Followers

Jun 7, 2013

Antara ahli akademik dan Ahli Agama.

Murabbiku pernah bermadah ;
"Apa bila kalian hendak dikafankan,dicarinya ahli fizik atau jurutera?"

"Apa bila kalian mati,disuruhnya ahli akademik menguruskan jenazah? "

Terngiang-ngiang.
Benar,nanti aku mati, bukan mereka yang akan dipanggil,
Tetapi ahli agama ;
Pak imam, tok lebal, ustaz ustazah.

Aku berfikir kembali kata-kata seorang yang selalu memberiku semangat ;
"80% pelajar kita yang ke Australia mengambil bidang perubatan, tidak cukup solat 5 waktu..anak Malaysia ! Muslim!"

Benarkah ? Atau sekadar andaian ?
Terngiang-ngiang lagi.

Justeru, mengapa tidak kiranya diwujudkan tokoh akademik yang mahir agama ?
Yang berfikrah Islami ?

Jurutera Islami.
Penulis Islami.
Pengarah filem Islami.
Tokoh korporat Islami.

Ya akulah antaranya.
Akulah antara yang akan menyongsangkan realiti yang sedang terjadi.
Aku bakal menjadi ahli akademik yang tahu agama ; mengurus jenazah,memahami ilmu faraid,
Faham usul fiqh, bisa membaca AlQuran dengan baik.


Aku.Aku.Aku.