Followers

Sep 17, 2012

ISTIKHARAH CINTA * pewwittt *

Kalau nak baca pasal program NILAM , scroll down eh ^__^ 

Yaaaa akhirnya dapat jugak pecah rekod 2 post dalam 1 minggu ( or less ) :)

Kali ni nak cerita pasal Istikhrah & Choice.
Sweet takk ? Hehehe :))

Okai first nak bagitahu, ini bukannya kisah Balqis dipinang oleh mana-mana syabab.No no. * muda lagi *.



Tapi ni kisah pasal dilamar oleh dua majlis ilmu;

1) TRIAL SMA
2)NKI * Nadwah Kepimpinan Islamiah *

Ya Allah, sebelum aku melangkah ke NILAM , keadaan yang sama berlaku. 
Dilema , keliru , kusut . 

Sekarang ? Pun sama. Waktu jumaat petang (18.9.12) , dapat SMS dari Syakirah untuk ke NKI.
Allahu rabbi..gembira tak terkira la.Tak sangka kata-kata boleh jadi doa..

''Kan best kan mira kalau kita dapat join benda-benda dakwah ni ? Aku suka.Boleh tambahkan ilmu aku yg tak tinggi mana ni.Benda macam NKI tu.Jeles kot aku dak2 form 3 dapat pergi.Kitaa?? Serius weh, kalau ade chance, aku nak kot! ''

dan teringat kata-kata Isma ;

'' Kak Balqis , Isma kan dapat pergi NKI peringkat sekolah.Kalau Isma yg tah pape ni dapat pergi, pe tah lagi Kak Balqis yg hebat ni ! ''

'' Heh awak ni.Bile masa akak hebat ? Tak tak.Akak ni biase je..betul..tapi best ke NKI tu ? Nak rasa laa..''


Pergh, makbul kot doa aku.
and here's the thing , tengah tahap menggelegak risau. NKI ke Trial ? 

Duupp Loop Duupp !! Segalanya aku kembalikan pada ALLAH. Tapi ada la jugak tanya seorang sahabat ni, panjang jugaklah kami 'bualkan' dalam IM - tapi pastinya takde benda lagha.

Jadi dari sepanjang-panjang IM kitorang , satu benda aku simpulkan - N I A T.


Malam tadi , aku cuba dapatkan nombor telefon ustaz dan ustazah SMA aku lepas dicadangkan oleh sahabat tadi.Itupun lepas aku buat istikharah ^_^' * chopp kat sini bukan nak riak or menunjuk ibadah, tolong paham *

Alhamdulillah, benarlah.Istikharah ni sebenarnya bukan melalui mimpi..tapi hati =) Dan juga bila kita buat istikharah , terasa segalanya dipermudahkan.Subhanallah....bila 'DIA' tunjukkan kekuasaanNya melalui cara ini, aku baru sedar kerdilnya aku.Betapa banyak dosa aku.Betapa aku perlu pergantungan pada 'DIA'.

Thankss sayangku ALLAH ^_^

Jadi, berbalik kepada ustaz dan ustazah tadi..

1) Ustaz Haikal
2) Ustazah Huda

Yee, memang segan duk main sesmesss(sms) dengan ustaz/ustazah.Tapi bila fikir balik ;

'alaa benda nak malu.Bukan kau mesej laki mana pun.'

Ye tak ye jugak.Jadi gagahkan diri jugak sms.Selama ni pun kalau mesej orang ataupun lelaki sekolah call bila nak beraya, aku cakap kuat2 depan abah.Siap loudspeaker lagi.Kalau sms tu, bagi abah baca.Haha, kelakar pulak !

Ok, ustaz haikal.

''ustaz, saya ada kemusykilan ni ? Boleh tolong ? ''

''Ye..pe ye ? Insya allah sya boleh..''

''Psl NKI..sy dapat tawaran dari JPS..cmne ye..patut ke pergi ?''

''Peringkat ape tu ?''

''Negeri..kalau terpilih ke kebangsaan..saya pun tak thu function NKI ni.. Tapi dulu ada la sy demand nak g sana..tak sangka pulak ALLAH tu makbulkan.cmne ye?''

''Once in a life time kan ? Takyah pening2 k..fikir cara nak influence orang sana tuk select awak ke kebangsaan!hehe..''

''Saya takut je menyesal dan keluar perkataan ' KALAUlah aku tak pergi..'.. Btw, saya tak dapat top 3 time NILAM ustaz..sedih sangat ! Bila fikir balik , satu benda sy tak perlu risau..RIAK.''

''Jangan gitu..top 3 bukan penentu riak..kadang2 terpilih pun dah boleh riak.Saya nak awak gather experience and build up method of dakwah ! Ok Bal ! ''

''Hee saya ni pelik betul tau.. sy ni bukan baik sangat pun.Ramai lagi wara' n alim dari saya..saya ni punya la harap ustaz halang sy..kalau ustaz x bg, saya tak pergi ustaz.. Kalau ikut hati, ye memang sy nk pergi..tapi bukan betul hati saya ni..suke buat silap jugak!hee..''

''JPS tak suke bek2 kot..heee..somehow saya yakin awak akan strive utk SMA ni kan kan ?''

''Mungkin ? Heee =)''

''Jangan mungkin2 k..kena faham maksud strive betul2..kalau hafal keluar balik, tak payah lah menghafal. Note down jee..''

''TQ ustaz..''

''dah takyah tnya hati, g je! ''

Kalau ustazah Huda pulak lagi senang;
siap bagitahu study ape untuk sma.. dan paling best ayat dia bila aku tanya;

'Jadi ustazah,boleh ke saya pergi NKI ni?'
'Pergilah..saya izinkan..jaga diri..Innallaha ma'ana.. bittaufiq wannajah..'


Allahu rabbi.Sebak weyy sebakk !

Bila hati makin yakin.. tiba-tiba ramai pulak IM.. Serius ramai sangat. Tak terbalas jari ni. Ada yg tulis kt wall, komen.. macam-macam kata nasihat aku dapat..sungguh ! Hati aku makin yakin.Kaki pun macam tak sabar nak pergi.

Pertama, saya bersyukur ada sahabat yg sudi berkongsi pendapat.
Mummy dan Abah yg sentiasa percaya pada saya.
Murabbi dan Murabbiah yg sentiasa mendukung keinginan saya.
Rakan-rakan yang menjadi tulang belakang.

Percaya atau tidak..
Langkah yang sama aku ambil macam nak buat keputusan NILAM dulu;
buka AlQuran.
Kali ni dapat surah AnNahl page terakhir.Waktu tu aku tahu, insya allah ni keputusan terbaik.

Sahabat..doakan kejayaan ku..berjaya menambahkan ilmu.Sungguh, aku bukan seorang yang wara' atau alim.Serba serbi banyak kekurangan.Solat pun belum betul-betul terjaga.Kadang awal, kadang tengah.Haihh-,-

Semoga NKI ini , aku akan memperbaiki diriku.Jadi wanita solehah.Anak solehah. Seterusnya isteri solehah.
*gelenyass* :P

Salam sayang , salam rindu , salam najah * xoxo *