Followers

Feb 13, 2013

Alhamdulillah,SMA saya mumtaz :)

Bismillah...saya harap post ini tidak mengandungi unsur-unsur lucah (kakakaka) no actually saya harap post kali ini tidak mengundang fitnah atau membuatkan anda berasa saya sedang takabbur dan riyak dengan kejayaan saya.

Cehhh apetah yang aku merepek ni kan?

K lah setelah aku meneruskan pelajaran seperti biasa di Samtssaas, memula tu provoke juga la nak beli buku-buku SMA yang mahal tu.Rm60 above jugak laa sebab JAIS baru publish buku SMA waktu 2012.

Malahan, pinjaman buku hanya boleh diberikan pada mereka yang berpendapatan bawah rm2000.Sudah tentu bukan aku.

Jadi bila aku membuat keputusan untuk berada di Samtssaas,maka haruslah aku ambil Sijil Menengah Agama.

sma ? Memang kalau sebut pasal exam ni mana budak Sbp dengan Mrsm faham pun tapi Sma masih lagi mendapat pengiktirafan tahu.

Walaupun aku masih dalam belenggu kesedihan apabila tidak mendapat tawaran ke Kisas, aku perlu juga membeli buku-buku Sma jadi dengan rela hati aku pun beli buku-buku berjilid tebal tersebut.

Hah.....
Aku masih ingat kata-kata Ustaz Haikal,
"Siapa yang mohon Sbp tak perlu lagi beli buku SMA yaaa...".

Beberapa minggu kemudian,
"hah siapa yang agak-agak tak dapat Sbp tu boleh beli buku di koperasi ya..."

Jawabku,
"Tapi Ustaz...saya mohon 2nd intake.Acannnoooo?"

Dengan lembut ustaz membalas,
"Tak apalah awak boleh kongsi buku dengan kawan dulu ye Balqis.."

Dalam hati riang sungguh aku.Fikir,sekurang-kurangnya aku tidak perlu membelanjakan rm60 untuk suku tahun sahaja.
Makudnya waktu tu aku masih berkeyakinan untuk menyambung pelajaran di bumi Kisas.

pendek cerita , aku tidak mendapat tawaran kali kedua ke Kisas .
Terpaksalah aku beli buku SMA dan wajib mengambil peperiksaan SMA.

Namun, dalam menuntut ilmu dalam bidang agama ini tidak mudah.
Kadang aku bosan.Selalu tidur.Putus asa.
Rasa seperti ,
"Aku tahu aku takkan Mumtaz so what's the point of taking SMA?".

Jadi begitulah.
Di saat semua pelajar Sam/Samt/Mitib/Mitst negeri Selangor mengambil percubaan Sma,aku tidak.
aku sibuk berfoya-foya dengan dunia luar.Aku mengikuti program tokoh Nilam Negeri Selangor, kemudian aku ke Nadwah Negeri.Terpilih pula ke kebangsaan.Malahan sebelum trial Sma, semua sedang sibuk menghafal.

Aku? gigih membaca untuk mengisi buku Nilam.
Menjadi pula tokoh Nilam daerah Sabak Bernam , terpilih ke Negeri.

Hah,konflik masih belum berakhir !
kata ustaz,
"Awak perlu pilih antara Sma atau Nilam.Tak pernah dibuat orang menangguhkan percubaan Sma tahu? Sebab peperiksaan ini serentak."

Aku agak keliru.
Siapa taknak ke Nilam Negeri Selangor kan ? Berkat pertolonan tuhan, aku diizinkan menangguh percubaan Sma, seterusnya pergi ke Nilam.

Aku minta restu asatiz dengan asatizah, moga mereka tidak terasa.Aku harapkan mereka tahu yang aku akan bersungguh dengan peperiksaan sebenar.

Habis Nilam,
Aku mendapat ziarah dari fatayat(gegirl) se batch.
Mereka datang beraya ke rumahku.
mereka turut membawa khabar,yang aku terpilih menjalani program Nadwah.
Allahu...gembira sangat.Tak pernah expect this thing to happened.

Kemudian persoalan kembali kepadaku,
"Qis takkan nak tangguh trial SMA lagi ?".

Ahhhhhhh kusut kehidupan aku ketika itu.Aku perlu membuat keputusan.
nadwah ku pilih, dan aku berjanji selepas Nadwah aku pasti mengambil Percubaan.

Jarak antara Nadwah Negeri dan kebangsaan hanya seminggu.Justeru,masa tersbut aku habiskan sebaik boleh dengan menduduki percubaan di bili kurikulum Al-Azhar.Jauh terpinggir dari orang lain :(

Aku tak perasan aku terlalu struggle,namun itulah kata kakak dormku.
Aku memang pulun habis.Entahlah,mungkin?

Dan seterusnya, aku memperoleh keputusan 83% plus dalam percubaan.
Menyandang tempat kesebelas dalam 5 Sains 1.
Agak terkejut juga,
Sebab aku ambil peperiksaan lambat.
Dah tu pula, sehari dua paper.
Berbanding kawan lain. Sehari satu paper.

Untuk peperiksaan yang sebenar,
Keputusan telah diisytiharkan oleh Jais 8 Februari 2013.
Sepanjang minggu tersebut, siapa yang buka topik berkenaan SMA aku memang geram.

"Woiii jangan buka cerita pasal Sma la paham takkk!"

Setiap kali.
Aku tutup telinga,aku taknak dengar.
Petang sbelum keputusan keluar,
Aku telefon abah,

"Abah kalau balqis tak dapat Mumtaz tak apa kan?"
"Kenapa pulak?"
"Sebab balqis tahu balqis takkan dapat mumtaz...."

Ya memang petang tu aku agak sedih.Sebab aku yang letakkan diri dalam situasi tidak tergolong dalam golongan Mumtaz.

Alllahh...
Ampunkan aku.

Esoknya,
Selepas solat jumaat, keputusan keluar.
Sebelum itu lagi,ada ura-ura berkenaan Sma.
Kata adik dormku,mereka tahu berapa ramai mumtaz.
Aku pekakkan diri.Aku tahu aku tak tergolong.

Aku tidur.
Malas nak merisaukan diri dengan keputusan.
Namun,
Doa wehdah yang kami baca sebelum mengambil keputusan agak sayu,
Aku sendiri tidak stabil.

Lastly,aku menangis.
Walaupun belum mendengar keputusan aku.

Aku beratur dihadapan Ustaz Haikal,
Menunggu slip yang tertulis atas namaku.

"Ustaz....balqis binti azhar.."
"Hmm..kejap ye kejap..."

Ustaz berlama-lama mencari namaku dalam timbunan slip yang ada.

"Tahniah balqis..."

Slip diserah.
Aku pandang dua kali.
Mumtaz ? Seriusssssse ?????? Betulkah ini slip Balqis Azhar ?
Ya la IC sama pula tu.

Aku lihat peratus..
93.2 % ? Allah....tingginya...tak pernah terfikir pun.

Aku lihat deretan subjek.
5 Mumtaz ,1 jayyid jiddan.

Agak dah,
Tarikh Islam aku slack betul.
Tak apalah, yang penting semuanya dah berakhir.
Hari-hari aku akan penuh keyakinan.Tiada kerisauan.

Alhamdulillah,
For every rain will comes a rainbow :)

If you believe that Allah will help you,then inshaallah Allah will help you in an unpredictable way.

So thank you for reading my mere post,
Just to say I got a lot of stories to tell you but this is one of my stories that I promised earlier.

1 comment:

Anonymous said...

Boleh bagi tips tak camne dpt mumtaz? :)