Followers

Nov 29, 2012

Cinta yang bukan Islamik.

Inayah merenung ke luar jendela,buku biru yang diletakkan ditepi mawar merah ditutup.Dia merenung kearah dandelion yang bertiup perlahan mengikut arah angin.

'Salahkah apa yang aku rasa sekarang?mencintai seorang lelaki semenjak dulu lagi.Tanpa aku kata tidak ! Ya allah, adakah perasaan ini disebabkan aku mengurangkan kasih sayangku terhadapMu? Adakah cintaku padaMu akan berkurangan?Ya Allah,bantu aku..menempis rasa bersalah atas mencintai seorang ajnabi..'

Lantas,Inayah kembali mengingatkan cerita lama.Memori diperah.Satu persatu kenangan keluar..
                                                          
                                                    *****************************
''Assalamualaikum,Inayah,tolong ana sikit !''
''Yo sis!waalaikumussalam,kenape?''
''Eh tadi ana tengok dalam list nama program tu, ada syabab dari SBPI Gombak kan?''
''Ada..ada..kenape dengan dia?Ana tak kenal pun orang tu.''
''Tolong berikan surat ini pada Wardah,adik ana.Wardah sekolah SBPI Gombak.''
''Hmm berat ni.Tibe-tibe rasa segan muncul pulak dengar nama dia,haha.''
''Sejak bila Inayah pandai malu ni ! tolong eh.urgent!''
''Haii Nina..suka bagi ana muamalah dengan syabab..iyelah,ana cuba kalau malu tu hilang ek!''

Keesokan harinya,
'Assalamualaikum,awak Inayah? Ada apa-apa nak bagi saya ke?''
''Kejap kejap,ada.Tapi bukan bagi akhi, tapi Wardahlah.''
''Lah, kenapa tak tegur saya dari semalam?''
''saya malu..malu sangat..''
''Jom duduk.''

Nafasnya berdegup kencang.Walaupun telah terbiasa bermuamalah, kali ini terasa perit.Ada hembusan syaitan memujuk lembut.'Oh hati,kuatlah!'
''Begini Inayah,saya berpendapat malu itu tidak perlu.Kita dalam kehidupan, akan sentiasa perlu bermuamalah berlainan jantina.Sampai bila kita akan bersama dengan sejantina?Malahan hari ini, kita ditakdirkan satu kumpulan.''
''Saya setuju.Tapi saya perempuan.'Malu' bagi saya adalah rasa segan.Biasalah perempuan..''
''Ada benarnya.Tapi andai rasa segan itu mampu ditepis lebih baik.''
''Kalau memudaratkan muamalah ya?''
''Iya, ikhtilat..kalau tidak dijaga haram hukumnya.Bagi saya, jaga ikhtilat dalam bermuamalah adalah lebih penting dari berasa segan.''
''Ikhtilat ? Jadi, akhi cuba cakap, ikhtilat yang salah menukar hukum muamalah berlainan jantina?''
''Iya.Muamalah yang dijentik dengan gigitan nyamuk zina.''
''Hmm begitu.Maksudnya, berurusan dengan sebenar-benar urusan?''
''Iya Inayah.Eh bas nak gerak!mari!''

Saat itu dia rasa berbeza,syabab yang baru bersembang dengannya tadi bukan calang.Ingat lagi Inayah, saat pertama kali melangkah ke dewan Ibnu Firnas,matanya melilau mencari akh Muhammad Qayyum, ingin dilangsaikan amanah secepat mungkin,agar tidak mengganggu perjalanan program 4 hari di bumi Kenyalang ini.Tidak disangka, orang yang dilihat itu asalnya kelihatan berisi, malahan bukanlah tampan pada kelihan pertama Inayah..kini, tampak berbeza.

''Saya nak tanya sesuatu?''
Inayah mengambil tempat sama meja makan dengan Qayyum.Disisinya terdapat beberapa peserta lain yang sebaya.Meja itu hanya untuk ahli kumpulan sahaja,itu peraturan.Air Milo kotak dihirup, bersama dengan pisang goreng sebagai hidangan petang.
''Silakan..''
''Bagaimana pendapat akhi berkenaan wanita yang bercakap dihadapan? Memberikan forum sebagai contoh?''
''Hm,susah.Pandangan lelaki ini berbeza.Maksudnya, lelaki bila memandang, perspektif berbeza.Renungannya dalam.Malah,boleh jadi nafsu syahwat nya naik.''
''Abang,syahwat itu apa?'' seorang peserta sekolah rendah mencelah.Inayah tersedak.Tersenyum seketika.
''Eh awak kecil lagi.Dengar je apa yang abang cakap dengan Kak Inayah,boleh?''
''Bagi saya, why not kita gilap lelaki sehabis mungkin untuk bercakap dihadapan? Mereka kan bakal pemimpin''
''Tapi itu dah menafikan kebolehan dan ilmu wanita ! takkan kita hendak mengendahkan kelebihan wanita serta ketinggian ilmunya!''
''Rileks Inayah,saya tak kata begitu.Malah,Islam tidak menjatuhkan taraf wanita.Malah memuliakannya..''
''Hmm..'' Matanya jatuh kebawah.Akur dengan pendapat lelaki dihadapannya.Saat itu, dia mula mencari peluang , mengukur ilmu agama yang dimiliki.

Terlalu banyak kenangannya.Terlalu.Malahan, Inayah teramat gembira bila dijemput Qayyum untuk bermusyawarah dengan BUDI Integomb, bersama BADAR Maahad Dini Ibnu Sina.
Gembiranya tidak terkata setelah berbulan memendam rasa.

Kini.. 7 tahun telah berlalu, Qayyum menuntut pelajarannya diperingkat Master dalam bidang Fiqh dan Muamalah.Inayah pula,sudah berada di tahun akhir Perubatan,bakal dihantar ke sebuah hospital daerah Hulu Langat.Khabar Qayyum sudah tidak didengari,malahan Inayah tahu,untuk menghubungi Qayyum dilaman sosial sangat sukar,Qayyum bukan lelaki yang begitu.Ikhtilatnya terlalu dipelihara.Laman sosial hanyalah untuk sebenar-benar urusan.

Dandelion masih lagi bertiup bersama angin, sepoi-sepoi bahasanya.Angin di Canada sejuk kali ini, musim luruh kian menghampir.Buku biru bertajuk '' A world without Islam '' dibuka.

''teett teett..''
satu mesej diterima,
''Assalamualaikum, Inayah?''
''Waalaikumussalam.ya saya, siapa disana?''
''Ini ibu Qayyum, kenal Qayyum?''
Inayah terpanah halilintar.'Kenapa Qayyum meminta ibunya menghubungi aku?'
'Ya puan, ade ape ya? saya ingat Qayyum.Sahabat saya sewaktu Tingkatan Empat.''
''Alhamdulillah..Inayah dimana sekarang?''
''Saya di Canada puan..minggu depan insyaallah akan pulang ke Malaysia untuk housemanship..''
''Baguslah begitu.Makcik nak jumpa ibu ayah Inayah ya lagi 2 minggu.Minta Inayah buat Istikharah, tolongya..Qayyum beria-ria sangat ni..''

2 minggu berlalu.Inayah menyarungkan baju jubah ungu,bersama tudung labuh krim.Baju yang pernah dipakai sewaktu pertemuannya dengan Qayyum sewaktu Tingkatan Empat..

''Kenapa awak merisik saya?''
''Sebab dari pertama kali saya bercakap dengan awak, saya nampak awak mengalihkan bola mata dari ditumpukan..''
''Memanglah! sebab saya memang tak suka orang pandang mata dalam dalam!''
''Iya?Walau apa Inayah nak cakap, saya nak kata terima kasih...''
''reason?''
''terima risikan ini.Alhamdulillah,insyaallah,tak lama lagi..kita..''

''Inayah ! mari sini tolong mak dibelakangg !''
''Maaf, tak boleh borak lama-lama.Nanti dah halal lah ya.''

Buat muslimin dan muslimat, biar ada ruang memisahkan antara yang halal dan haram. Jangan terlalu memuja perasaan cinta, takut cinta kepada pencipta yang mencipta dia berkurangan..
Jangan ikatkan sesuatu yang rapuh,berjanji setia atau bermadah kata sebelum masa.
Bantu diri, menjauhi kemaksiatan.

p/s : Saya tiada kaitan dengan cerita ini, malahan sesiapa yang berwatak tidak langsung berkait di alam nyata.Sekian, terima kasih ^____^