Followers

Dec 29, 2012

KEKOLOTAN

Panas hati.
Bukan aku nak berlagak macam 'ya atas dunia ini kau seorang sahaja yang betul maka berdirilah di Puncak Everest.'
Aku tidak mahu memanjang-manjangkan cerita blog ini agar sekiranya aku mengantuk nanti dapatlah aku terus publish dan menjadi santapan kalian untuk membaca dan silalah bantah kalau perlu.

Aku tak kata politik tu salah walaupun situasi di Malaysia ini membuatkan aku menjauhkan diri seketika dari dunia politik - cukuplah dengan pelbagai akhbar dan media yang melaga-lagakan orang Melayu.

dan jangan sampai institusi raja-raja serta kedaulatan agama Islam jatuh hanya kerana sibuk berpolitik sampai lupa daratan.

Tapi aku agak geli geli dengan segelintir pelajar yang melibatkan diri dalam dunia politik macam dia tahu semua perkara.Kecoh mengomen tentang ekonomi like what the fridge kau belajar ke semua ini dan kau tak ambil akaun pun jadi jangan bising.

Aku juga hairan dengan segelintir yang menyertai demonstrasi dan dengan petahnya mengaku dia berjihad di jalan Allah.Tidak gua tidak tuduh lu syiah but think - jihad kita sekarang menuntut ilmu kot.
Carry on kalau rasa kau sedang berjihad di situ tapi kenapa kau tidak terus 'syahid' disana ? Baru aku gembira tanpa mendengar sebarang intipati berbaur politik diuar-uarkan di dalam kawasan larangan berpolitik.

katanya; ' segala aspek hidup kita adalah politik ' . Sudahnya dia menyembang tentang 'parti' berbanding politik itu sendiri.Norm.Memang kebanyakannya menyangka begitu dengan besar kepala dan menolak sekeras-kerasnya bantahan untuk tidak berparti di kawasan larangan.

Berparti.Bukan berpolitik occay.
Bukan aku suruh engkau langsung tidak berparti tapi hal sebegitu adalah terlalu tidak perlu di tempat yang seharusnya kau fikir masa hadapan.

Bukan aku nak kata kau ni tidak educated but man kau boleh tak diam seketika dari memperlekehkan Rosmah ? Bukan aku nak setuju dan menjadi tulang belakang Rosmah tapi mengapa hanya dia yang kau attack despite rambutnya yang sebegitu ? Buka mata.Ramai lagi melayu yang lebih teruk ! yang tidak solat yang warnakan rambut yang bersekedudukan yang terang-terangan berdansa di kelab malam.

Mengapa hanya dia ?
Sudahlah.Berhentilah.Nanah telinga mendengar dan baik lagi kalau aku dengar Maher Zain berjuta kali walaupun mungkin akan jemu.

Sudahlah.Aku benci bila mereka mempermain-mainkan BR1M mahupun segala macam bantuan yang kerajaan bagi.Open sikit - kau pakai juga rm100 tu beli gula-gula kan ? Kau pakai rm200 baucer beli pensel kan ?

Apa yang kerajaan salah.adalah salah.Namun itu tidak bermakna kebaikan yang mereka bagi kau boleh permainkan hanya kerana kau di pihak 'sana' ? Kau suka kalau kau buat baik tapi orang pandai dark side ? 

Pasti tidak.

Ya sudahlah mengutuk tentang parti politik di kawasan larangan.Kalau mahu bicara - sila keluar sejengkal dari pintu pagar.

Melayu.
Suruh belajar taknak,mahu berparti je kerja.Tunggulah umur kau sampai masanya untuk kau menjadi seorang berbangsa Melayu yang matang dalam politik.

Aku bosan.

Nak tanya apa-apa ? http://ask.fm/penawirawati :))

6 comments:

Siti Sabariah Hashim said...

nak tanya balqis umur berapa sekarang? saya silent reader awak dari dulu tapi post ni sedikit mencuit hati saya untuk komen...balqis ada x join mana2 jemaah islam kat malaysia? mung kin diaorang ada reason, ada ijtihad dia dan ada taklifat dia.. mungkin kita anggap perjuangan mereka sia2 tetapi mana tahu dengan masa yang dihabiskan untuk usrah, untuk majlis ilmu, untuk jihad mereka lebih baik dari orang yang mengata.. duit br1m tu memang hak rakyat melainkan dia kata pakatan rakyat haram ambil biar pun tu duit rakyat... setakat yang saya tengok dah jelas dah pihak mana yang lagi banyak jahatnya... memang sudah jelas.. kalau anda rasa jihad itu hanya study, anda salah... budak2 jemaah banyak habiskan masa tenaga untuk sampaikan ilmu, berdakwah, beri risalah kegamaan kepada orang ramai... perbetulkan saya sekiranya saya salah :3

Siti Sabariah Hashim said...

tapi ada benarnya.. jika kita nak menyalak tentang politik, baik x payang.. kalau benar berjihad, x perlu tunjukkan org.. mungkin ada diantara mereka yang benar2 berjihad, yang betul2 bermujahadah, sakit dan perit dalam dakwah.. bahagi masa antara pelajaran, mengusrahkan dan diusrahkan, meeting, malah sakit secara fizikal.. tapi dia senyap... kat u nanti, adik mungkin lebih bnyak mendengar kot pasal politik.. kalau dari u sendiri kompem kerajaan side, kalau lecturer atau student, ada macam2 side.. dan bahayanya, kat u mcm2 ideologi, wahabi, syiah, athies malah anti hadis.. kalau nak share pengalaman, banyak kali kene berdebat dengan diaorang, sbb diaorang nak berdebat.. kalau balqis nak tahu boleh je tanya kak :)

Najla Khairiyyah said...

Salam adik. akak pun silent reader blog adik. tapi post adik yg ni buat akak nak share something. read it ok. :)

Islam mencakupi semua aspek kehidupan:

Ianya adalah jelas kpd semua org yg Islam itu meliputi semua aspek kehidupan; politik, sosial, ekonomi dan aspek lain.Kalau kami mendakwa Islam tiada kaitan dgn politik , jadi ianya akan pupus sebagai ajaran ketuhanan lengkap.

Ada dua sebab mengapa Islam meliputi aspek politik kehidupan

1- Islam mempunyai pendirian jelas terhadap politik dan mempunyai hukum yg berkaitan dgn hal-ehwal yg dianggap sebagai politik.Islam itu bukanlah semata-mata ajaran atau ibadah yg tiada kaitan dgn kehidupan; bahkan, ianya adalah satu ajaran lengkap utk kehidupan manusia. “Islam adalah satu system lengkap, berkaitan dgn semua aspek kehidupan; ianya berkaitan Negara dan tanah air, atau kerajaan dan bangsa; ianya berkaitan akhlak dan kuasa, atau ihsan dan keadilan; ianya berkaitan budaya dan undang-undang, atau pengetahuan dan perundangan; ianya berkaitan kebendaan dan kekayaan , atau pendapatan dan kekayaan; ianya berkaitan Jihad dan dakwah, dan akhirnya ianya adalah fahaman yg benar dan ibadah , spt yg di terangkan oleh Imam Hasan Al-Banna.

2-Sifat seorang Muslim yg sejati yg dimestikan oleh Islam memerlukannya utk terlibat dgn politik. Setiap Muslim dimestikan utk menunaikan tanggungjawab Islam yg menyuruhnya berbuat kebaikan dan mencegah keburukan. Adalah menjadi tanggung jawab setiap Muslim untuk menasihati saudara Muslimnya a dan pemimpin Negara Islam. Kita sebagai Muslims di arah kan dlm surah Al-`Asr supaya menyuruh berbuat kebaikan dan bersabar. Allah berfirman: “Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” (Al-`Asr: 1-3)


Nabi Muhammad SAW menyuruh setiap Muslim utk melawan kejahatan dan menentang ketidakadilan dan jangan menerima penindasan. Ketika di Tanya ttg bentuk Jihad yg terbaik, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bentuk Jihad yg terbaik ialah menegakkan kebenaran dihadapan pemerintah yg zalim.” Adalah dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Penghulu bg org yg mati syahid ialah Hamzah dan selepasnya seorang lelaki yg di bunuh kerana dia menentang pemerintah zalim dgn menyuruhnya membuat kebaikan dan meninggalkan keburukanIslam menyemai dlm setiap jiwa setiap Muslim semangat dan keazaman utk melawan kejahatan dan pembuatnya dan menentang penindasan dan penindas. Dlm menggalakkan Muslims utk melawan bg pihak yg lemah dan tertindas di mukabumi, Qur’an menjelaskan: “Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdo'a: "Ya Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau” (An-Nisa': 75)

Najla Khairiyyah said...

Adalah satu kesilapan besar dan pemikiran sempit utk mempercayai bahawa had larangan dlm Islam adalah tertumpu hanya kpd melakukan zina, minum arak dan sebagainya; bahkan, lebih luas dimensinya. Ianya meliputi kpd semua perlakuan yg menindas manusia, menipu undi, menekan manusia dan mencampakkan mereka ke dlm penjara tanpa sebarang jenayah; ini semuanya adalah bentuk kejahatan yg nyata. Melantik manusia yg tidak cekap dan memecat org yg layak tanpa sebab munasabah adalah perlakuan yg berdosa, dan , jadi ianya satu bentuk kejahatan


Jadi , ianya adalah jelas bahawa kejahatan yg melibatkan banyak isu-isu yg menjadi tunjang politik mesti dibuang dan dihindari,. Bagaimana seorang Muslim sejati mengelakkan drp berhadapan dgn semua kekejaman dan kejahatan dgn mendakwa yg hal itu adalah di luar batasan Islam? Nabi Muhammad SAW di laporkan bersabda: “Kalau umat ku gagal utk berdepan dgn penindas dan berkata kpd nya: ‘Engkau adalah penindas, maka tiada kebaikan dlm diri mereka.” (riwayat Ahmad dlm Musnad melalui authoriti Abdullah ibn `Amr) Seseorang Muslim sejati tidak boleh tidak mempedulikan di hadapan kejahatan , sama ada ianya bersifat sosial, politik, ekonomi dsb nya. Dia mesti melawan dgn tangannya, kalau tidak, dgn lidah , kalau tidak pun dgn hatinya. Apa yg mendorong seseorang Muslim utk terlibat dlm politik kerana dia dikehendaki menunjukkan rasa prihatin kpd org lain dan prihatin dirinya dgn masalah saudara-saudaranya seagama, kerana Muslims dianggap bersaudara. Dlm Hadith, kita mendengar: “Dia yg tidak melibatkankan dirinya dgn hal-ehwal Muslim tidak boleh menjadi salah seorang drp mereka.” Tambah lagi, semua muslim adalah di arahkan utk melawan penindasan politik sama mereka diarahkan utk melawan ketidak adilan sosial. Kedua-dua nya adalah satu bentuk penindasan dan pelakunya akan di hukum dgn berat. Allah berfirman: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan mu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” (Hud: 113)


Adalah mesti ditegaskan bahawa tanggungjawab setiap muslim adalah mendorong hidupnya kpd Negara Islam yg berpandukan Qur’an dan Sunnah dan dlm masyarakat yg berasaskan Shari`ah. Ini termasuk undang-undang negera mesti bersumberkan Shari`ah Islam dan semua rakyat mesti di adili berdasarkan kehendak Islam. Adalah jelas tidak salah utk seorang Muslim utk terlibat dlm politik di samping mengamalkan tugas-tugas agamanya. Supaya lebih jelas, dlm mentaati suruhan ayat dlm surah Al-Ma’idah yg berbunyi: “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. ” (Al-Ma’idah: 44), dia akan dianggap terlibat dlm politik sbg mewakili bangkangan terus kpd mana-mana bentuk arahan-arahan pemerintah yg bertentangan dgn hukum Allah.


sumber: http://zulyusoff.blogspot.com/2006/04/perhubungan-antara-islam-dan-politik.html

Balqis Azhar said...

Thanks sister di atas semua :)

Saya hargai khilaf pendapat ini.

Mungkin saya ada salah dalam post ini,

namun mungkin saya cerita berdasarkan pengalaman saya sendiri :)

Kak sabariah : Saya sekolah mnengah. 16 tahun 2012 :)

Balqis Azhar said...

kak Najla : Allahu akbar,
terima kasih sudi kongsi maklumat ni.Saya dah baca smpai habis alhamdulillah ;)