Followers

Nov 20, 2012

Puisi : Si Mawar Berduri ( Wardatus Syauqah )

Assalamualaikum =)
Lepas blog ni kena malware, dah tak rajin nak update.Allahu, seksa tubuh badan xD
Ni,puisi saya buat kalian - especially muslimat.
**Towards being the best muslimah in the earth, an angel in the heaven ^^



Sayangku wardah,

Merah mekar di bawah langit membiru,
Harum dengan rembesan kasih dan cinta,
simbolik bagi manusia.

Sayangku,
Wardah disini citra pelbagai..
Ada yang berduri,sukar dirapati..
Ada yang lemah tidak bersenjata diri,manusia memetik.
Lantas ia hilang dari menghiasi bumi Illahi.

Sayangku,
begitu yang terjadi pada diriku,
Ingin ku menombak diriku dengan syauqah yang berbisa,
Ingin ku tebak hati lelaki milik seorang soleh sejati.
Apakan daya..
diriku terlalu terumbang ambing dalam hidup yang bergelora.

Jadilah ibarat wardah syauqah sayang,
Dengan maruah kau membolos fitnah dunia,
Dengan kesopanan kau memimpin dunia,
Dengan Ilmu kau dihormati manusia,
Dengan santun dan akhlak mulia kau bentengi lelaki.

Siti Khadijah, Balqis, Aisyah Humaira', Maryam, Asiah..
Memang ku tidak mampu menjadi seperti mereka,
Apatah lagi Fatimah Az-Zahra..
Namun,
Ingin ku mengambil tamsilan,
Cintaku..ku sulam dengan ikhlas pada tarbiah dan dakwah.
Ku alirkan pada sahabat mahramku,
Ku abadikan pada ilmu dan ibadah.

Satu hari nanti,
Si wardatus syauqah akan bercinta dengan sebenar benar cinta.
Halal dan bebas dari fitnah dunia.Setiap sentuhan bakal diganjari pahala.

No comments: