Followers

Dec 21, 2012

Ilham Mujahidah I

''Ok ummi,Alia pergi dulu!''

Basikal yang diletakkan di belakang rumah ditarik.Langkahnya cepat dari biasa.Dibelakangnya ada beg berwarna coklat,terisi buku rujukan mahupun latihan Matematik Tambahan.Tangannya terasa kosong.

''Eh mana stongan aku !''

''Aliaaa ! Taknak makan dulu ke ? Nanti balik petang susah.Lapar nanti ! ''
''Takpe ummi,nanti balik class Alia makanlah.Alia dah lambat dah ni..''

Dicarinya stokin tangan yang entah kemana dicarinya semula.

''Aih ini dia..ish suka kan main sorok-sorok.''

Dengan lafaz basmalah,dia memulakan langkah.Jarak rumahnya ke pusat tusyen agak jauh.Tengahari yang mulai membahang membuatkan Alia sedikit berpeluh.Untuk kelas petang,Alia sekadar menaiki basikal.Tidak mahu menyusahkan mak ayah,itu pendiriannya.

Telefon berdering.Lagu Langkah Tercipta berbunyi sambil bergetar dipoket seluarnya.Mp3 berwarna ungu diberhentikan.

''Assalamualaikum.Ukhti,mana sekarang ? ''
''Waalaikumussalam.Hish kenape call sekarang ? Tengah drive ni ! ''
''Drive?''
''Aah Mercedez.Basikal ana namanya Mercedez.''
''Ceh nak pung pang pung pang bercerita.Ana pergi tusyen teruslah.Jumpa disana.Sudah lambat dah ni.''
''Hmmm yelahh.'' lemah nafas Alia.Ini pertama kali dia ke pusat tusyen tersebut.Dia belum pasti lokasi tusyen itu,sekadar mendapat klu dari sahabatnya,Fakhira.

Akhirnya sampai juga Alia di lokasi yang dituju.Basikalnya diletakkan di tepi jalan.Moga-moga tiada yang mencuri...

''FAKHIRAAA!'' Segera Alia menjerit apabila memasuki pusat tusyen tersebut.Dia tahu sudah lambat.Di tengah jalan tadi pun,sudah puas dia memecut.Hampir saja Alia kemalangan.Mujur dapat dielakkan !'

''Awak cari siapa ? ''.Muncul seorang lelaki yang berkulit agak cerah,tinggi hampir 160 cm.Berbaju warna ungu.Kegemaran Ilham Alia.

'siapa mamat nih ? Huh pikir hensemlah tu nak tegur aku ? Cis ni Alia laa.Tak ku pandang dikau melainkan kerana agama ! Isk apa kau merepek ni Alia....'

''Fakhira.Dia bertudung labuh.Kenal ? '' . Tudungnya diperbetulkan.Sekadar mengelak dari memandang mata lelaki tersebut.

''Oh rasanya saya nampak tadi.Dah masuk class Cikgu Atiff .Tunggu ! Saya pun mahu masuk kesana.Kelas Matematik Tambahan kan?''.Jarinya menunjukkan ke arah pintu berwarna coklat.Lelaki itu terus memandangnya dengan tenungan 'hairan'.Mungkin...

''Ehmmm..'' Hanya mengangguk lemah.Ilham bergegas masuk membelakangi lelaki tersebut.

                                            *****************************************
''alamakk hujan ! Macammana ni Fakhira ? ''
''Alamak..ukhti naik basikal kan? Ana tak boleh nak tolong.Selepas ni ana ada class Biology..enti tak ambilkan ?''
''Tidak...tapi...''

Datang seorang lelaki yang pernah dilihatnya.Siapa ya ? Akalnya bercempera.Ligat memikirkan siapa lelaki tersebut.Rasa macam pernah dilihat,namun macam tidak..

''Mahu saya tumpangkan?''.Senyum manis dari Farhan kepada seorang muslimah dihadapannya.Terlihat lesung pipi,menjelaskan lagi ketampanan wajah Farhan.

Ilham Alia  memandang tepat kematanya.Dijatuhkan bebola mata ke bawah.Tudung labuhnya mungkin aka kuyup andai menaiki basikal.Stokinnya mungkin akan basah terkena lopak.Namun..takkan itu menjadi alasan untuk dia menumpang kereta orang yang tidak dikenali...