Followers

Jan 2, 2012

Paradigma

Entri kali ini sepenuhnya dalam Bahasa Melayu & diselitkan beberapa bahasa pinjaman.

assalamualaikum.
Tahun baru , aku punya azam baru.
Melangkah setapak ke arah kedewasaan yg sedang menunggu untuk dinyahkan bagi mendapat hasilnya,
perubahan.

baru aku sedar , tahun 2011 memberi satu impak terhadap aku.Aku banyak berubah,terlalu banyak.
Dan aku sedar,ia sesuatu yang baik buat aku.

Kini,seminit yang berlalu mengejar teramat pantas.Aku perlu bangkit dari keselesaan dan berlari mencapai matlamat hidup,mengejar mardhaatillah.Tapi,setiap tahun juga aku ada azam yang baru,matlamat baru.

tahun ini.
aku mahu dekat dengan Pencipta.
aku mahu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.
aku mahu menjadi seorang yang mudah didekati.
aku mahu memimpin dengan menggenggam sunnah rasulullah.

kalau aku ditakdirkan untuk dipimpin,
maka aku akan pastikan,
yang haq itu haq,
dan yg batil itu batil.
tiada kompromi walau bagi anak raja sekalipun.

sekali lagi 2012 membuka tirai,
aku mahu sesuatu yg baharu,tiada lagi menghidu bau penipuan,benci membenci,pergaduhan.
aku mahu mendengar puisi yang segar,bukan janji palsu,bukan fitnah.
sesungguhnya itu fitrah manusia , 
merindukan sesuatu yang baik.

nota : mungkin tidak selalu blog ini ditulis;kerana tingkatan 4 sedang melambai aku.
Tapi aku butuh sokongan kalian bagi menghidupkan blog ini.
Andalah nyawa blog ini.
terima kasih sudi membaca.