Followers

Mar 14, 2012

5 MINIT ( PUISI )



Seminit,dua minit,tiga minit,empat minit,lima minit,
lima minit aku menjengah ke langit,
bukan sekadar pandangan tanpa makna,
tapi berzikir dalam berfikir.

Buruj ursa,bulan purnama,bintang sirius, 
sebagai tanda orang yang beriman.
Akan memikirkan tanda-tanda kekuasaannya,
bukan menilik nasib,tapi menongkah rindu tak berhenti.
dilampiaskan di lantai langit yang tak berpenghujung.

Ku ratap ilustrasi karya yang maha agung
Ku lepaskan rindu pada Dia dengan melihat,
simbol signifikan yang dia sentiasa dekat dalam nubari.

Alangkah,
aku misalan beluncas dalam kepompong,
belum benar faham kewujudan dunia luar.
entah apalah dibatasan penglihatanku,
entah bagaimana indahnya galaksi,planet,meteor..

Bagaimana ya ?
masih aku menjengah ke langit,
sebagai figura bayang kekasih hati yang aku rindui,
moga Dia sentiasa aku rindui.

ameen :)