Followers

Dec 29, 2012

KEKOLOTAN

Panas hati.
Bukan aku nak berlagak macam 'ya atas dunia ini kau seorang sahaja yang betul maka berdirilah di Puncak Everest.'
Aku tidak mahu memanjang-manjangkan cerita blog ini agar sekiranya aku mengantuk nanti dapatlah aku terus publish dan menjadi santapan kalian untuk membaca dan silalah bantah kalau perlu.

Aku tak kata politik tu salah walaupun situasi di Malaysia ini membuatkan aku menjauhkan diri seketika dari dunia politik - cukuplah dengan pelbagai akhbar dan media yang melaga-lagakan orang Melayu.

dan jangan sampai institusi raja-raja serta kedaulatan agama Islam jatuh hanya kerana sibuk berpolitik sampai lupa daratan.

Tapi aku agak geli geli dengan segelintir pelajar yang melibatkan diri dalam dunia politik macam dia tahu semua perkara.Kecoh mengomen tentang ekonomi like what the fridge kau belajar ke semua ini dan kau tak ambil akaun pun jadi jangan bising.

Aku juga hairan dengan segelintir yang menyertai demonstrasi dan dengan petahnya mengaku dia berjihad di jalan Allah.Tidak gua tidak tuduh lu syiah but think - jihad kita sekarang menuntut ilmu kot.
Carry on kalau rasa kau sedang berjihad di situ tapi kenapa kau tidak terus 'syahid' disana ? Baru aku gembira tanpa mendengar sebarang intipati berbaur politik diuar-uarkan di dalam kawasan larangan berpolitik.

katanya; ' segala aspek hidup kita adalah politik ' . Sudahnya dia menyembang tentang 'parti' berbanding politik itu sendiri.Norm.Memang kebanyakannya menyangka begitu dengan besar kepala dan menolak sekeras-kerasnya bantahan untuk tidak berparti di kawasan larangan.

Berparti.Bukan berpolitik occay.
Bukan aku suruh engkau langsung tidak berparti tapi hal sebegitu adalah terlalu tidak perlu di tempat yang seharusnya kau fikir masa hadapan.

Bukan aku nak kata kau ni tidak educated but man kau boleh tak diam seketika dari memperlekehkan Rosmah ? Bukan aku nak setuju dan menjadi tulang belakang Rosmah tapi mengapa hanya dia yang kau attack despite rambutnya yang sebegitu ? Buka mata.Ramai lagi melayu yang lebih teruk ! yang tidak solat yang warnakan rambut yang bersekedudukan yang terang-terangan berdansa di kelab malam.

Mengapa hanya dia ?
Sudahlah.Berhentilah.Nanah telinga mendengar dan baik lagi kalau aku dengar Maher Zain berjuta kali walaupun mungkin akan jemu.

Sudahlah.Aku benci bila mereka mempermain-mainkan BR1M mahupun segala macam bantuan yang kerajaan bagi.Open sikit - kau pakai juga rm100 tu beli gula-gula kan ? Kau pakai rm200 baucer beli pensel kan ?

Apa yang kerajaan salah.adalah salah.Namun itu tidak bermakna kebaikan yang mereka bagi kau boleh permainkan hanya kerana kau di pihak 'sana' ? Kau suka kalau kau buat baik tapi orang pandai dark side ? 

Pasti tidak.

Ya sudahlah mengutuk tentang parti politik di kawasan larangan.Kalau mahu bicara - sila keluar sejengkal dari pintu pagar.

Melayu.
Suruh belajar taknak,mahu berparti je kerja.Tunggulah umur kau sampai masanya untuk kau menjadi seorang berbangsa Melayu yang matang dalam politik.

Aku bosan.

Nak tanya apa-apa ? http://ask.fm/penawirawati :))