Followers

Dec 22, 2012

Intepretasi berbeza-beza.




Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh..
Tengok jam, 4.24 pagi.*Isk isk update blog balqis ?*
Iya,hapdet blog.Nanti nak balik kampung.Balik kampung bermaksud tidak online.Hewhew :3

Intepretasi Berbeza.



Intepretasi berbeza selalu berlaku dalam communication,tidak kisah dalam bentuk lisan mahupun secara komunikasi penulisan.Kadang-kadang komunikasi ni terlalu rumit,satu ayat boleh jadi 10 maksud.

Ilmu balaghah pula,yang mengajar aku supaya berhati-hati dalm mentafsir cakap-cakap orang.Tapis demi tapis,take the root bukan opinion ataupun tafsiran segelintir manusia yang sesedap rasa.

Percaya kalau aku cakap, kadang-kadang manusia lebih suka mentafsir ayat secara menyeluruh.Maksudnya,si bercakap tadi akan dinilai dari perbuatan mahupun perangai dia.Instead of,taking the root of the sentence,si pendengar lebih gumbira membuat intepretasi sebegitu.Hairan!
Maka jadilah intepretasi yang berlainan,menuntut kepada perbalahan dan ketidak sefahaman.

Lebih buruk,bila dah salah faham mula berbincang antara orang lain secara belakang.Dah bincang, takkan tak mengumpat.Kemudian jadilah satu persepsi buruk terhadap si bercakap tadi.Sedangkan, si bercakap tadi langsung tak tahu menahu pasal pentafsiran maklumat tadi.

Hebat tak hebat bila manusia bertembung minda dan pendapat !
Kalau tak pandai mengelak, berbeza pendapat akan menyebabkan perpecahan.Sedangkan, khilaf itu rahmat.Tahu rahmat ?

Ni aku jumpa dari Fesbuk orang..


It's hard when you don't really fathom of what others thought and said as only you were there listening to them. it's unfair to judge someone based on your perception and judgement without relevant thinking. plus, you just take half of their quotes, ignoring the rest of what he wants to speak. that's the retard of our society. :{
Aku setuju tahap langit ke tujuh dengan statement ni.

Kemudian,
pernah tak kita alami satu ketika di mana kita menyampaikan sesuatu,namun dikatanya 'menunjuk' without even fikir lebih dalam dan dalam.

Pengalaman aku sendiri,
satu hari tu,aku bagi tazkirah untuk fatayat yang ma'zurah..


"Dulu saya jahil giler.Taknak terima kenyataan takdapat masuk Kisas.Tapi alhamdulilla,rupa-rupanya Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Hari ini,lepas saya balik solat dhuha saya terima surat.Menjadi best student PMR negeri selangor untuk SABK''.

Itu je.Tak ada langsung niat nak menunjuk.Apa yang aku nak sampaikan  aku rasa orang asli batu 12 pun faham rasanya.

Tapi apa yang segelintir manusia yang cetek pemikirannya interpret,


"Balqis Azhar menunjuk''

Awalnya aku menangis semahu-mahunya.Sehari suntuk aku menangis sampai tak hafal apa-apa.Padahal exam  SMA 2hari je lagi.Kemudian aku fikir balik...

Lantaklah mereka nak cakap apa.Inilah fitrah kehidupan, bukan selalu kita diuji.Mungkin Allah nak tunjuk aku supaya aku lebih matang,atau mungkin aku perlu lebih lebih lagi belajar erti kehidupan.

Bagaimana pula dengan orang yang menegur kita.Sedangkan dia tak pernah pernah rapat dengan kita.Mengambil ''how are we'' daripada segelintir manusia yang sekadar sembang belakang, bukan mengenali dengan lebih dekat.Lantas,

''Oh macamtu ke dia...''

TAPI, aku sekadar diam.Sebab aku tahu, aku ada mereka yang cukup mengenali aku lebih dari mereka.Aku ada kawan yang kenal dari sekolah rendah,berbanding mereka yang mengenali aku tidak sampai setahun.Aku ada kakak dorm yang tinggal sebumbung,dah tentu lebih lebih lagi kenal aku.Dan aku tahu,mereka sentiasa protect aku diwaktu aku betul,dan backup bila dianiaya.

Pernah ada yang 'menegur' aku atas 'kesilapan' aku.Aku orangnya bukan ego.Tidak..kalau ada yang merajuk dengan aku ( fatayat saja okeyy ) maka aku cuba se-sweet mungkin nak pujuk.Haha.Tak percaya ? Sudah.

Tapi bagaimana kalau benarlah kita tidak begitu ?

Bayangkan situasi satu.
Kita dapat anugerah.Kita post Fesbuk.Kita letak pemenang tempat pertama,kedua,dan ketiga.Kebetulan, kita tempat pertama.

Intepretasi satu.
"alhamdulillah,tahniah la Sameon..rezeki engkau yaa..balik asrama senyap senyap rupanya ambil hadiahh..''

Intepretasi dua.
"Isy menunjuk gila bapak.Tahulah nombor satu tak payahlah nak show off.''

Sedangkan,hakikatnya disebalik perbuatannya rupa-rupanya cikgu minta masuk Facebook.Minta tag.Nak buat report kepada pengetua atas kejayaan kita.Cikgu nak save gambar.

Nampak tak Nampak tak Nampak tak Nampak tak Nampak tak Nampak tak Nampak tak Nampak tak
Nampak tak Nampak tak Nampak tak ?



Tahukah, dari intepretasi yang buruk tadi akan mencetuskan virus yang lebih buruk.Maka lebih banyak intepretasi buruk akan membontoti intepretasi buruk yang kedua.Ada  3456789 lebih syak yang memvirus.

Mulalah,cop macam-macam.Upsss REALITI hokeh.

"Macam mana saudari tahu 'someone' yang corrects kita tu adalah corrects? Macam mana kalau pendapat dia salah? Adakah kita patut terima juga? Kalau tak nak terima, adakah kita di-cop sebagai seorang yang ada masalah ego?"
"If someone corrects you and you feel offended, then you have ego problem. But how if the corrector yang salah?"


Mungkin sebab itu,
Allah melarang daripada bersangka buruk.Sangka buruk ini bahaya.Lawan sangka buruk - husnuzzhon, optimis.

Sentiasa berfikir baik.Sentiasa cuba optimis.

Sudahlah,syak wasangka itu lebih banyak bohongnya.Syak wasangka menggelapkan hati.Tahu ?


Mungkin Mirwana punya resolusi.Hayati lirik.
Okey ? Tenang , mari perbetulkan diri baru boleh fikir mengubah masyarakat.