Followers

Oct 21, 2012

A love that emerge from Salak Tinggi.






Langkah diperlahankan.Radio diputar sekuat mungkin, sepantas neuron otak Wafiyah Iman yang ligat mengingatkan kisah siang tadi.

Baru pagi tadi Allah kurniakan Wafiyah Iman kemenangan atas kejayaannya.Wafiyah terpilih menjadi Pelajar Terbaik PMR bagi sekolah-sekolah di Selangor. Di matanya, terpamer sebuah imej.

'Eh, tak mungkin ! Tak mungkin dia !'
Terkejut.Dia baru lepas berpapasan dengan seorang lelaki. Kemas orangnya..berkot, memakai baju kuning hijau.Sama dengan Wafiyah Iman.
'oh maybe budak ni pelanduk dua serupa.Think positve lah Fiya!'

Hakikatnya, dia tunduk dan akur pada logik akal. Optik tak menipu, dia nampak nama tu dalam booklet majlis hari ini. Orang tu kawannya, orang yang dia jumpa di Pantai Pangkor. Bersama dalam sebuah program.Imamnya pada solat dhuha  yang dikerjakan ditepi pantai.Benar, di atas pepasir Pangkor yang Wafiyah Iman sujud itu, menjadi saksi lelaki yang baru saja berpapasan dengannya itu adalah imamnya.

'Assalamualaikum kawan..tahniah atas kejayaanmu..dari kecil kita kongsi kejayaan kan ? Mungkin kali ini pun sama, kita berkongsi tempat lagi.' Senyum Fiya dalam diam.Hati monolog tak berhenti. Kata disusun sekemas mungkin.Allah, tak biasa suara ini menegur dia.

''Wafiyah Iman !''.Fiya memandang kiri kanan.'What the rockkk ? Siapakah ? Takkan suara dari syurga kutt!'.Langkah diperlahankan.Serasa bahu diketuk.
'Oyy Oyy makkk !'.Opss, terlepas melatah pulak!
''Gemuk la Iman ni, ana panggil 45 degree dari telinga kanan enti pun tak dengar jugak ke ?'. Aisyah menegur.Ah, sahabat karibku di Pangkor dulu. Dia yg ku pinjam bahu sewaktu penat. Dia yg bersamaku bermain-main air  laut dikaki.
''Tahniah Aisyah.Tempat ketiga ye ? OK la tu !''
''You're pulling my leg aint ya ? enti  tu lagi hebat ! First place PMR pulak tu.''
''Allah apanyaa..kita ni nak ambil SMA dah.Berapa hari je lagi.Haha! Nampak apa yang ana nampak?''
''siapa?''

Jari ditunding ke arah jam 12. Lensa menangkap imej yang berdiri tegak di tiang.Lagak macam Alfonso De Alburqueque dah.Haha..
''Oh.kisah lama?''
''Ya, kisah lama.''

****************************************

''Wafiyah Iman ? PMR SABK ?''
''Ya saya.''
''Sila beratur di luar ya.''

Langkah diperlahankan.Nampaknya aku bakal berbaris bersama dengannya. Diputar kisah 5 tahun dulu. Begini juga keadaannya. Kita beratur bersama, mendapat hadiah kecemerlangan sewaktu di sekolah rendah.

'' Arif Mukmin ! Jom ambil gambar semua kontinjen Selangor? ''
''Kat manee ?''
''Alah tepi pintu jela.Boleh tak? Tolong bagitahu Amir Wajdi.''
''Bagitahulah sendiri.Amir, ni haa Fiya nak cakap something.''
       ''eh manade manade !! ''
.Senyum malu. Apalah aku ni =,=''  gentle lah sket dude!

''Rileks lah Wafiyah Iman oii ! Amir je pun..kan kita satu team dulu?''

Ya.Memang. Tapi.. kalaulah kau tahu hubungan persahabatan jauh lebih lama dari tu. 10 tahun Arif. 10.Bukan 1, 2 ,3 bukan..

Hubungan persahabatan kami tidak bertaut di Pantai Pangkor.Tapi bercantum selepas lama berpisah. Berbeza Arif...Kau dengan aku lain.Kau memang kawan yg baru aku kenal.Tapi dia ? Kami ada cerita lama. Kami satu pasukan. SAMBBST ini dulu jadi saksi pertarungan bola baling kami. Aku dan dia satu pasukan.Kami kapten..banyak cerita Arif..Hari ini, SAMBBST mula mencoret kisah lama dan mewarnai dengan cerita yang serupa.

''Cheese lah Amir ni.Bagi aku malu ayam je!'' . Gerutu Wafiyah Iman.

***************************
''1 2 3 Cheeseeee !!''

And now I've picture of us :)


Jangan salah sangka ye.Kami berempat pelajar cemerlang PMR SABK.Kebetulan kenal pulak tu kerana geng Nadwah Kepemimpinan Islam.


Azrien :)


Mommyy :)


Psstt, nampak tak orang serban kat belakang tu ? 


Ok tertarik tengok jubah putih.Rindu SAMT !