Followers

Dec 5, 2013

OFFICIALLY ALUMNI



Assalamualaikum.
Sebenarnya aku dah tidak ingat akan kampung halamanku sendiri,Gombak.
Masakan tidak,kali terakhir aku disini pada 10 zulhijjah,disaat semua umat Islam menyambut hari raya aidiladha.

dan aku menjejak sabak bernam tengah hari tersebut,sampailah semalam : 4 Disember.
Kira-kira 2 bulan agaknya.
Semuanya berubah.
Masjid Asy Syakirin sedang diperbesar,Frankenwinee pun sudah tiada.Sedangkan dahulu kau berkejaran apabila melihat aku pulang.Oh frankenwinee! * frankenwinee ialah seekor kucing kelabu.

Maka aku pulang selepas 2 bulan mungkin.
dan mengalami tidur paling lena selepas berjuang dengan SPM.

Mungkin begitu penat.Terlalu penat.
Musim SPM terasa lelah,tapi aku lebih kuat.
Tidur 4 jam 30 minit tak jadi masalah.
Bangun 4 pagi tak jadi masalah.
Menahan sejuk malam mengulang kaji perkara biasa.
Walaupun berselubung dan berstokin sampai memakai sweater berapa lapis.

Tak pernah rasa penat.
Sebab ramai mungkin yang mendoakan kesejahteraan aku.Terima kasih pada yang mendoakan.
Sungguh,aku tidak kuat tanpa pinjaman daripada Yang Maha Qawiyy.

dan sungguh,aku menjadi kuat bangun tahajjud dengan pinjaman kekuatan Yang Maha Qawiy kepada sahabat.Tanpa mereka mengejutkan aku,mungkin aku tidak bangun.

dan kita sama-sama mengejutkan kalau aku terbangun dahulu.

Musim SPM dahulu, kami diberkati dengan rezeki tak putus-putus.
Apa sahaja yang terlintas di hati,semuanya Allah tunaikan.
Wallahi,alhamdulillah bersyukur.Mungkin rezeki orang berjihad.

Sebak meninggalkan Sabak.Ya,pernah benci tapi sebenarnya sayang.
Pernah putus asa tapi itu yang menjadikan aku kuat.

Sungguh,aku merindui keadaan di Sabak Bernam--terutamanya sahabat seperjuangan batch Resistance dan Voltage.

Bye,jumpa lagi 20 tahun sebagai manusia yang hebat !

1 comment:

Nasran Nabil said...

IM GOING TO MISS SABAK BERNAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAM!! xD