemudian masuk ke dalam mulut.

''Abuya,jangan rokokla!''
''kenapa pun? Buya rokok je.Bukan buat apa pun...''
''Buya !! Aishah taknak jalan dengan Abuya ! Abuya jatuhkan maruah Aishah tahu takk!''

Abuya terkejut.Dibalasnya dengan nada yang tinggi,segelintir yang lalu-lalang memandang hairan,
''Aishah ni melebih sangat ! Jangan nak kurang ajar dengan Buya !''
''Aishah kurang ajar apa??? Abuya yang tak jaga maruah Aishah..nak rokok pun janganlah tepi Aishah!..Aisyah..Aisyah..''

ditahan esak tangis yang makin kuat.Terlerai buku-buku yang dibeli sebelum ke food court.

''Aishah malu.,..buya!''

Buya terdiam.Melutut kebawah.Tertunduk.Rokoknya terjatuh.

Aishah..secantik namanya.Seindah rupa.Aishah yang dikenali di sekolah sebagai seorang yang cukup dihormati kerana akhlaknya,sentiasa membantu guru.Aktif sebagai naib presiden BADAR.

Tapi keluarga Aishah bukanlah acuan agama.Abuya adalah contoh.Kalau benarlah agama  menjadi pegangan,kenapa mesti merokok?

Abuya memandang Aishah.Ditatap wajah anak sulungnya penuh khusyu'.Aishah terkeliru..

Apa yang dia dah luahkan???selama ini setiap kali dia mengemas habuk rokok,dia mampu bertahan.
Apabila Buya merokok dalam rumah,dia hanya berlari menjauh.Tapi kali ini.......

perbuatannya keterlaluan!

''Aishah.......tolong buya..tolong..''.

Nafas Abuya sangkut-sangkut.
Jantung Abuya seperti tidak normal.

Allah...

(bersambung)