Followers

Nov 30, 2012

Cinta bersegi segi di horizon kemaksiatan.

''Aisyah,aku nak berubah.Aku taknak sesekali berhubung dengan Amir lagi.Aku nak jadi wanita yang solehah.Menjadi permata disebalik kekaca yang silauan palsu.Aisyah..kau perlu tolong aku! ''

Aisyah terkesima.Bukan dia tidak tahu,malahan satu sekolah tahu akrab hubungan antara Amir dan  Imani.Bukan calang-calang cinta..semenjak awal tingkatan 1 lagi mereka berhubungan.Malahan,kebetulan Amir dan Imani sering terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang sama, Bola Baling dan Marhaban.Apatah lagi, hubungan mereka bukan diketahui sekadar pelajar,malahan heboh dibilik guru lelaki,mahupun perempuan.

''Rileks Nani,dengar sini..pintu taubat terbuka seluas-luasnya untuk kau..Nani,Allah sayang kau..sungguh Dia sayang..jangan risau,aku bantu kau! aku kan dah janji untuk menarik kau andai rebah? aku kan dah ikat hubungan ini dengan ukhwah fillah?Nani,dont cry.You look worst.Come,put a smile on your face.''

Imani tersenyum.Lantas duduk diatas sejadah yang berkiblatkan Masjidil Haram,menadah tangan sambil menangis tersedu sedan.Aisyah pula mengambil tempat disisi,meniru perbuatan Imani.Diletak AlQuran yang dipegangnya tadi ketepi.

''Ya Allah..sungguh aku terlalai dalam kemaksiatan.Ya Allah bersihkan jiwaku,terangilah dengan segala petunjuk jalanMu.Ya Rabbul Izzati,ku yakin andai dia yang kau tetapkan maka pertemukan kami pada saat yang sesuai.Ya rabbi aku terlalai dalam percintaan,sucikan aku..hatiku..agar mudah bagiku menuntut ilmuMu.''

Kedua sahabat itu saling menangis.Air mata dua sahabat sejati, berjanji setia untuk saling melengkapkan diri dengan kelebihan dan kekurangan,mencipta ukhuwah yang menuju ke Firdausi.

                                                     *********************
'Surat apa ni !'.

Pagi, 6.45 pagi Aisyah tiba awal dikelas..selalunya Aisyah akan awal apabila dia berpuasa,memanfaatkan pagi tersebut mengulangkaji pelajaran untuk subjek hari tersebut.Tapi pagi itu sesuatu yang lain terjadi.Aisyah terjumpa surat di atas meja Najda.

'dari pemain bola baling terhandal,buat si comel Najda.'

''Ini tulisan Amir.Ini tandatangan Amir.Ya Allah, sebuah dugaan buat sahabatku Imani..haruskah aku memberitahu Imani? Atau menyembunyikan hal ini ? Ya allah,lelaki lelaki..pantaskah mereka hanya mengharapkan wanita yang solehah andai diri tidak soleh ? Adakah wanita sahaja yang perlu mengelak dari maksiat?tidakk! lelaki pun perlu ! Amir, kau perlu sedar Amir !''

 ''Buwaaa!! Hahh cakap seorang diri ! Harap je bukak Fizik, ini Fizikiukkkk dah namanya!''
''Ya Allah Nina!Tak baik taw!'' . 
Serta merta disimpannya surat dari Amir buat Najda di belakang beg sekolah Aisyah.Tak mahu Aisyah dari hal ini diketahui Nani.Mungkin terluka,mungkin sedih.Kemungkinan lebih besar, kembali ke jalan yang lama.Tidakkk!Nani tidak boleh berpatah balik.

''Nani,kalau orang yang kita sayang cari orang lain..Nani nak buat ape ? ''
'' I dont care..Nani dah ada Allah, the creator.Dia kan yang cipta orang yang Nani sayang?Dia kan sayang Nani lebih dari orang yang Nani sayang?''
''Sure??Kalau Aisyah suka Amir..boleh tak ?''
''Aippppp!''. Dicubit manja pipi Aisyah yang gebu. Jam menunjukkan pukul 7 .Terpaksa Aisyah mengundur dari untuk bertugas di parking pelajar.

                                   ****************************

''Amir?'' Amir tersedak ketika sedang meneguk air.Aisyah ketawa kecil.
''Apa?Nani suruh kau kirim salam ke?''
''Tidak.Najda.''

Terkejut Amir waktu itu.

''Mana kau tahu hal aku dengan Najda?''
''Amir,kalaupun aku tidak tahu..Allah tahu..Kalaupun aku tahu, aku cuba sedaya upaya taknak Imani tahu..''
''Ermm..kau sebenarnye nak apa dari aku?''
''Satu je,jauhkan diri dari Imani kalau benar kau pilih Najda.''
''Jauhkan diri ? Maksud kau? Kami dah lama tak bermesej lah, jumpa pun tidak.Kau tahulah si Imani tu dah nak jadi Ustazah,macam kau!''
''Jauhkan diri..I mean,dont give her fake hope.Sebab kau tak sesuai buat dia.Imani deserves someone better, someone who loves Allah, makes Islam as his pillar, no girl beside him.Barulah jantan.''
''Sudahlah!Sekarang kau nak cakap aku pondan lah?''
''No I'm not.Tapi kalau betul.....fikirkanlah Amir..''

Segera Aisyah menjauhkan diri dari Amir.Takut berlama-lama makin besar api kemarahan.

                                               ******************

'Surat lagi?'

''Assalamualaikum,buat Najda semerah lu'lu di Firdausi..lama tidak mendengar khabar ? Mesej pun tidak.Tak bawa henset ke asrama kali ini ? Amir rindu Najda..Oh ya, haritu Najda tanya fasal Nani kan? Tak ada apa-apa antara kami..dah putus lama pun.Alah, Nani tak secantik Najda.Najda comel ! Malahan  Najda ada apa yang Nani tiada.Najda sayang..terima kasih isi hati Amir dengan cinta Najda.Terima kasih, tidak pernah seindah ini Amir dibuai angin cinta..Oh lupa ! Peperiksaan dah nak dekat...selamat berjaya ya sayang..peperiksaan kali ini penting sangat buat kita.Moga kita sekelas ya sayang.Nanti hari raya Amir nak ziarah Najda dan keluarga.Tidak mahu bercakap panjang, salam rindu salam kasih. Moga kekasihku sentiasa di dalam naungan bahagia.Love you,dear.''

Astaghfirullah.Malunya aku dengan Allah..malunya aku dengan guru-guru..aku benci perbuatan ini,masakan aku berkuasa menghalangi dengan tangan?

Tidak tenteram Aisyah menghadap buku PSI di hadapan.Seolah-olah kaku.Otaknya ligat berfikir sesuatu.Ya! walaupun dalam hal ini lelaki dan perempuan bersalah, tapi andai perempuan tidak membuka pintu, lelaki takkan masuk!.Aku perlu mula dengan Najda.

                                            *******************************

''Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kami dari Kumpulan 5 ingin membentangkan tajuk Mencegah Kemungkaran,saya Aisyah wakil dari kumpulan akan menerangkan anda mencegah kemungkaran dengan sebenar-benar penjelasan.Insyaallah!''

“Kamu (wahai umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah manusia,(kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik,dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada allah (dengan sebenar-benar iman)”.(Ali-Imran ayat 110)

Allah s.w.t menjelaskan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah tugas kita bersama bermula daripada diri sendiri,keluarga,masyarakat,negara hinggalah kealam sejagat. Seorang suami bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya.Begitu jugalah guru terhadap muridnya dan pemimpin terhadap pengikutnya. Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang yang beriman!,peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…”
(At-Tahrim ayat 6)

Islam telah menggariskan beberapa kaedah untuk mencegah kemungkaran agar dapat dilakukan secara berhikmah dan bijaksana.Sabda rasulullah s.a.w:
“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.
Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tiga peringkat untuk mencegah kemungkaran:
Pertama : Menggunakan tangan (kuasa)
Seseorang itu hendaklah mencegahnya dengan kuasa atau kemampuan yang ada padanya.Ini adalah menjadi amanah serta tanggungjawab pemerintah atau penguatkuasa yang jelas mempunyai bidang kuasa dari segi perundangan.
Kedua : Menggunakan lidah
Bagi mereka yang tidak berkemampuan mencegah dengan kuasa,maka hendaklah mencegahnya dengan lisan secara berhikmah.Kerosakan sosial yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana kita merasa takut untuk menegur perbuatan mungkar,yang berlaku di hadapan mata dengan alasan “tidak mahu jaga tepi kain orang”.
Ketiga : Menggunakan hati
Sekiranya kita tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan ,maka hendaklah mencegah dengan hati iaitu membenci perbuatan tersebut,sentiasa berdoa dan berharap si pelaku diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t untuk kembali kepangkal jalan. Menggunakan cara ini digambarkan sebagai selemah-lemah iman .
Ingatlah, jika kita langsung tidak ambil peduli dan membiarkan maksiat terus bermaharajalela,maka bersedialah untuk mendapat bala bencana.
Kita perlu ingat dan sedar bahawa,apabila bala bencana menimpa kita ia tidak mengenal siapa mangsanya,siapa sahaja yang ada akan menerima padahnya.Apakah kita sanggup menghadapi bala menimpa negeri ini?.”Tepuk dada tanyalah iman”.
                                         ************************************
               
Lega Aisyah seketika.Walaupun tidak mampu menegur secara direct, harap Najda dapat memahami kiasan bahasanya.

Keesokan harinya,

Aisyah terjumpa secebis kertas dibelakang kelas.Tahulah Aisyah surat itu milik Najda kepada Amir,

''Saya faham perasaan wanita bila disakiti..saya faham perasaan Nani andai mengetahui hal kita.Nani baik, Najda tidak..Amir,stop all this.Kita kembali ke lembayung redhaNya? ''

Alhamdulillah,kau tamatkan segalanya dengan mudah berkat bantuanMu.Sungguh aku menyayangi sahabatku, lebih dari diriku.Justeru,kau bantuk kami bersama menggapai redhaMu.

''Woi hang ! Aisyah suka  kan leka !''
''Oii mak..ya allah Nani! suka bagi orang terperanjat.Kalau Aisyah kena heart attack nanti?''
''Janganlaaa..siapa nak jaga Nani..? ''

kedua sahabat tersenyum.Moga malaikat mendoakan hubungan dua sahabat tersebut.Aamiin..:)



********credit to ; http://blogs.iium.edu.my/zahlinah/2009/02/13/bersama-sama-mencegah-kemungkaran-khutbah-jumaat-09-mei-2008-jais/


Nov 29, 2012

Cinta yang bukan Islamik.

Inayah merenung ke luar jendela,buku biru yang diletakkan ditepi mawar merah ditutup.Dia merenung kearah dandelion yang bertiup perlahan mengikut arah angin.

'Salahkah apa yang aku rasa sekarang?mencintai seorang lelaki semenjak dulu lagi.Tanpa aku kata tidak ! Ya allah, adakah perasaan ini disebabkan aku mengurangkan kasih sayangku terhadapMu? Adakah cintaku padaMu akan berkurangan?Ya Allah,bantu aku..menempis rasa bersalah atas mencintai seorang ajnabi..'

Lantas,Inayah kembali mengingatkan cerita lama.Memori diperah.Satu persatu kenangan keluar..
                                                          
                                                    *****************************
''Assalamualaikum,Inayah,tolong ana sikit !''
''Yo sis!waalaikumussalam,kenape?''
''Eh tadi ana tengok dalam list nama program tu, ada syabab dari SBPI Gombak kan?''
''Ada..ada..kenape dengan dia?Ana tak kenal pun orang tu.''
''Tolong berikan surat ini pada Wardah,adik ana.Wardah sekolah SBPI Gombak.''
''Hmm berat ni.Tibe-tibe rasa segan muncul pulak dengar nama dia,haha.''
''Sejak bila Inayah pandai malu ni ! tolong eh.urgent!''
''Haii Nina..suka bagi ana muamalah dengan syabab..iyelah,ana cuba kalau malu tu hilang ek!''

Keesokan harinya,
'Assalamualaikum,awak Inayah? Ada apa-apa nak bagi saya ke?''
''Kejap kejap,ada.Tapi bukan bagi akhi, tapi Wardahlah.''
''Lah, kenapa tak tegur saya dari semalam?''
''saya malu..malu sangat..''
''Jom duduk.''

Nafasnya berdegup kencang.Walaupun telah terbiasa bermuamalah, kali ini terasa perit.Ada hembusan syaitan memujuk lembut.'Oh hati,kuatlah!'
''Begini Inayah,saya berpendapat malu itu tidak perlu.Kita dalam kehidupan, akan sentiasa perlu bermuamalah berlainan jantina.Sampai bila kita akan bersama dengan sejantina?Malahan hari ini, kita ditakdirkan satu kumpulan.''
''Saya setuju.Tapi saya perempuan.'Malu' bagi saya adalah rasa segan.Biasalah perempuan..''
''Ada benarnya.Tapi andai rasa segan itu mampu ditepis lebih baik.''
''Kalau memudaratkan muamalah ya?''
''Iya, ikhtilat..kalau tidak dijaga haram hukumnya.Bagi saya, jaga ikhtilat dalam bermuamalah adalah lebih penting dari berasa segan.''
''Ikhtilat ? Jadi, akhi cuba cakap, ikhtilat yang salah menukar hukum muamalah berlainan jantina?''
''Iya.Muamalah yang dijentik dengan gigitan nyamuk zina.''
''Hmm begitu.Maksudnya, berurusan dengan sebenar-benar urusan?''
''Iya Inayah.Eh bas nak gerak!mari!''

Saat itu dia rasa berbeza,syabab yang baru bersembang dengannya tadi bukan calang.Ingat lagi Inayah, saat pertama kali melangkah ke dewan Ibnu Firnas,matanya melilau mencari akh Muhammad Qayyum, ingin dilangsaikan amanah secepat mungkin,agar tidak mengganggu perjalanan program 4 hari di bumi Kenyalang ini.Tidak disangka, orang yang dilihat itu asalnya kelihatan berisi, malahan bukanlah tampan pada kelihan pertama Inayah..kini, tampak berbeza.

''Saya nak tanya sesuatu?''
Inayah mengambil tempat sama meja makan dengan Qayyum.Disisinya terdapat beberapa peserta lain yang sebaya.Meja itu hanya untuk ahli kumpulan sahaja,itu peraturan.Air Milo kotak dihirup, bersama dengan pisang goreng sebagai hidangan petang.
''Silakan..''
''Bagaimana pendapat akhi berkenaan wanita yang bercakap dihadapan? Memberikan forum sebagai contoh?''
''Hm,susah.Pandangan lelaki ini berbeza.Maksudnya, lelaki bila memandang, perspektif berbeza.Renungannya dalam.Malah,boleh jadi nafsu syahwat nya naik.''
''Abang,syahwat itu apa?'' seorang peserta sekolah rendah mencelah.Inayah tersedak.Tersenyum seketika.
''Eh awak kecil lagi.Dengar je apa yang abang cakap dengan Kak Inayah,boleh?''
''Bagi saya, why not kita gilap lelaki sehabis mungkin untuk bercakap dihadapan? Mereka kan bakal pemimpin''
''Tapi itu dah menafikan kebolehan dan ilmu wanita ! takkan kita hendak mengendahkan kelebihan wanita serta ketinggian ilmunya!''
''Rileks Inayah,saya tak kata begitu.Malah,Islam tidak menjatuhkan taraf wanita.Malah memuliakannya..''
''Hmm..'' Matanya jatuh kebawah.Akur dengan pendapat lelaki dihadapannya.Saat itu, dia mula mencari peluang , mengukur ilmu agama yang dimiliki.

Terlalu banyak kenangannya.Terlalu.Malahan, Inayah teramat gembira bila dijemput Qayyum untuk bermusyawarah dengan BUDI Integomb, bersama BADAR Maahad Dini Ibnu Sina.
Gembiranya tidak terkata setelah berbulan memendam rasa.

Kini.. 7 tahun telah berlalu, Qayyum menuntut pelajarannya diperingkat Master dalam bidang Fiqh dan Muamalah.Inayah pula,sudah berada di tahun akhir Perubatan,bakal dihantar ke sebuah hospital daerah Hulu Langat.Khabar Qayyum sudah tidak didengari,malahan Inayah tahu,untuk menghubungi Qayyum dilaman sosial sangat sukar,Qayyum bukan lelaki yang begitu.Ikhtilatnya terlalu dipelihara.Laman sosial hanyalah untuk sebenar-benar urusan.

Dandelion masih lagi bertiup bersama angin, sepoi-sepoi bahasanya.Angin di Canada sejuk kali ini, musim luruh kian menghampir.Buku biru bertajuk '' A world without Islam '' dibuka.

''teett teett..''
satu mesej diterima,
''Assalamualaikum, Inayah?''
''Waalaikumussalam.ya saya, siapa disana?''
''Ini ibu Qayyum, kenal Qayyum?''
Inayah terpanah halilintar.'Kenapa Qayyum meminta ibunya menghubungi aku?'
'Ya puan, ade ape ya? saya ingat Qayyum.Sahabat saya sewaktu Tingkatan Empat.''
''Alhamdulillah..Inayah dimana sekarang?''
''Saya di Canada puan..minggu depan insyaallah akan pulang ke Malaysia untuk housemanship..''
''Baguslah begitu.Makcik nak jumpa ibu ayah Inayah ya lagi 2 minggu.Minta Inayah buat Istikharah, tolongya..Qayyum beria-ria sangat ni..''

2 minggu berlalu.Inayah menyarungkan baju jubah ungu,bersama tudung labuh krim.Baju yang pernah dipakai sewaktu pertemuannya dengan Qayyum sewaktu Tingkatan Empat..

''Kenapa awak merisik saya?''
''Sebab dari pertama kali saya bercakap dengan awak, saya nampak awak mengalihkan bola mata dari ditumpukan..''
''Memanglah! sebab saya memang tak suka orang pandang mata dalam dalam!''
''Iya?Walau apa Inayah nak cakap, saya nak kata terima kasih...''
''reason?''
''terima risikan ini.Alhamdulillah,insyaallah,tak lama lagi..kita..''

''Inayah ! mari sini tolong mak dibelakangg !''
''Maaf, tak boleh borak lama-lama.Nanti dah halal lah ya.''

Buat muslimin dan muslimat, biar ada ruang memisahkan antara yang halal dan haram. Jangan terlalu memuja perasaan cinta, takut cinta kepada pencipta yang mencipta dia berkurangan..
Jangan ikatkan sesuatu yang rapuh,berjanji setia atau bermadah kata sebelum masa.
Bantu diri, menjauhi kemaksiatan.

p/s : Saya tiada kaitan dengan cerita ini, malahan sesiapa yang berwatak tidak langsung berkait di alam nyata.Sekian, terima kasih ^____^

Nov 28, 2012

Aku Pelajar Agama.



Alhamdulillah,Allah pilih aku jadi pelajar sekolah agama.
Harapnya,aku akan jadi seorang scholar yg mempunyai background agama yang baik.Jadi ahli sains Islami.
Macam Al-Khawarizmi,Ibnu Firnas, Ibnu Sina and etc etc.

Tapii...sebetulnya aku ni benar-benar pelajar sekolah agama ke? Memanglah betul nama aku telah termaktub  dalam data JAIS sebagai pelajar sekolah SAMTSSAAS,tapi memikirkan hakikat..aku kembali mempersoalkan diri

''Aku betul betul pelajar sekolah agama ke ? ''

Disaat pelajar sekolah agama lebih tendency ke Bahasa Arab, aku memilih melibatkan diri dalam sesuatu yang berbahasa penjajah.

Disaat pelajar sekolah agama dikenali dengan ''ana enta'', aku pilih ' I you ' bila mingle around dengan orang luar - non muslim , english educated friends.

Disaat pelajar sekolah agama dikenali dengan lagu nasheed or whatsoever lagu yang berbentuk ketuhanan,
aku pilih menjadikan FlyFm sebagai halwa telinga.Tapi...pada masa yg sama aku masih melayan lagu nasyid ok!

Hmm aku memilih sekularisme ? Oh well mungkin sebegitu sekali aku dituduh atau dilabel.Atas dasar segala macam curahan idea aku menunjukkan ke arah sekularisme, instead of fikrah islamiah.

Aku jugak *in case if you dont know me* seorang yang bukanlah pemalu macam wanita lain kat SAMT.
Tapi, aku cool.Standard je.Tebal je muka.Aku bukanlah,

''ihik ihik kau ketuklah pintu kelas ni,aku seganlah''

oh oh big NO for it.
Sebab aku belajar hadith Rasulullah berkenaan haya'.Laisa haya' haqiqiyyah.(Ok korang pehe dok nii..??)
Sebab malu yang sebenar adlh meninggalkan apa yang Allah larang,melaksanakan amar makruf.

BUKAN MALU BEGITU yang segan segan apekebende tah.

Malahan,disebabkan perangai aku yang benar benar ingin amalkan apa yang aku belajar, khidmat aku sering diperlukan untuk bermuamalah dengan syabab.Contoh?

''Balqis tolong cakap kat Lupe Fiasco, yang aku hantar buku ni sendiri.''
atau,
''Balqis tolong bagi buku ni kat Ketua.''

''Sis Demi Lovato, kenape tak bagi sendiri  je?''
''Emm aku malulah.Tolong eh.''

Hati aku tahap gamma memberontak waktu tu.Dheyy aku nak jadi jugak wanita yang pemalu.Tapi disebabkan aku selalu perlu bermuamalah,dituduh pula tak menjaga ikhtilat.*IF YOU KNOW ME, then you'll know that I have alot of things to be solve.Mana taknya harapan guru-guru katakann >___<

Lebih daripada tuduhan segala bagai menimpa atas aku, tapi,
~''I gotta be stronggg..just keep pushingg onnnn..lalala'' ~

Malah, bila aku masukkan gambar dalam Facebook , video sendiri,mulalah ada fatayat cakap macam-macam.Tapi aku diam,mungkin dorang ni belum didedahkan dengan daieyah macam AisyahShakirah, or best, Prof Muhaya.
Nak je gua defend diri,

 ''weh at least aku takdelah masuk gambar muka gedik dan mengada-mengada.Muka sendiri sensorang kat cermin tandas or whateverrr lah korang!''

Tak.Aku diam.Sebab aku faham, mereka tak lalui life experience yg aku lalui, tak mingle dengan orang lain macam aku.Pendedahan aku terhadap dunia luar terlalu besar berbanding mereka.Politik?Mak akulah yang selalu heret aku daripada kecil.

Akhirnya,aku mewujudkan satu aliran pemikiran yang sering dibantah kesahihannya.Satu pemikiran yang dianggap salah.

So,kunklusinya, Balqis Azhar bukan syiah k*haha tetibe.


dan inilah sebatian aku, Balqis Azhar yang benar-benar cuba menjadi diri sendiri.


Nov 25, 2012

NEW RESOLUTION FOR 1434 HIJRAH.


Assalamualaikum ! Its new hijrah year ! ( After 11 days of 1434 Hijri hihi ).
Come on, every year there must be something we want to upgrade, to make it even better, to pursuit your dreams.

Getting into the new hijrah year made me realised that I have to do something in between academic and life in order to have a better future.

I really think I need to change my attitude too.I do think to shift a paradigm in my personal development.
Aaaa sebenarnya kau nak cakap ape ni balqis ? tulah tweetlah,facebook lah.Fokus fokus !

So, eventhough 11 days have passed , I am still going to list down what I want to do in future as this year a great event will happen ! it's SPM dude.

Daaaa lets proceed with my new azam of the year.

1-Would always revise maddah.
2-Thirsty of knowledge.
3-The highest in SPM (SABK)
4-Do NOT waste your time badly.
5-Less sleep.
6-Be the best leader for community.
7-Re-formation of SAMT.
8-Less ONLINE.
9-Always read Al-Quran,make it your pal.
10-Re-memorise juz amma !
11-Adds surah; Surah Al-Waqiah,Yaasin,Al-Mulk,As-Sajdah,Al-Qalam,Al-Insaan.
12-Help people in need as always you did.
13-Do not forget to read - as always.
14-Jot down ideas and new info.
15-Make sunnah of Prophet as a routine. *eg:Honey,Kurma,Zamzam.
16-Read surah Al-Insyirah everyday before school.
17-Perform solat dhuha everyday that you can.
18-Witir pleasee before sleap !

Insyaallah :-) I'll try my best starting from now on to discipline myself with my azam of 1434 Hijrah ! May Allah easier my way insyaallah.May Allah helps me to get 11A's in SPM.
May Allah bless me.Amminn amiinn ya allah..


     Walaupun gambar ni takde motif langsung still I want to show you that we, can still play futsal :P


dedicated to those who think that theyre going to seat for SPM.(duuhhh =,='')

Btw, I've got so many stories to tell you *sampai taktahu nak mula dari mana.
Betuii naa..dak tipu sikit pun aih..

Ok lah, pray for me and my success fiddin,dunia,walakhirah.
Insyaallah.
Barakallahu fikum to those who read my blog :))

Nov 20, 2012

Puisi : Si Mawar Berduri ( Wardatus Syauqah )

Assalamualaikum =)
Lepas blog ni kena malware, dah tak rajin nak update.Allahu, seksa tubuh badan xD
Ni,puisi saya buat kalian - especially muslimat.
**Towards being the best muslimah in the earth, an angel in the heaven ^^



Sayangku wardah,

Merah mekar di bawah langit membiru,
Harum dengan rembesan kasih dan cinta,
simbolik bagi manusia.

Sayangku,
Wardah disini citra pelbagai..
Ada yang berduri,sukar dirapati..
Ada yang lemah tidak bersenjata diri,manusia memetik.
Lantas ia hilang dari menghiasi bumi Illahi.

Sayangku,
begitu yang terjadi pada diriku,
Ingin ku menombak diriku dengan syauqah yang berbisa,
Ingin ku tebak hati lelaki milik seorang soleh sejati.
Apakan daya..
diriku terlalu terumbang ambing dalam hidup yang bergelora.

Jadilah ibarat wardah syauqah sayang,
Dengan maruah kau membolos fitnah dunia,
Dengan kesopanan kau memimpin dunia,
Dengan Ilmu kau dihormati manusia,
Dengan santun dan akhlak mulia kau bentengi lelaki.

Siti Khadijah, Balqis, Aisyah Humaira', Maryam, Asiah..
Memang ku tidak mampu menjadi seperti mereka,
Apatah lagi Fatimah Az-Zahra..
Namun,
Ingin ku mengambil tamsilan,
Cintaku..ku sulam dengan ikhlas pada tarbiah dan dakwah.
Ku alirkan pada sahabat mahramku,
Ku abadikan pada ilmu dan ibadah.

Satu hari nanti,
Si wardatus syauqah akan bercinta dengan sebenar benar cinta.
Halal dan bebas dari fitnah dunia.Setiap sentuhan bakal diganjari pahala.

Usrah : Anjakan Paradigma Ummah.




Assalamualaikum, salam sayang salam rindu salam cinta.
Usrah.Halaqah.Study Circle.
In no matter what it means, saya cintakan usrah walaupun terkadang tidak dapat menghadirkan diri kerana kekangan masa.

Pernah, saya banyak kali tidak dapat menghadirkan usrah sewaktu bulan Ramadhan.Allah, bulan puasa makin banyak kerja nak submit.Banyak pula aktiviti.Banyak pula kursus bagai.

Pernah, saya tidak hadir waktu 'main tukar-tukar hadiah' kerana belum mandi.Kebetulan, asrama ada masalah air.

Pernah, saya kecilkan hati adik-adik usrah saya kerana tidak dapat hadir untuk menyambut saya dan K.Hanisah.Siap beli kek lagi tu.Allah, bersalah tak sudah.Sedangkan malam tu, tanpa disengajakan ada perjumpaan batch.

Ye akak minta maaf atas kekuranga diri ini :'(

Tapi hari ini nak cerita berkenaan usrah dan kepentingan*alalala apehal serius semacam*

Pertama,usrah tempat meletak kepercayaan.
Usrah ada naqibah, ada naibah.Ada ahli yang menjadi pendengar,dan menjadi citra usrah.Tanpa ahli siapalah naqib naqibah uhuk uhuk.Kalau ada masalah, sinilah tempat nya.Kalau ingin bertanya hal agama ? Sini tempatnya.Kalau ingin berkongsi hal akademik, sini .

Kedua,usrah tempat meningkatkan ummah.
Wah, dari sekecil kecil perkara yakni usrah mampu membuat transformasi kepada sebesar-besar perkara? Iyaaaa ! Tak tipu :)

Pengalaman sewaktu ta'lim petang bersama sahabat satu batch, kami cerita pelbagai isu semasa hari ni. Isu murtad, isu homo , isu Gaza hampir keseluruhannya kami sentuh.Isu debat akhir zaman pun disentuh.Turut saya selitkan pengalaman berdebat agama, menghadapi orang yg berlainan agama.Allah, so sweet.

Pengalaman ketika ta'lim subuh, kami cerita isu 'zawaj' ( perkahwinan ).
Bagaimana remaja gilakan kahwin awal, namun yg dtg syabab yg kurang persediaan agama, fatayat yg gagal menutup aurat.Wuhu macam macam la.

Ketiga, usrah mengeratkan silaturrahim.
Pengalaman ketika usrah 3.0 mengajar sesuatu.
Pengalam ketika usrah di sekolah pun mengajar sesuatu.
Apatah lagi di asrama, selaku naqibah.

Ehmmm, usrah sepatutnya dihidupkan kembali.Usrah tempat kesatuan ummah.
Daripada merancang ke sana ke mari melepak shopping mall untuk gathering, baik berusrah.
Kita boleh berkongsi pengalaman, pendapat, cerita.
Usrah - way of muamalah.Way of being a better ummah in future.
Usrah is bigger than a usrah ! It's like a conference, a meeting , mu'tamar.

Hidupkan suasana usrah di kawasan anda yooo =')