Followers

Jan 11, 2013

Macam Tak Percaya !


*courtesy google

MACAM TAK PERCAYA #1


Alhamdulillah,sekarang aku di pejabat family aku.Firma guaman.

Sebab ini minggu balik kampung untuk pelajar asrama ! Yeyy :))

Minggu lepas alhamdulillah aku terlibat menjadi fasi untuk orientasi tingkatan satu jadi agak hectic sebenarnya dua minggu pertama sekolah.Dah tu pula, bebudak tingkatan satu ni ramai pulak yang tanya aku ni sebenarnya..

''Akak ni sebenarnya form berapa?''
''Akak?Err akak..form..emm..eh..aaaa..akak..eh akak......akak form......''

K serius, aku gagap nak kata 

''Akak form five tahun ni.''

Mungkin sebab aku belum biasa atau mengalami alah dengan Tingkatan 5 yang selalu didefinisikan sebagai tahun matang walaupun secara fizikalnya YA aku dah matang,tinggi,macam budak U tapi hakikatnya keanak-anakan aku tak pernah hilang. T_T

MACAM TAK PERCAYA #2
Macam tak percaya yang aku pengawas tahun ini.Malam pertama tidur di asrama tingkat 3 dorm Zainab,aku tidur 3.45 pagi lebih kurang.Apa aku buat ? Pastilah bercerita dari Facebook sampai ke Twitter hiks hiks dan akhirnya bangunlah aku jam 5.45 pagi lebih kurang.

Usai solat subuh,aku menukar ala-ala Ottomen dengan memakai baju pengawas.Kekuningan.

''Daulat Tuanku!''

Haa inilah yang diucapkan oleh rakan-rakan aku bila mereka melihat aku melangkah longlai ke DM dengan mata sembam dan berbaju kuning bersinar menyinari seluruh alam.

Ah,malah ada yang mengusik ;

''Woooooooooooo kuning gile Balqis.''

Memang kalau tak memikirkan aku SPM tahun ni - adalah yang nak aku buat.

MACAM TAK PERCAYA #3


*masheh idin

Kalau kalian nak tahu,disebalik menguruskan orientasi Tingkatan Satu dari pagi hingga ke petang,aku juga menguruskan penerbitan majalah 2012.
Bukan menguruskan sebenarnya,lebih kepad menyiapkan.Dari graphic sampai karya.
Dari mengira muka surat depan hingga ke belakang yang lebih 150 muka.

Percaya tak?
Sebelah malam pula,orang sibuk study untuk masa depan - aku pula di Bilik Kaunseling menyiapkan majalah.

Percaya tak ?

Kerja sekolah aku berlambak bagai Gunung Uhud I tell you...
Justeru,selepas aku balik orientasi,
Aku akan mandi,solat kemudian siapkan homework bagai nak banyak tu.

Percaya tak ? Aku dah lama tak makan malam sebab nak siapkan kerja sekolah ?

Ya haruslah percaya kerana itulah yang sedang aku lakukan.

Ada hari-hari aku berasa sangat lelah.Penat.
Menyiapkan kerja sekolah,tanggungjawab sebagai Sidang redaksi, apatah lagi tahun ni naik Pengawas.

Ada masanya aku terlalu penat sampai nak tutup mata sewaktu P&P.Tapi aku cekalkan.
Aku buka mata seluas-luasnya.
Ada masa aku rasa nak menangis.

Perlukah aku menahan lapar yang amat ini semata-mata menyiapkan kerja sekolah ? Aku tak mampu stay-up.Aku penat siang hari dengan pelbagai urusan.Justeru aku perlukan rehat yang awal.

Gila.

MACAM TAK PERCAYA #4

Tahun ni aku 5 sains I.Kelas elit kononnya.Tahun ni dorm aku Tingkat 3.Sesuatu yang paling gerun dan terlalu memenatkan mungkin faktor kelebaran tangga membuatkan banyak tenaga diperlukan untuk memanjat tangga.Jalan lebih 6 meter untuk ke dorm yang di hujung.

Justeru aku rasa terlalu..........penat lagi.
Adik dorm aku pula Tingkatan 4,ada peers juga Tingkatan 5 tapi alhamdulillah aku bersyukur.

Kak Hanisah dorm aku :)
Dalam kepenatan setelah menguruskan hal ehwal sekolah, aku pun mencecah dorm seitnggi kayangan.
Kemudian,
Aku nampak ada manusia yang sedang bersujud.

''Macam kenal.Kak Hanisah?''

salah seorang ahli dorm aku kata 'YA'.Oh rupanya Kak Hanisah ambil Tingkatan Enam STAM.
Dalam kepenatan,aku tersenyum sendiri.

Syukurlah.Ada yang mampu mentarbiyyah aku dalam dorm ini.
Sebab aku tak mampu mentarbiyyah diri sendiri.
Syukurlah ada insan yang sentiasa memelihara Tahajjud dalam dorm ini.
Sykurlah ada insan yang sentiasa menjadikan AlQuran sahabat setianya.

Siapa Kak Hanisah? Rujuk entri 'Mengapa Aku Bertudung Labuh' occay.

MACAM TAK PERCAYA #5

Kali ini bukan aku yang tak percaya.Ini orang yang tak percaya - bahawasanya aku tak terlibat untuk Orientasi Asrama.

Aku kata aku tak layak.

Mereka kata aku pelik.Best Student Negeri Selangor takkan tak layak.Budak femes sekolah takkan tak layak.

Tapi aku tahu kenapa.Aku mempunyai sejarah hitam.Terpulanglah warden masih merasakan aku belum berubah kerana aku langsung tidak sedih tidak terlibat.

Sebab sekurang-kurangnya masa yang ada dapat aku isi dengan ulang kaji dan tunaikan solat dhuha.

Sesuatu yang aku tinggalkan awal pertama sekolah kerana sibuknya tahap gamma.

Ah lagipun aku bukannya batak nak buat semua benda.Aku ada matlamat sendiri.Masa sendiri nak diuruskan.

Justeru aku tak kisah pun tak terlibat dengan orientasi asrama.

MACAM TAK PERCAYA #6

Dari awal Tingkatan Dua hingga Tingkatan 5 aku juga menguruskan hal-hal Bas.Untuk urusan balik KL-Sabak Bernam, Sabak Bernam - KL.

Tahun ini, Ustaz Rahman bagi free kepada person in charge yang bertugas uruskan bas.

Alhamdulillah, dapat juga aku simpan duit pengangkutan untuk masa depan.
Syukurlah.

Namun aku berharap aku masih kuat uruskan bas.

Sebab banyak amanah yang tertanggung di pundak aku.



BE BUSY NOW BECAUSE YOU WILL REGRET FOR YOUR FREE TIME.

Inilah sebahagian MACAM TAK PERCAYA aku bagi dua minggu pertama ini.
Mungkin ada lagi menyusul lepas ini.Nantikan.

4 comments:

Hana said...

Alahai kak Balqis, Hana baca aktiviti-aktiviti kak pun dah rasa macam penat apatah lagi akak sendiri yang mengalaminyaa. Awwr insyaAllah, Allah permudahkan urusan kak =) Kalau Hana laaa kan ada kat situasi kak, mesti Hana dah nangis hari-hari. Mungkin. Huhu.

Balqis Azhar said...

Hana,
akak kena kuat.
Ini yang dah ditaklifkan.

hoho ^^''

Anonymous said...

wow!balqis..hebat2!best nye ko dapat bahagian karya.akak dulu tak dapat pon sebab cikgu bagi kat dak stpm atas.cikgu taknak kitorang busy sgt sebab nak exam.huhu..and...dak stam ade yang duduk asrama baru??dah boleh pulak?okeyyy..banyak dah berubah.

kak qurratuaini.

Anonymous said...

brapa bnyak da Macam tak pcya dia keh3..