Followers

Dec 27, 2012

Mengapa aku bertudung labuh.

Assalamualaikum.
bismillah,pergh rasa cuak pula dengan entri kali ini,macam entri terakhir dalam hidup je hoi hoi.
argh kecut perut pula grrrrr.

begitulah rupanya aku bertudung labuh kakakaka.
(yang baju biru tuh)



Dari mula tingkatan satu lagi,aku telah tercampak ke bumi Sabak Bernam yang dirasakan terlalu aneh pada pertama kali mendengar.Tak terbayang tempatnya.Tingkatan satu lagi aku dah berdiri di atas kaki sendiri di rantau orang untuk menuntut ilmu.Mak ayah ni pula bukan jenis memanjakan,dan aku pun lebih selesa kalau tak menyusahkan.Maksudnya,setiap kali balik asrama ataupun pergi,aku prefer pergi sendiri.

Tak kisah.Bas,tumpang orang atau mana-mana sistem pengangkutan yang boleh diguna pakai.

Sekolah tu pula,sekolah agama.Also known as Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Siryes tak pernah pun sangka wujud sekolah ini.Masuk pun sebab dapat tawaran Maahad Muhammadi Lilbanat tapi jauh sangat ! Kelantan tu.

Maka aku ikutlah kata mak ayah ke Sabak Bernam.

Memang disana adalah satu kewajipan untuk bertudung labuh dan ditetapkan paras etc etc.Jadi emangnya aku telah didedahkan dengan tudung labuh.

Namun,langit tidak secerah bumi Afrika.Aku dulu berada di zaman Jahiliyyah.Zaman kejatuhan Reinassance.
Tak tahu lah apa yang aku fikirkan sebenarnya waktu zaman dulu-dulu.Tapi,sayonara Jahiliyyah ! Aku tinggalkan jahiliyyah yang tercampak ke dalam gaung yang terletak di Mexico.

Hampir 2 tahun lebih aku mencari identiti diri.Terumbang-ambing.Masih lagi dengan pakaian jahiliyyah.Masih lagi dengan perangai jahiliyyah.

Masuk tingkatan 3.
Alhamdulillah,dapat jadi dormmate Kak Farah.Subhanallah kak Farah ni sangatlah ohsem dan terlalu menjaga ahli dorm dengan tarbiyyah.Seharusnya aku berterima kasih pada kak Farah because she's the one that changed me*dengan bantuan Allah*.Bayangkan,kami ada usrah tiap jumaat.Semua kena bagi tazkirah.Bayangkan,kami tak boleh solat dalam dorm.Bayangkan,dia didik kami dengan solat jemaah.Bayangkan dia tunjuk qudwah hasanah yang masyaallah osem sangatlah.

One thing pasal kak Farah ni,dia sangat pandai.98 % untuk SMA dengan 8 A untuk exam form 4.
Sekarang sedang menunggu persijilan Darul Quran kemudian buat Medic.
Kak Farah jugak yang lantik aku jadi naqibah,seterusnya membuka ruang lebih besar untuk aku tajdid diri.

Kemudian,kalau nak exam je kan mesti aku lepak dengan kak F ni.Sebab apa ? Sebab dia akan ajar something lepastu esoknya exam keluar.Lol memang pergh subhanallah ni lah kelebihan orang yang dekat dengan Allah.

Waktu tingkatan 3 ni pula,aku selalu sakit perut malam-malam.Kadang 3-4 pagi tapi selalunya empat pagi.
Dengan gagah perkasa aku ke tandas tanpa berteman,sebab taknak susahkan kawan.Yelah nak ambil exam besar kan,jadi penat tu subhanallah sangat sangat.Guru-guru drill drill drill setiap hari.

Kemudian sakit perut itulah yang aku berwudhu' lepas wudhu' batal.Dah ambil wudhu'..apa lagi.Qiamullail lah .Jadi situ aku mulai rasa kena sangat berubah.Rasa tenang sangat.

Dah.Situlah aku mula berubah sikit-sikit.Keluar sikit dari kepompong jahiliyyah.

Masuk tingkatan empat.
Teringat pula,satu malam tu aku tersedar dari tidur.Kemudian nampak sesuatu berwarna putih seolah-olah sedang terapung.Malam di Sabak ni gelap pekat.Susah nak nampak..

aku tengok lama-lama.Adakah aku nampak tuttt nauzubillah lah kan.
Rupanya Kak Hanisah buat tahajjud.Sekali lagi,Allah bagi peluang..dia beri kakak dorm yang sangatlah tabah dan rajin beribadah.

Kak Hanisah ni wa tell you takkan buang masa bukan kaki tidur serta solat awal waktu.

dan sangat memelihara tahajjud.

jadi..disitu titik perubahan mulai membesar.Drastik.

Ya,mungkin ramai gila kot terkejut dengan perubahan aku.Perangai hmphh gila-gila dan gelak pun macam hantu tapi boleh bertudung labuh ?

Ya saya boleh saya mampu saya kuat !

Namun,antara sebab lain pula,mungkin pembacaan aku kepada buku-buku Fatimah Syarha serta buku nukilan ulama' yang malas nak ditype disini.

Justeru,aku yakin.Setiap orang boleh berubah dan mampu.

Jangan disangka yang baik hari ini dulu tidak bergelumang jahiliyyah.The cycle continues.Jgn disangka jahiliyyah hari ini esok tidak berubah.

3 comments:

antasya aslinda said...

Alhamdulillah, Allah dah bagi awak peluang untuk menjadi 'bidadari' ^^ Muslimah yg pakai tudung labuh, cantik sangat. Sejuk mata memandang :D

Miss Xyz said...

Alhamdullilah. Saya pun mula bertudung labuh masa tahun ini (form 3). Saya teringin nak masuk asrama sebab nak jumpa orang2 yang awak ceritakan tula yang mungkin ubah saya jadi lebih baik dari sekarang dengan izin Allah. Untungnya awak telah dipilih oleh Allah ;)

Balqis Azhar said...

syukran all :D