Followers

Mar 27, 2013

Silver lining behind rainbow.

Assalamualaikum,
I've been currently busy with kenduri kendara and sight seeing around KL (hehe!) ,
and now I am infront of PC - talking what I really want to share with you since ages.

There are two beautiful places I eager of going,

1- Turkey
2- Umrah

So apa kaitannya ?  Jap ah, lek lu.Bagi genap 1000 perkataan baru masuk co-relation dia,hehe !

Nak dijadikan cerita, tahun lepas makcik aku bertunang.Masa bertunang tu mereka tetapkan tarikh 23/3/2013 untuk bernikah.I was like, shocked.Rasa macam nak berlari tahap  tiada graviti kearah mereka sambil menjerit

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKK !!

Sebab tarikh tu tarikh batch kami ke Terengganu.Batch kami pula julung kalinya buat trip.Kemudian dengan idea nakal,

'Ahehehehehe yang kahwin makcik aku.Bukan aku..toksah pergilaaaa..'

Namun bila bincang dengan mak bapak, siapa yang nak bagi kan kan.Keluarga terdekat nak nikah, haruslah kita semua turun padang dan meraikan.

Bila aku tanya abah,abah kata 'NO' tahap font size 72.
Bila tanya mummy, lagilah

' Nanti kau kahwin tak ada orang turun baru tauu'.

Mengugut tahap gamma.Aku pun cuak juga, bayangkan,nanti nikah sorang-sorang.Nanti kenduri pun tak ramai datang.Seram !

Fikir kembali,dan membuat pertimbangan paling serius, aku pun utamakan hal keluarga.Apa-apapun, Family comes first.Friends? Later.

Dalam pada tu juga, aku dah lama mengusulkan pada puan Ibu nak buat umrah.
Kata mummy, lepas SPM sebab nanti waktu cuti sekolah boleh cover study.
Kataku, 

'ahh cuti tak cuti bukannya belajar sangat pun...lagi satu nak buat lepas SPM takut tak sempat, mana tau dapat DQ kee..'

Cehh DQ  tu ._____.

Hari khamis, waktu mummy datang mengambil  aku di Sabak Bernam, tiba-tiba..

''Qish I got bad new for you.''
''ape?''
''Tahun ni mau ke Umrah perlu ada muhrim.Wajib!''

assudah.Abah pula taknak pergi.Takkanlah aku kena kahwin baru dapat ke umrah? Wah celass gitu.
Bila fikir jauh,

''Mi, ape kata tumpang muhrim tok ayah je.Kan senang?''
''ye tak ye eh.''

Bincang punya bincang,masa hari patutnya aku ke Terengganu, tok ayah dan opah sebenarnya memang nak buat Umrah.Kebetulan kami pun sama.Umur mereka pun dah lanjut,mana tahu itu Umrah terakhir ke kan ?

So alhamdulillah dan insyaallah, cuti sekolah pertengahan nanti kami akan membuat  Umrah.

paling best, kami akan ke Egypt jugaaa! 

Mohon doa semua, agar segalanya berjalan lancar dan tidak ada kesulitan yang terjadi.Aaamiin..

Walaupun aku sebenarnya sedih sangat tak dapat ke Terengganu, malahan cemburu melihat status dan gambar pasal  Terengganu, tapi aku yakin dan pasti mesti ada hikmah.

Hikmah yang memang sekarang aku dah nampak.Subhanallah..

Allah, baik sangat !
Dia ganti Terengganu ( yang aku dah pergi banyak kali tu ) dengan Umrah yang memang dah lama aku kepingin.

Namun, paling istimewa apabila Allah menjemput aku.
Rasa macam dosa banyak tahap Gunung Everest pun rendah lagi tapi Dia  jemput juga,
layak kee????????

Tidak.Aku layak,sebab aku terpilih.Untuk lebih dekat,dan dipilih menjadi lebih baik.

Semoga segalanya menjadi, dan yang lebih penting,
moga Umrah yang bakal dilakukan kurang 2 bulan dari sekarang mabrur..

Nanti pergi Jabal Nur nak doa la banyak banyak dapat suami soleh and hensem kahkahkahkah :))

p/s : Perlu bersedia dari sekarang.Meningkatkan amalan,mengurangkan dosa.