Followers

Oct 25, 2012

''Kan Bumi Allah ni suci ?.....''



Suasana di Sydney terasa suram.Nakuyah baru usai mengerjakan solat dhuha.Baginya, menjadi pelajar Medic ini amat memerlukan komitmen besar dalam menghargai waktu.Masa yang senggang ini, diisi dengan ibadah.'Bila lagi kalau bukan sekarang ?' bisiknya dalam hati.


'' Kan bumi ALLAH ini suci ? So why you prefer not to sujud here ? '' Nakuyah menyeru lembut. Lembut dalam kelantangan.
'' How do you think I could possibly sujud here. This tanah ! '' . Balqis enggan tunduk. Mana mungkin tanah yang dia pijak ini menjadi tempat sujudnya.Sudahlah tidak berlapik, tiada karpet , tiada sejadah yang terbentang !
Nakuyah diam sejeda.Cuba menyampaikan dalam berhikmah.Seperti tuntutan Allah..wajaadilhum bilamu'izatil hasanah.'' Jangan lupa asal kejadian .. humanity concept..have you forgotten what he said ? "
''what ? Aku dah lama tak bukak suratNya..aku busy! Kau pun tahu, kita periksa tiap-tiap hari. Ni,final exam pulak! Kau tahu betapa sibuknya aku menguruskan macam-macam kan ? ''
''Subhanallah.In no matter what, his letter must always be beside you.Even Balqis pandang dia dah dapat pahala, inikan membaca ! ''
'' Okkaayyyy and stop with your tazkirah.Enlighten me what he said please ? '' Balqis membuka buku Biologi.Mitosis and Meiosis , muka yang terkeluar seusai selakan pertamanya.
''Al Mu'min , ayat 12.Cekidaut ! ''
((Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. ))
Balqis merenung ke buku yang bari dibuka.'What she said is so damn true..' bisik hatinya. Bukan dia tidak mahu menunaikan solat dhuha, baginya menunaikan solat ditempat selain masjid dan rumah adalah kotor.
Teringat Balqis sewaktu di zaman sekolah menengahnya.



  *******************************************************************************


'' Rehat 30 minit.. tolak beratur 10 minit..itupun kalau kau ni lightning.Membayar 2 minit..berjalan masuk kelas 3 minit..makan 10 minit..basuh tangan lagi..'' Laju Balqis bertutur.Sambil tangan membuat latihan additional mathematics, ' Functions'.Prejudis !
''Kau kira ape ? Tak hilang dek rezeki lah kalau berkira-kira sangat ! ''. Syakirah menyampuk. Mana mungkin telinganya sanggup mendengar bebelan Balqis.Semak je buat aku nak menghafal bab Zawaj ni..
'' Taklah.Aku bukan apa, teringin nak buat solat dhuha..you know, rehat 30 minit mana sempat.Nak je aku report kat HEM !Tapi..''
'' Dude, kau risau 30 minit tak cukup untuk makan lepastu berjalan ke musolla? Lepastu ambil wudhu'..pakai telekung..solat..doa..in less than 30 minutes? '' Syakirah merungkai kekusutan.Menang dia bab intuisi ni. 
''You totally got the gist!.''
Syakirah teringat.Kenangan di Nadwah Kepemimpinan Islam.Mengajar dia erti solat dimana-mana, mengajar dia memelihara wudhu', sebuah perkara yang banyak kepentingannya.Baginya, mentaliti orang Malaysia tak pernah nak berubah.Kata negeri membangun ! Bab Fiqh tak pernah hendak dimodenkan.Sesuatu yang perlu ditajdidkan untuk ummah ! Itu cita-citanya.


               *****************************************************************

Keesokan harinya..
Syakirah meletakkan buku nota addmath di lantai kelas. Kasut sekolah yang sudah luntur warnanya dicabut. Dalam Fiqh, khuf hanyalah untuk kasut seperti di tanah arab. Bukan kasut sekolah.muehehehe.Segera berdiri dalam keadaan tenang.Takbir bersedia diangkat untuk menghadap Ilah.

''Allahu akbar..''
''assalamualaikum warahmatullah..'' . Usai solat dhuha 2 rakaat , yeyy! Bisik hatinya. Baru tadi dia membeli di kantin, makan nasi lemak dalam kelas , dan kini ? Solat dhuha.

''Tahniah Sya ! You've proved me the 2 in 1 theory ''.Tangan dihulur ke arahku.Bangga.
'' Nayy.Its ALLAH.He easier my way , capacious to what is narrow.I'm just doing my job.Saying thanks after eating nasi lemak!''. Salaman tangan berbalas.

'Haha you and your 'joke will never end up! I'll somehow miss you once the SPM come to its finish line.''
'' Haruslah ! Aku kan orang yang bersaham besar dalam hati kau ?'' Dia cuba mencetuskan keadaan yang ceria sebelum menyuntik doktrin kedalam hati Balqis.

''Oh well , tapi tadi aku dengar budak kelas kita cakap macam-macam time kau solat kat belakang kelas ni.''
'' Aku dah agak. Its okay, dorang cakap apa ? ''
''Its like...kotor lah kelas ni.kenapa tak solat di musolla je ? Tak nampak pun Syakirah ambil wudhu'.. biar betul budak ni.''
'' Wah, secara teorinya, I think I've awed people with my act. Aint I ? ''
'' Haha, seems like yes. I think, you should enlighten them with what you just did. To prevent fitnah ? ''
''I will.Ayy ayy captain! ''

             ***************************************************************************

Alhamdulillah.Seminggu berlalu.Makin ramai yang tidak menjadikan alasan makan adalah sebab major untuk tidak menunaikan solat dhuha.Makin ramai yang memelihara wudhu' hingga waktu rehat.Malahan, dalam memelihara wudhu', bukan sahaja dapat menunaikan solat dhuha. Tetapi, belajar pun dalam keadaan wudhu'.Subhanllah, alhamdulillah , allahuakbar ! Senyum diukir.''Akhirnya dakwah aku terusik dalam hati mereka.''katanya dalam hati.Mana mungkin nak diungkap dalam bentuk bicara.Tiada bahasa boleh mengucap!

Namun..
Balqis pula yang berubah hati.Makin menjauh denganku.Dengki kah ? Nauuzubillah.Tak baik bersangka buruk! Balqis lain.Dulu bukankah dia paling gembira ? Bukankah dia dulu sentiasa mendukung setiap dakwah Syakirah ? Kenapa tidak kini.

             ***************************************************************************
Nakuyah membuka handbag berwarna merah jambu.Perlahan-lahan..seperlahan lagu ' I wont give up - Jason Mraz  ' yang diputar di Auditorium Sydey Opera House.

''Here, take my pashmina.And this socks.No worries, saya baru basuh semalam.''
''Buat apa ? Put into the drain ? atau baling ke dalam laut Sydney ni ? ''
''Wear it.Perform the solah.You'll find the tranquility by doing it.The quality, trust me.''
'' Yayayayaya. '' . Balqis akur.Akur.

Takbir diangkat.Pagi di Sydney Opera House terasa sungguh asing baginya. Menunaikan solat dhuha 
di sini ? Tidak, tidak pelik lagi bagiku. Cuma perasaan, terasa kerdil yang amat.

''assalamualaikum warahmatullah..''

Nakuyah datang.Dua ais krim cornetto ditangan.

''Mission accomplished ! Here's your reward ! .''

Balqis senyum indah.Sydney Opera House menutup segala ego untuk bersujud kebumi.Allah, tak ingin aku menjadi iblis yang takabbur dengan ciptaannya dari api.Allah, tak ingin aku sentiasa dalam kekelabuan Fiqh.Semoga kau sentiasa mendidik dan mentarbiyahku,insyaallah.Syakirah, maafkan aku..dulu aku benci kau lepas dakwah kau diterima.Aku benci.Syaitan jahat kan Sya? Forgive me,sya..