Followers

Dec 17, 2012

Sebenarnya....

Bila aku pergi kenduri kahwin di Wangsa Maju tadi,
aku mula terfikir.


Sebenarnya perempuan yang berblonde rambutnya solat kah ?
Sebenarnya perempuan yang freehair tu solat kah ?
Artis-artis yang berpegangan tangan tanpa rasa malu itu, solat 5 waktu kah ?
Bagaimana pula dengan menteri-menteri mahupun pemimpin yan ditangkap atasa dasar korupsi ?

Bagaimana pula dengan remaja hari ini ?

dan aku.....
adakah solatku diterima ?

Benda solat bukan main-main.Malahan solat benda pertama yang dihisab kelak.
Tapi aku masih lalai , belum benar - benar khusyu' dalam solat.Malah,entah-entah bacaan solat belum sempurna.

Namun pengalaman menunjukkan begitu.
Kesempatan aku untuk menunaikan solat di masjid-masjid mahupun surau di shopping complex menunjukkan, 'YA' mereka juga menunaikan solat disebalik penampilan begitu.

Kemudian aku mencari kenapa hal ini masih terjadi disebalik solat yang dilakukan ?
Mungkin jawapan ada pada aku.
Mengapa aku taat dalam kemaksiatan walaupun mampu solat 5 waktu ?

Kalian pun ada jawapannya.
Moga aku dan kita semua berusaha memperbaiki ibadah.Mencari cintaNya dari solat.