Followers

Sep 15, 2012

KEM NILAM NEGERI SELANGOR

Yayyyyyyy Assalamualaikum everyone ! I knew everyone's waiting for my blog post kan kan ? Ngee :)

Jap, shall I start with the word 'lama tak mengupdate blog' ? Dont think so.Teehee :D

Ok la, as seen on the title, nak cerita pasal Kem Nilam Negeri Selangor yang berlangsung pada 11-14 November yang lepas.Subhanallah....best sangat !

EVERYTHING START WITH NILAM DAERAH.





Alhamdulillah :) Berjaya memperoleh Anugerah Tokoh Nilam Sabak Bernam 2012.

DILEMMA.
Ok la , dah dapat pergi Negeri , siapa yg nak sia-siakan peluang ni kan ? Tapi masalah Balqis , berbetulan dengan hari NILAM tu adalah percubaan SMA. Daripada gembira & syukur yg amat , bertukar rasa pilu.Hiba.Menyalahkan program NILAM yg diadakan serentak dengan percubaan SMA.

Waktu tu keliru yang terlalu. Alhamdulillah , dengan pendapat murabbi dan murabbiah , serta petunjuk daripada ALLAH melalui ketua dorm Balqis,Kak Hanisah, alhamdulillah hati kuat cakap PERGI.

Asalnya, percubaan SMA tak boleh diulang dan wajib dilakukan serentak satu negeri Selangor. Kemudian, dengan bantuan guru SMA, mereka izinkan Balqis extend masa.Tapi waktu tu dah dapat petunjuk dari Allah daripada AlQuran surah Thaha Ayat 110.


Kisahnya gini, waktu dilemma ini berlaku, Balqis ma'zurah. So nak buat solat Istikharah tu memang lah tak boleh.Minta murabbiah buatkan.Pd masa yg sama, Kak Hanisah pesan;
'Balqis buka la AlQuran.'
'Kemudian ?'
'Nanti Balqis dapat jawapan.!'

Dalam hati cakap mustahil.Takkanlah Allah directly pesan;
'Haa balqis kau masuklah Nilam'.
'Haa Balqis pergi ambil SMA!' 

Tapi, disebabkan masalah insomnia akibat dilemma dan keperluan utk membuat keputusan,
akhirnya Balqis buat jugak.Teliti punya teliti, dapat lah ayat thaha tu dengan intuisi mengatakan;
'Ya Balqis ! Inilah ayatNya! Inilah jawapanNya!'

Tapi waktu tu tak puas hati lagi.Minta pandangan sahabiah bernama Insyirah ( roommate ) yg duduk katil bawah..

'Syira, aku keliru ni.'
'pasal NILAM tu eh ?'
'Haah.Tak senang hati dibuatnya.'
'Kita ada satu cerita..'

Kisahnya pasal seorang tua dan Jad yang berbangsa Yahudi. Namun begitu, Jad rapat sgt dengan orang tua yang dinamakan A.A ni empunya kedai runcit. Setiap kali Jad datang kedai A , mesti dia curi sebijik gula-gula. But then , satu hari ni Jad lupe sangat nak curi sebiji gula-gula. A ni kuat hati mengatakan Jad ni terlupa buat sesuatu hari tu.Lantas bertanya;

' Jad, kamu ada terlupa sesuatu hari ini ?'
'Eh..erkkk manada!'

( lebih kurang la )

A ni bukan tahu pun Jad curi gula-gula.
Nak dipendekkan cerita, setiap kali Jad ada masalah mesti rujuk A.A pulak rujuk sebuah buku buruk ( pd pandangan Jad). Satu hari, A ni meninggal. Si anaknya A bagi 'buku buruk' tu pada Jad atas wasiat A.

Si Jad ni tanya anak allayarham A;
'Ini sebenarnya apa?'
'Ini AlQuran'

Tanpa berlengah, dia mengucap dua kalimah syahadah.Subhanallah!!
Jad kemudian berdakwah ke merata tempat sehingga Nigeria & negara Afrika.
Dia menamakan dirinya Jadullah AlQurani dengan menasabkan namanya kepada AlQuran yg membantunya sepanjang hidup A disisinya.

Hah..!! Dari sini Balqis yakin dan sangat pasti.untuk pergi ke NILAM tuh.
Alhamdulillah.Tak sia-sia pergi.

 PENGUCAPAN AWAM & ESEI (BM DAN BI).






Ini budak NILAMians 2012. Funny , and friendly!



Kat sana, Balqis satu grup dengan Batrisyia, fadilah, Cut , dan Gesh.

Cut : Memang sempoi dan ramah.
Gesh : Indian but do respect Muslim.Best gila la pantun Gesh. Kalau buat surat cinta ni kemfem ramai yang cair.What makes Gesh ni lain daripada other Indian yg Balqis kenal, dia tahu dan faham perempuan Muslim tak boleh rapat sangat.Tak boleh berpegangan tangan.Dia tahu waktu solat. Kadang kalau nak buat latihan malam kebudayaan dia akan cakap cmni;
'Ok korang solat Maghrib dulu, lepastu kita buat latihan.'

I am amazed ! And grateful to become part of his group. Baik sangat la Gesh ni.. 
pernah waktu bosan-bosan cakap kat Gesh camni;
'Gesh can I borrow your laptop ?? please please pleaseeeee?'
*sambil genggam dua tangan di dagu buat muke innocent*

Haha nice !





Waktu penilaian kumpulan , Balqis grup dengan Ammar( yg pandang tak puas hati tuh) , Faris Bazli ( yg tangan atas peha tu ) and Suwarna ( yg pandang depan senyum comel2 tu ). Wuhu :DD The best everr performance I've ever performed !

Lepas habis penilaian kumpulan , kami makan petang sesama. Tapi meja lain2 laa ( Ikhtilat kenn..).
Waktu tu saja la uji Ammar yg merupakan Ketua BUDI Integomb;

'Ammar ! Cube minum air jap!'
'Kenape ? Tak boleh tengan makan ni..'
'Ala minum jelaa!'
'ala kenape??'
'Adelah!'

Kemudian dia ambik air minum dengan tangan kanan. Dalam  hati , aku punye la harap dia minum tangan kiri coz tangan kanan berminyak dengan pisang goreng.

'Takde, saje je nak uji kau.Yela Ketua BADAR kan..nak tengok kau minum cmne..tu je!'

Kemudian aku minum.Tangan kiri berlapik tgn kanan.

'Haa ini minum sunnah nabi kalau tangan kanan kotoq kan Ammar ?'

Faris menyampuk ;

'Ammar , sebenarnya Balqis nak uji kau berdasarkan cara minum air.Dia nak buat suami tuh..'
'Merepek ! orang saja nak uji Ammar . Dia kan BUDI Integomb.'

Ammar pun selamatkan keadaan. Katanya kalau nak uji tengok waktu sebelum tidur. Baca doa ke tidak , baca Al-Mulk ke tidak , sebagai tambahan , surah Al-Waqiah utk pembuka rezeki.
Itulah penilaian yg sewajarnya.

Faris pun tanya;

'Hah Balqis ! Camane Balqis tdur ? Buat tak semua tu ?'
'Eh adelah ! Tanye la my husband !'

Suwarna pun cakap;
'Hoo you ada yg punya dah ke ni?'
'No I'm not ! ;) '

Dalam hati , kalau itulah penilaian yg sebenar, alhamdulillah dan insyaallah aku buat hampir semua benda tu sebelum tidur.Syukur ^_^


Nilah ammar yaser ! Suka betul nama dia ni.

MALAM KEBUDAYAAN .





 BEDTIME STORY yg menarik!


cerita menarik sepanjang zaman :) Group Ammar ! Macam ayah orang dah. Gaya macam orang Jawa =)

After the Malam Kebudayaan, the kids nak buat rumah terbuka. Haha, kak Balqis yang baik ni pun membenarkan selepas dipujuk oleh Nadira ( roommate! ) =]


Picture taken from polaroid Nadira comel .


KARANGKRAF & PPAS.


Balqis is writing :)


Yeehhee :)


Listing down all the items :D


Amboi khusyu' betul Balqis :D

MAJLIS PENUTUP & BALIK.


KISASians except me :D

waktu nak ambil gambar ni, Alden ambikkan. Dia kata kat Iyadh,
'closer.'

Iyadh gerak.

'much closer.'

Iyadh gerak. Aku dah tak tentu arah dah. Ikhtilat ikhtilat !

'closer.'

Aldernn!!!*sambil buat satu jari tangan kanan kedepan goyang-goyang*

at last -____-


Ececeh :]


sabakian's =)






 Heheee I love kids !! 

On top of all, I never regret coming to NILAM.
Ingat lagi waktu penutup, tibe2 nangis dengan Mahirah.
Huhuu ^_^' 

Teringat masa ktorang main Khat. Waktu tu ada Balqis , Gesh , Iyadh & Cut.
Khat Iyadh memang cantik ! Untung lah KISAS kann :D
Pastu ktorang paksa Gesh tulis khat ,
Gesh mana la reti -,-''
Tapi Gesh tulis gak, dari kiri ke kanan.hahaha :))

Teringat waktu di kafe;
waktu Iyadh panggil;
'eh muslimat..'

mana la aku nak terasa.Tapi waktu tu aku sensorang.So aku pndg.
'ah eh ehm nape?'
'nak pinjam pen khat?'
'Oh ha, ambiklah.Dalam pencil box.'

Yela, kat sek Balqis panggil syabab fatayat.Mana muslimin muslimat bagai nih.

Teringat waktu munaqashah antara Balqis , Ammar , Su & Anis.
Kami bincang pasal pandangan seorang lelaki , suara perempuan , keperluan wanita kehadapan bg ceramah dsbg.
Subhanallah, kata2 Ammar akan ingat sampai bila2.

Teringat waktu hari terakhir.Kami ( Balqis , Anis, Syukrina, Nadira , Sofia ) duk jogging keliling BTPN.
Sesungguhnya segalanya tak dapat dilupakan.

Waktu hari terakhir, Balqis sebenarnya taknak pakai baju NILAM. Fit je. Erghh..
malam sebelum tu, pergi 207 ( bilik Akmal & Ammar ) nak exchange dgn Akmal saiz XL.
Rupanya dorang dah tidur.Memang tak adventure betoi tidur awal.haha!
Esoknya dalam 6.20 macamtu, ketuk lagi bilik 207, takmau bangun jugak !
Dalam 6.45 ketuk, baru bangun.Waktu tu Ammar bukak pintu. Akmal tengah mandi.
Segannya tak terkata coz Ammar baru lps mandi waktu tu.Nak je tarik tangan syukrina lepastu lari laju-laju.
Dalam lepas jog baru je nak pergi, Akmal dah pakai.ALaaaaa memang wajib pakai L lah ni.
Jumpa cikgu pun cikgu tak ade saiz XL.

Last & ever aku pakai baju sendat camtuh.Sumpah taknak pakai dah -.-''

P/S : NILAM is the best ever programme I've ever had !



Haa kanan sekali tu tokoh nilam Negeri. Budak KISAS. 
Iyadh Haziq ( in which balqis panggil Haziq coz lidah takboleh sebut Iyadh dgn betul ).
Ramai gila kot perempuan SM( Sek. Men.) crush. Non-Muslim pun ada =]
But I wasnt included k..hehe!

Dari cara jalan , cara cakap , cara bergaul dan pelbagai lagi, dari awal ktorg dah sangka dia ni tokoh.
Memang hebat.



Tiba-tiba teringat Suwarna yg friendly. She is non muslim. but she loves Maher Zain, she even talk about soleh & solehah. We share about our religion. We talk about our crush somehow :))
Suwarna ni baik.Roommate dia, fadilah , dia akan kejut pukul 6 utk solat Subuh. Walaupun Suwarna tak solat ( coz dia non muslim ) . Memang baik sangat la Suwarna ni. Unluckily dia tak dapat top 3.
*She did has the tendency to Islam.Pray that one day she'll become part of us , in sha ALLAH !