Followers

Nov 30, 2012

Cinta bersegi segi di horizon kemaksiatan.

''Aisyah,aku nak berubah.Aku taknak sesekali berhubung dengan Amir lagi.Aku nak jadi wanita yang solehah.Menjadi permata disebalik kekaca yang silauan palsu.Aisyah..kau perlu tolong aku! ''

Aisyah terkesima.Bukan dia tidak tahu,malahan satu sekolah tahu akrab hubungan antara Amir dan  Imani.Bukan calang-calang cinta..semenjak awal tingkatan 1 lagi mereka berhubungan.Malahan,kebetulan Amir dan Imani sering terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang sama, Bola Baling dan Marhaban.Apatah lagi, hubungan mereka bukan diketahui sekadar pelajar,malahan heboh dibilik guru lelaki,mahupun perempuan.

''Rileks Nani,dengar sini..pintu taubat terbuka seluas-luasnya untuk kau..Nani,Allah sayang kau..sungguh Dia sayang..jangan risau,aku bantu kau! aku kan dah janji untuk menarik kau andai rebah? aku kan dah ikat hubungan ini dengan ukhwah fillah?Nani,dont cry.You look worst.Come,put a smile on your face.''

Imani tersenyum.Lantas duduk diatas sejadah yang berkiblatkan Masjidil Haram,menadah tangan sambil menangis tersedu sedan.Aisyah pula mengambil tempat disisi,meniru perbuatan Imani.Diletak AlQuran yang dipegangnya tadi ketepi.

''Ya Allah..sungguh aku terlalai dalam kemaksiatan.Ya Allah bersihkan jiwaku,terangilah dengan segala petunjuk jalanMu.Ya Rabbul Izzati,ku yakin andai dia yang kau tetapkan maka pertemukan kami pada saat yang sesuai.Ya rabbi aku terlalai dalam percintaan,sucikan aku..hatiku..agar mudah bagiku menuntut ilmuMu.''

Kedua sahabat itu saling menangis.Air mata dua sahabat sejati, berjanji setia untuk saling melengkapkan diri dengan kelebihan dan kekurangan,mencipta ukhuwah yang menuju ke Firdausi.

                                                     *********************
'Surat apa ni !'.

Pagi, 6.45 pagi Aisyah tiba awal dikelas..selalunya Aisyah akan awal apabila dia berpuasa,memanfaatkan pagi tersebut mengulangkaji pelajaran untuk subjek hari tersebut.Tapi pagi itu sesuatu yang lain terjadi.Aisyah terjumpa surat di atas meja Najda.

'dari pemain bola baling terhandal,buat si comel Najda.'

''Ini tulisan Amir.Ini tandatangan Amir.Ya Allah, sebuah dugaan buat sahabatku Imani..haruskah aku memberitahu Imani? Atau menyembunyikan hal ini ? Ya allah,lelaki lelaki..pantaskah mereka hanya mengharapkan wanita yang solehah andai diri tidak soleh ? Adakah wanita sahaja yang perlu mengelak dari maksiat?tidakk! lelaki pun perlu ! Amir, kau perlu sedar Amir !''

 ''Buwaaa!! Hahh cakap seorang diri ! Harap je bukak Fizik, ini Fizikiukkkk dah namanya!''
''Ya Allah Nina!Tak baik taw!'' . 
Serta merta disimpannya surat dari Amir buat Najda di belakang beg sekolah Aisyah.Tak mahu Aisyah dari hal ini diketahui Nani.Mungkin terluka,mungkin sedih.Kemungkinan lebih besar, kembali ke jalan yang lama.Tidakkk!Nani tidak boleh berpatah balik.

''Nani,kalau orang yang kita sayang cari orang lain..Nani nak buat ape ? ''
'' I dont care..Nani dah ada Allah, the creator.Dia kan yang cipta orang yang Nani sayang?Dia kan sayang Nani lebih dari orang yang Nani sayang?''
''Sure??Kalau Aisyah suka Amir..boleh tak ?''
''Aippppp!''. Dicubit manja pipi Aisyah yang gebu. Jam menunjukkan pukul 7 .Terpaksa Aisyah mengundur dari untuk bertugas di parking pelajar.

                                   ****************************

''Amir?'' Amir tersedak ketika sedang meneguk air.Aisyah ketawa kecil.
''Apa?Nani suruh kau kirim salam ke?''
''Tidak.Najda.''

Terkejut Amir waktu itu.

''Mana kau tahu hal aku dengan Najda?''
''Amir,kalaupun aku tidak tahu..Allah tahu..Kalaupun aku tahu, aku cuba sedaya upaya taknak Imani tahu..''
''Ermm..kau sebenarnye nak apa dari aku?''
''Satu je,jauhkan diri dari Imani kalau benar kau pilih Najda.''
''Jauhkan diri ? Maksud kau? Kami dah lama tak bermesej lah, jumpa pun tidak.Kau tahulah si Imani tu dah nak jadi Ustazah,macam kau!''
''Jauhkan diri..I mean,dont give her fake hope.Sebab kau tak sesuai buat dia.Imani deserves someone better, someone who loves Allah, makes Islam as his pillar, no girl beside him.Barulah jantan.''
''Sudahlah!Sekarang kau nak cakap aku pondan lah?''
''No I'm not.Tapi kalau betul.....fikirkanlah Amir..''

Segera Aisyah menjauhkan diri dari Amir.Takut berlama-lama makin besar api kemarahan.

                                               ******************

'Surat lagi?'

''Assalamualaikum,buat Najda semerah lu'lu di Firdausi..lama tidak mendengar khabar ? Mesej pun tidak.Tak bawa henset ke asrama kali ini ? Amir rindu Najda..Oh ya, haritu Najda tanya fasal Nani kan? Tak ada apa-apa antara kami..dah putus lama pun.Alah, Nani tak secantik Najda.Najda comel ! Malahan  Najda ada apa yang Nani tiada.Najda sayang..terima kasih isi hati Amir dengan cinta Najda.Terima kasih, tidak pernah seindah ini Amir dibuai angin cinta..Oh lupa ! Peperiksaan dah nak dekat...selamat berjaya ya sayang..peperiksaan kali ini penting sangat buat kita.Moga kita sekelas ya sayang.Nanti hari raya Amir nak ziarah Najda dan keluarga.Tidak mahu bercakap panjang, salam rindu salam kasih. Moga kekasihku sentiasa di dalam naungan bahagia.Love you,dear.''

Astaghfirullah.Malunya aku dengan Allah..malunya aku dengan guru-guru..aku benci perbuatan ini,masakan aku berkuasa menghalangi dengan tangan?

Tidak tenteram Aisyah menghadap buku PSI di hadapan.Seolah-olah kaku.Otaknya ligat berfikir sesuatu.Ya! walaupun dalam hal ini lelaki dan perempuan bersalah, tapi andai perempuan tidak membuka pintu, lelaki takkan masuk!.Aku perlu mula dengan Najda.

                                            *******************************

''Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kami dari Kumpulan 5 ingin membentangkan tajuk Mencegah Kemungkaran,saya Aisyah wakil dari kumpulan akan menerangkan anda mencegah kemungkaran dengan sebenar-benar penjelasan.Insyaallah!''

“Kamu (wahai umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah manusia,(kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik,dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada allah (dengan sebenar-benar iman)”.(Ali-Imran ayat 110)

Allah s.w.t menjelaskan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah tugas kita bersama bermula daripada diri sendiri,keluarga,masyarakat,negara hinggalah kealam sejagat. Seorang suami bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya.Begitu jugalah guru terhadap muridnya dan pemimpin terhadap pengikutnya. Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang yang beriman!,peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…”
(At-Tahrim ayat 6)

Islam telah menggariskan beberapa kaedah untuk mencegah kemungkaran agar dapat dilakukan secara berhikmah dan bijaksana.Sabda rasulullah s.a.w:
“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.
Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tiga peringkat untuk mencegah kemungkaran:
Pertama : Menggunakan tangan (kuasa)
Seseorang itu hendaklah mencegahnya dengan kuasa atau kemampuan yang ada padanya.Ini adalah menjadi amanah serta tanggungjawab pemerintah atau penguatkuasa yang jelas mempunyai bidang kuasa dari segi perundangan.
Kedua : Menggunakan lidah
Bagi mereka yang tidak berkemampuan mencegah dengan kuasa,maka hendaklah mencegahnya dengan lisan secara berhikmah.Kerosakan sosial yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana kita merasa takut untuk menegur perbuatan mungkar,yang berlaku di hadapan mata dengan alasan “tidak mahu jaga tepi kain orang”.
Ketiga : Menggunakan hati
Sekiranya kita tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan ,maka hendaklah mencegah dengan hati iaitu membenci perbuatan tersebut,sentiasa berdoa dan berharap si pelaku diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t untuk kembali kepangkal jalan. Menggunakan cara ini digambarkan sebagai selemah-lemah iman .
Ingatlah, jika kita langsung tidak ambil peduli dan membiarkan maksiat terus bermaharajalela,maka bersedialah untuk mendapat bala bencana.
Kita perlu ingat dan sedar bahawa,apabila bala bencana menimpa kita ia tidak mengenal siapa mangsanya,siapa sahaja yang ada akan menerima padahnya.Apakah kita sanggup menghadapi bala menimpa negeri ini?.”Tepuk dada tanyalah iman”.
                                         ************************************
               
Lega Aisyah seketika.Walaupun tidak mampu menegur secara direct, harap Najda dapat memahami kiasan bahasanya.

Keesokan harinya,

Aisyah terjumpa secebis kertas dibelakang kelas.Tahulah Aisyah surat itu milik Najda kepada Amir,

''Saya faham perasaan wanita bila disakiti..saya faham perasaan Nani andai mengetahui hal kita.Nani baik, Najda tidak..Amir,stop all this.Kita kembali ke lembayung redhaNya? ''

Alhamdulillah,kau tamatkan segalanya dengan mudah berkat bantuanMu.Sungguh aku menyayangi sahabatku, lebih dari diriku.Justeru,kau bantuk kami bersama menggapai redhaMu.

''Woi hang ! Aisyah suka  kan leka !''
''Oii mak..ya allah Nani! suka bagi orang terperanjat.Kalau Aisyah kena heart attack nanti?''
''Janganlaaa..siapa nak jaga Nani..? ''

kedua sahabat tersenyum.Moga malaikat mendoakan hubungan dua sahabat tersebut.Aamiin..:)



********credit to ; http://blogs.iium.edu.my/zahlinah/2009/02/13/bersama-sama-mencegah-kemungkaran-khutbah-jumaat-09-mei-2008-jais/