Followers

Feb 13, 2013

Tajdid Diri


Bismillahirrahmaanirrahim, assalamualaikum semua :)


Sejak dua menjak ini aku rasa hidup aku dah banyak berubah.Even my friends.Kami dulu nama je sekolah agama tapi di luar macam tak.

Tapi tu semua dulu punya kes.Lately,aku jumpa kawan-kawan di luar sekolah dan alhamdulillah kitorang semua mampu istiqamah dalam menutup aurat.

Memang,dulu kita tahu menutup aurat itu wajib.
Memang,dulu kita tahu bercinta itu salah.

Tapi,manusia ni suka buat apa yang dia nak.Tempted kononnya lepastu salahkan syaithoonirrajim atas kesalahan dia.Memang tak patut.

Tapi inilah kehidupan.Tak selalu statik.Tak juga akan sentiasa bergerak kalau tiada force yang dikenakan.Inilah prinsip fizik yang aku nak kaitkan.

Tak selalu statik.
Memang,Islam itu sendiri mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari semalam.Rugilah manusia yang merasakan hari ini dia cukup baik sehingga tidak perlu melakukan anjakan.Natijah, macamtulah hidupnya hingga ke akhir hayat.Ngeri sungguh manusia yang sentiasa statik dengan ke'baik'annya.

Namun,ada juga golongan yang merasakan dirinya terlalu jahat.Terlalu banyak dosa sampaikan merasa bahawa Kota Maghfirah dah tertutup.Rugilah manusia yang merasakan sedemikian.Hakikatnya Allah itu merindui taubat hambaNya lebih-lebih lagi pendosa tegar seperti aku ini.Hakikatnya Allah sentiasa menyapa hidayahNya 5 kali sehari walaupun mungkin ada yang memerlukan beduk untuk menyedarkan hati yang gelap.

Percayalah,selagi matahari belum terbit dari Barat,semuanya berpeluang menjadi muhaajirin.Yang berhijrah ke arah lebih baik.

Tak juga bergerak kalau tiada force.
Bayangkan kehidupan tanpa makanan.Bayangkan berjalannya hari-hari tanpa air.Mampu meneruskan kehidupan? sikitpun tidak.Fitrah manusia,Allah meletakkan makanan dan minuman yang menjadi tenaga buat diri ini melaksanakan taklif sebagai pemimpin.Mungkin bukan untuk orang lain, tapi ya untuk diri sendiri dan keluarga.

begitu juga dalam erti pergerakan kehidupan.Roda...takkan bergerak kecuali di tempat cerun.Roda...takkan berhenti kalau tiada yang memberhentikan (atau mungkin akan berhenti sekiranya wujud tenaga atau jenis daya lain,ex : potential energy ).

Faham?
sifirnya mudah,dalam melakukan perubahan,kita perlukan force.Kita perlu penambahan Iman yang akan membantu kita keep in the right track.Iman bantu kita untuk tidak u-turn.

Maybe that's why Allah letak valve di jantung,sebab Allah tahu kalau tiada obstacles manusia bakal lalai.Lupa daratan.Allah letak valve di jantung agar kita tidak berpatah balik.

mungkin itulah sebabnya apabila kita mula sikit demi sedikit meninggalkan kejahilan,ada saja ujian menduga.Seolah-olah kita sangsi,rasa langkah mula rapuh.Rasa salah langkah.

jangan patah balikkk !! Ini semua bisikan syaitan.
Bila kita mahu menutup aurat,syaitan mulai bisikkan tentang fashion, mula bisikkan tentang kolot.Jangan dengar !

Mungkin akan ada manusia yang mempertikaikan perubahan diri.Tak apa ! Pandangan manusia ini stereo, takkan nampak semua perkara.Takkan 360 darjah melihat semuanya.Biarkan pandangan tuhan mengadili satu persatu amalan.Biarkan pandangan tuhan yang kita minta memandang kita.

Biarlah kata manusia,asal Allah suka,sayang,cinta kita.
Itulah pegangan hidup aku.Hari ini adalah hari yang sangat indah bila difikirkan semula.
Aku banyak meninggalkan kejahilan dahulu kala,aku cuba menjadi lebih baik.Alhamdulillah, Allah datangkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Sungguh,bila kita meninggalkan dosa yang sering dilakukan,tiada ruginya.Malahan Allah gantikan nikmat yang Maha Luas sampai tidak terjangkau.

Jangan risau dan serik untuk berubah.Sentiasa berubah.Sentiasa jadi baik.
sentiasa harapkan pandangan Tuhan.

Kalau nak berubah,jangan seorang diri.
Ajak ramai-ramai.Baru kita kuat !

No comments: