Followers

Dec 30, 2012

What-to-do Tomorrow.


Penat.

balik asrama lagi 2 hari.Lebih tepat ; 1 Januari.

Mari kita senaraikan what-to-do (will you do?) tomorrow.

  •  Iron baju kurung dan jubah.
  • Iron tudung labuh.
  • Cek lebar muka tudung dan pasang lencana.
  • Try baju pengawas
  • Kemas toiletteries segala bagai letak dalam baldi.Masukkan selipar tandas & towel diatas baldi.
  • Buku-buku rujukan sila letak dalam Tupperware ( Sebenarnya nak cakap bekas tapi tah tak terkeluar perkataan yang sesuai haha ) 
  • Telekung + AlQuran + Sejadah + Ma'thurat. 
  • Bawa air freshener nak gantung dalam loker.
  • Bawa pembalut hadiah nak hias loker. 
  • Hanger cari yang sepadan dan sama jenis je.Taknak hanger yang alien. 
  • Kalkulator adalah wajib dan jangan ditinggalkan. 
  • Soalan PAT jangan lupa.Nak bincang dengan cikgu nanti. 
  • Bawa buku Enid Blyton nanti kalau rasa nak tidur dalam dorm tu boleh rawat dengan membaca.
  • Cadar asrama + selimut jangan lupa. 
  • Bantal busukkk :))
  • Barangan peribadi.( Ikat rambut,sikat,bedak segalanya ) 
  • Stokin + stokin tangan + anak tudung dan sewaktu dengannya. 
  • Makanan. 
  • Mineral Water.
  • Makanan sunnah ( madu or etc ).
  • Tudung tandas ! 
Apa lagi ya ? K perasaan yang menggerunkan sebenarnya adalah bila anda rasa tertinggal sesuatu dirumah sedangkan anda telah jauh meninggalkan KL dan mendekati Sabak Bernam.

p/s: Kena solat istikharah nih.Moga Allah tunjuk menda alah yang tertinggal hiks hiks :*)




You can hurt with your words but you can also hurt with your silence




You can hurt with your words but you can also hurt with your silence

- Paolo Coelho-
Assalamualaikum.
Baru sebentar tadi menjengah Twitter Dr Maza kemudian terbeliak jumpa quote sebegini.K,aku terbeliak besar dan tersenyum.

Yalah sebenarnya aku agak jakun banyak bila terjumpa 'wisdom quote' sebegini.I was like;

'what are they actually thinking until this awesome quote perched into their mind?'

K.Back to story.

1 - Pernah tak kita berdepan di dalam suatu situasi yang mana kita terlalu malas nak bercakap ? Kita rasa soalan dia hanyalah retorik dan tidak memerlukan jawapan,namun sangkaan anda meleset.Sebenarnya dia menunggu jawapan anda.Anda diam.K that's hurt actually.

2 - Pernah tak kita ada meeting disebabkan masalah yang timbul dalam apa-apa organisasi kemudian semua diam tidak berbicara bila ditanya ?

Contoh.

''Kenapa korang tak hantar lagi draf untuk majalah sekolah ingat sket aku SPM tahun ni ! ''

semua diam.

K that's hurt tho.

3 - Pernah tak kita buat kesalahan lepas itu seseorang yang menjadi mangsa atas kesalahan kita tanya dan kita diam ?

Contoh.

Mak Ali minta Ali cuci ikan dan buang isi perut.Ali tak reti.Dia tidak membuat mengikut cara yang sepatutnya.Lalu dimarahi dan ditengking atas kejahilannya.K rasa sakit sangat hati ibu bila ditanya;

'Ali kenapa kau buat macamniiiiiii' ( sepanjang 7 harakat ).

Ali diam.K thats hurt.

Sebenarnya..dalam perjumpaan yang pelbagai di sekolah aku,ramai yang lebih mementingkan 'silence is golden'.K kita boleh nampak keSCHOLARan disitu apabila seorang yang pendiam tiba-tiba buka mulut macam naga tahu.

*api keluar dari mulut lantas menghembusi segenap alam*

adeh terbakar pula hoi hoi.

Tapi..secara peribadi aku lebih suka sekiranya 'cakaplah whatever yang korang nak dalam perjumpaan ini.Takmahu jadi silent mood.Kita sekarang 'general or outdoor' - boleh ?

Mungkin kadang-kadang berdiam diri nampak sangat annoying dalam beberapa situasi.
Atau mungkin juga berdiam diri menunjukkan tiada solusi.Melambatkan kerja.Lambat kerja lambat study.

Banyak masa terbuang situ.Mungkin jugak.

Atau mungkin juga,si 'bising' perlu diam dalam beberapa situasi kekadang bising tak bertempat pun annoying juga.

Tapi aku tak menafikan frasa pertama Paolo Coelho bahawasanya;

you can hurt with your words

Seperti kata mat saleh :  A pen is mightier than a sword .

Mungkin zaman sekarang kita perlu mengambil unsur Balaghah bahawasanya quote 'A pen' juga tertuju pada penulisan.Penulisan - words.

So berkait bukan ?

Ya,luka bila terkena duri sakit.Luka tercucuk tulang ikan jaket bila makan di DM (dewan makan) sehingga gelak terbahak-bahak kemudian tercucuk tulang ikan pun sakit juga.Sakit fizikal.

Sakit kata-kata ? Mungkin hubungan rosak.Adu domba - fitnah - keji mengeji - mengumpat bakal berlaku.Kata-kata jugak.

Oh how I wish there's no language in this Earth.Tak ada bahasa maksudnya tak ada kata-kata lah kan?

Namun,mungkin masyarakat perlu mengambil kira selain 'silence' atau 'words' ada satu lagi yang menyakitkan - glance.

glance.Pandangan.Suka ku tafsir sebagai - jeling.

Jeling ? Kekadang jeling pun sakit hati juga.Padahal dia cuma lalu membawa buku setebal beberapa inci untuk ke kelas prep dan kebetulan menjeling kita - eh ape kehal nya yob ?

Sakit kan ? T_T

Ok.That's all.Saja nak cerita  pasal wisdom quotes sebegini.
Esok nak ke Kinokuniya bersama Kak Maisha.Moga Allah permudahkanlah.Moga mak aku bagi duit lebih sebab nak beli buku Yasmin Mogahed oh puhleasee ?