Followers

Jan 28, 2013

Ikhwah Akhawat - Ikhtilat

Tip-tip berurusan dengan bukan muhrim,

1- Elakkan berhubungan dengan lelaki - selagi tiada urusan penting atau darurat,carilah sahabat wanita untuk berurusan.

2- Andai terpaksa berhubung,gunalah pengantara seperti nota kecil,sms,emel.Ringkaskan dan padatkan ayat.

3-Tundukkan hati - Sentiasa beristighfar dalam hati apabila berurusan agar terhindar daripada fitnah.

4- Tundukkan pandangan - Bukan bermakna tundukkan kepala hingga terlanggar tiang.

5- Mempercepatkan urusan - Tak perlu meluahkan perasaan peribadi atau bergelak ketawa.


Jan 13, 2013

Sinergi. ( 1+1 =3 )



Entah macammana, sudah hampir setahun masa telah berlalu.
Aku ingat lagi,waktu hujung Tingkatan 3 aku selalu sembang-sembang dengan kawan-kawan mengatakan aku tak suka ada budak form 4 baru masuk.

Yelah tingkatan 4 selalunya students pindah ambil aliran mereka nak,ataupun masuk SBP/MRSM/SBI/SAMT/SAM ah you name it.

Jadi , SAMTSSAAS merupakan sebahagian daripada sekolah SAM Negeri Selangor bagi SAM yang tidak mempunyai aliran sains.
Jadinya,nak tak nak kami pasti akan menerima kemasukan pelajar pandai dari pelbagai SAM lain, tapi ada juga bebudak genius masuk SAMBES/SAMTTAJ ( untunglah sekolah bandar ) . :-)

Namun, aku ini orangnya mudah..mudah rasa cemburu.Kahkah.Mudah rasa dipertikai.Mestilah kita tergugat bila ada budak baru, kut-kut lebih hebat dan lebih pandai.
Mestilah,haruslah,wajiblah.

Namun,pada hari kemasukan student form 4 baru , sekitar bulan 2 , aku menyibukkan diri di Dewan Al Ghazali.

On my way dari blok E, aku terlihat seorang student ini.Tinggi orangnya.Sikit tinggi daripada aku.Cantik.
Berspek.Nampak sangat cantik dan matang.Dia berjalan sebelah ayahnya yang ketinggian lebih 170cm rasanya.

Lemah lembut nya gaya dia jalan ! Lantas, aku pun terfikir tahap matang berusia 7 tahun ;

''Cantiknya dia.Muka pandai.Mesti ramai peminat nanti.''

Kemudian aku melangkah masuk ke dalam dewan.Segera berdiri di bawah kipas untuk merasai angin Antartika sementelah kepanasan Sabak Bernam mengatasi tahap antibodi yang aku mampu lawan.

Aku pun,masih memerhatikan student tersebut.Dia mengisi borang.Entah,borang asrama atau sekolah.
Masih lagi memerhati setiap langkah dia.

Dengan wajah yang manis aku menyalam dan menegur ibuk-ibuk untuk bermesra.Mestilah kita kena tunjuk imej yang baik kepada mereka supaya mereka senang melepaskan anak-anak ke sekolah baru.Haha x)

Bila aku masuk kelas, ehhhh budak tadi 4 sains I pulak.Habislah habislah acanni tergugat aku.
Tapi satu perkara yang terlintas sekadar dalam hati tanpa aku usahakan,

''Aku nak jadi kawan dialah.Dia nampak baik..mungkin aku boleh jadi bestfriend dia..''

Kan dah dibilang, ' tanpa aku usahakan ' sebab aku sendiri tak tahu cara untuk merapati dia.Kemudian, sesi taaruf baru aku kenal, namanya Syakirah.Comel sungguh nama dia.Lagilah membuak-buak perasaan nak berkawan tu.

Satu masa tu, aku datang dekat dengan dia,

''Hai nama siapa?'' salam dihulur.
''Syakirah.Paya Jaras.'' salam berjawab.

Oyyey hepi sangat waktu tu.Dia tahu nama aku dia tahu aku Balqis hahaha begitulah lebih kurang.

Namun disebabkan banyak sangat sekolah dan kami pun duduk ikut sekolah , jadi Ustaz Haikal pun menentukan tempat duduk kami.

Eh,dapat duduk depan Syakirah lah :)

Jadi kami pun terus berkawan.Dan berkawan.Segalanya bermula bila dia nak ke tandas dan meminta aku temankan,aku pun selalu minta Syakirah teman.Plus,aku ini memang selalu berjalan dan jarang dalam kelas.

Heh.
Justeru kami terus merapat dan berkawan baik sehingga tingkatan 5.
Good thing berkenaan Syakirah ialah,dia terlalu baik.Selalu memberi hadiah.Namun itu bukanlah satu alasan untuk aku berkawan dengan dia.

Aku kawan,sebab- aku sendiri tak tahu.Hanya mungkin kerana Allah,mungkin sebab itu Allah menduga persahabatan kami dan merancang tanpa aku sedari.

Sebab segalanya bermula dengan lintasan hati aku; mengatakan aku ingin.Allah langsung permudahkan.Hebat?Mesti.

Yang aku ingat, malam aku baru pulang dari Pangkor setelah penat Nadwah Negeri Selangor..aku meletakkan barang ke dorm.Kemudian turun bawah untuk berjumpa Syakirah.Tujuan? Nak tanya reti atau tak guna washing machine asrama sebab aku tak reti dan aku nak basuh segala baju kotor aku malam tu jugak sebab esok nak qadha' tidur aku.

Dan Syakirah pun.....tak reti jugak.Alasannya dia pakai tangan.Buat apa nak guna washing machine.

Hey aku gelak hebat waktu tu.
Tapi,dia minta tolong adik dorm form one tolong ajarkan aku,sebab iyelah bebudak form 1 ini pengguna tegar washing machine.Senior? Basuh guna tangan jelah.Haha.Kami kan rajin.

Selepas aku habis memutarkan washing machine,aku kembali naik Tingkat 3 untuk mandi.Ah,dah jam 9 setengah malam tapi,tibai jelah.Tak sanggup nak tidur dengan badan kotor selepas berjalan jauh.Dari Pangkor tu.Itu pun hari terakhir mana mandi,kami berprogram dan terus balik.

Sedang mandi,

''Bal..bal..baju dah siap..''
''Hah? Eh aku tengah mandi ni..macammana?''
''Ala nanti kau tinggal angkat je baldi tu.''
''Eh aku tak bilas lagilah.Takpe tinggallah dulu.kalau washingmachine tu rosak sebab aku,kau diam-diamkan saje.''
''Tak..kau angkat jelah baldi tu.''
''Aku tak bilas lagi!''
''Aku dah bilaskan dan perahkan.Kau tinggal angkat je.''
''Kau bilas dan perah......semua ke? ''
''Iye semua.''

Gulp.SEMUA? Serius semua ? Kemudian aku mengingat balik apa yang aku basuh.Eh biar betul dia ni ?
Tapi kemudian aku tersedar, betullah dia ini seorang kawan.Malah lebih lagi.Sahabat.

Sebab dia tahu aku penat.Sebab dia tahu sewaktu Nadwah aku tidur sangat sekejap.Sebab dia tahu tidur aku perlu lebih 7 jam.Justeru, dia mahu aku bersihkan diri dan terus tidur.Allah....

Sebenarnya banyak lagi.Tak tercerita.
Namun aku bersyukur Allah kurniakan aku ,dia.

Sebab sebagai seorang perempuan,pasti kita akan tertarik pada lelaki.Namun Allah kurniakan dia agar aku sentiasa menyebut nama dia,sebagai seorang yang aku terlalu sayang.

Sebab,sebagai seorang perempuan,kita ingin pandang lelaki handsome tapi Allah bagi dia, yang mata aku sentiasa memandang wajah Syakirah dengan penuh kasih,dan tersenyum sendiri.Yup,dia terlalu cantik.

Sebab,sekurang-kurangnya hati aku diisi dengan orang yang aku kasih,namun tiada haramnya.Tiada rasa bersalah menyimpan dia dalam hati.

Iya,dia ada tempat tersendiri dalam hati sebagai seorang sahabat.

Sejujurnya aku terlalu bergembira dan bersyukur.
Sebagaimana Allah melengkapkan hidup aku dengan segala nikmatNya, Syakirah juga nikmat dari Nya.

Walaupun disebalik segala perkara, kami adalah terlalu berbeza.
Dia, gelak pun suara macam bercakap.Gelaknya senyum.
Gelak aku? Besar,kuat.Hahaha.Baru ada kepuasan bila gelak.

Dia bukan pendiam.Tapi cakapnya perlahan.
Aku? Bila bercakap,sampai ke depan boleh dengar.

Dia,selalu berfikir positif macam Dr Fadzilah Kamsah, sangat optimis.
Aku? Pesimis betul.Haha.Taklah,aku selalu fikir apa orang kata, dan selalu fikir berkenaan prang yang selalu fitnah/berkata buruk pasal aku.

Ah banyaklah bezanya.
Tapi samanya, kami tinggi.Eh aku 160 , Syakirah 163 :) 
Samanya, kami ore Kelantan.

Hah, carilah sinergi anda.

Baru tahu nikmat ukhuwwah !

Jan 11, 2013

Macam Tak Percaya !


*courtesy google

MACAM TAK PERCAYA #1


Alhamdulillah,sekarang aku di pejabat family aku.Firma guaman.

Sebab ini minggu balik kampung untuk pelajar asrama ! Yeyy :))

Minggu lepas alhamdulillah aku terlibat menjadi fasi untuk orientasi tingkatan satu jadi agak hectic sebenarnya dua minggu pertama sekolah.Dah tu pula, bebudak tingkatan satu ni ramai pulak yang tanya aku ni sebenarnya..

''Akak ni sebenarnya form berapa?''
''Akak?Err akak..form..emm..eh..aaaa..akak..eh akak......akak form......''

K serius, aku gagap nak kata 

''Akak form five tahun ni.''

Mungkin sebab aku belum biasa atau mengalami alah dengan Tingkatan 5 yang selalu didefinisikan sebagai tahun matang walaupun secara fizikalnya YA aku dah matang,tinggi,macam budak U tapi hakikatnya keanak-anakan aku tak pernah hilang. T_T

MACAM TAK PERCAYA #2
Macam tak percaya yang aku pengawas tahun ini.Malam pertama tidur di asrama tingkat 3 dorm Zainab,aku tidur 3.45 pagi lebih kurang.Apa aku buat ? Pastilah bercerita dari Facebook sampai ke Twitter hiks hiks dan akhirnya bangunlah aku jam 5.45 pagi lebih kurang.

Usai solat subuh,aku menukar ala-ala Ottomen dengan memakai baju pengawas.Kekuningan.

''Daulat Tuanku!''

Haa inilah yang diucapkan oleh rakan-rakan aku bila mereka melihat aku melangkah longlai ke DM dengan mata sembam dan berbaju kuning bersinar menyinari seluruh alam.

Ah,malah ada yang mengusik ;

''Woooooooooooo kuning gile Balqis.''

Memang kalau tak memikirkan aku SPM tahun ni - adalah yang nak aku buat.

MACAM TAK PERCAYA #3


*masheh idin

Kalau kalian nak tahu,disebalik menguruskan orientasi Tingkatan Satu dari pagi hingga ke petang,aku juga menguruskan penerbitan majalah 2012.
Bukan menguruskan sebenarnya,lebih kepad menyiapkan.Dari graphic sampai karya.
Dari mengira muka surat depan hingga ke belakang yang lebih 150 muka.

Percaya tak?
Sebelah malam pula,orang sibuk study untuk masa depan - aku pula di Bilik Kaunseling menyiapkan majalah.

Percaya tak ?

Kerja sekolah aku berlambak bagai Gunung Uhud I tell you...
Justeru,selepas aku balik orientasi,
Aku akan mandi,solat kemudian siapkan homework bagai nak banyak tu.

Percaya tak ? Aku dah lama tak makan malam sebab nak siapkan kerja sekolah ?

Ya haruslah percaya kerana itulah yang sedang aku lakukan.

Ada hari-hari aku berasa sangat lelah.Penat.
Menyiapkan kerja sekolah,tanggungjawab sebagai Sidang redaksi, apatah lagi tahun ni naik Pengawas.

Ada masanya aku terlalu penat sampai nak tutup mata sewaktu P&P.Tapi aku cekalkan.
Aku buka mata seluas-luasnya.
Ada masa aku rasa nak menangis.

Perlukah aku menahan lapar yang amat ini semata-mata menyiapkan kerja sekolah ? Aku tak mampu stay-up.Aku penat siang hari dengan pelbagai urusan.Justeru aku perlukan rehat yang awal.

Gila.

MACAM TAK PERCAYA #4

Tahun ni aku 5 sains I.Kelas elit kononnya.Tahun ni dorm aku Tingkat 3.Sesuatu yang paling gerun dan terlalu memenatkan mungkin faktor kelebaran tangga membuatkan banyak tenaga diperlukan untuk memanjat tangga.Jalan lebih 6 meter untuk ke dorm yang di hujung.

Justeru aku rasa terlalu..........penat lagi.
Adik dorm aku pula Tingkatan 4,ada peers juga Tingkatan 5 tapi alhamdulillah aku bersyukur.

Kak Hanisah dorm aku :)
Dalam kepenatan setelah menguruskan hal ehwal sekolah, aku pun mencecah dorm seitnggi kayangan.
Kemudian,
Aku nampak ada manusia yang sedang bersujud.

''Macam kenal.Kak Hanisah?''

salah seorang ahli dorm aku kata 'YA'.Oh rupanya Kak Hanisah ambil Tingkatan Enam STAM.
Dalam kepenatan,aku tersenyum sendiri.

Syukurlah.Ada yang mampu mentarbiyyah aku dalam dorm ini.
Sebab aku tak mampu mentarbiyyah diri sendiri.
Syukurlah ada insan yang sentiasa memelihara Tahajjud dalam dorm ini.
Sykurlah ada insan yang sentiasa menjadikan AlQuran sahabat setianya.

Siapa Kak Hanisah? Rujuk entri 'Mengapa Aku Bertudung Labuh' occay.

MACAM TAK PERCAYA #5

Kali ini bukan aku yang tak percaya.Ini orang yang tak percaya - bahawasanya aku tak terlibat untuk Orientasi Asrama.

Aku kata aku tak layak.

Mereka kata aku pelik.Best Student Negeri Selangor takkan tak layak.Budak femes sekolah takkan tak layak.

Tapi aku tahu kenapa.Aku mempunyai sejarah hitam.Terpulanglah warden masih merasakan aku belum berubah kerana aku langsung tidak sedih tidak terlibat.

Sebab sekurang-kurangnya masa yang ada dapat aku isi dengan ulang kaji dan tunaikan solat dhuha.

Sesuatu yang aku tinggalkan awal pertama sekolah kerana sibuknya tahap gamma.

Ah lagipun aku bukannya batak nak buat semua benda.Aku ada matlamat sendiri.Masa sendiri nak diuruskan.

Justeru aku tak kisah pun tak terlibat dengan orientasi asrama.

MACAM TAK PERCAYA #6

Dari awal Tingkatan Dua hingga Tingkatan 5 aku juga menguruskan hal-hal Bas.Untuk urusan balik KL-Sabak Bernam, Sabak Bernam - KL.

Tahun ini, Ustaz Rahman bagi free kepada person in charge yang bertugas uruskan bas.

Alhamdulillah, dapat juga aku simpan duit pengangkutan untuk masa depan.
Syukurlah.

Namun aku berharap aku masih kuat uruskan bas.

Sebab banyak amanah yang tertanggung di pundak aku.



BE BUSY NOW BECAUSE YOU WILL REGRET FOR YOUR FREE TIME.

Inilah sebahagian MACAM TAK PERCAYA aku bagi dua minggu pertama ini.
Mungkin ada lagi menyusul lepas ini.Nantikan.