Followers

Aug 6, 2012

So what kalau tak ada cita-cita ?

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini nak cerita pasal hari ini.I mean how this day went by.

First, aku pergi shopping ke PKNS.
Second , aku mengagih bubur lambuk bersama MBWP dan ABIM.
Third , aku pergi majlis berbuka puasa di sebuah rumah Dato'  besar tahap gamma.

Ok finee , lagi syiok cerita yang ketiga.


Haha,
semenjak dah pergi kursus Photoshop ni,makin rancak pula mengedit gambauuu. xD


Ok la , biar wa cer kat lu dari A sampai Z.
Kisahnya cenggini, Puan Ibu yang merupakan seorang lawyer telah dijemput oleh klienNya untuk berbuka puasa.Sounds macam 'ala mende biasa je.'
Tapi bila Puan Ibu cakap tu rumah seorang Dato' yang jadi klien dia sejak zaman berzaman,
malahan dalam majlis berbuka puasa itu turut serta Tun M & Isteri ,
so why not lepaskan peluang ni , betulkan ?


Jadi nak dipendekkan cerita,walaupun harini menjelajah dari KL ke Shah Alam,pulak ke Jeram,
kemudian Jalan TAR, masih sempat kami menyinggah berbuka puasa ke rumah Dato' ni.
Alhamdulillah..


Dalam majlis berbuka puasa tu pula,
aku seorang la yang paling muda tapi nampak mature yang duduk dimeja VVIP.


'Eh, anak Kak Wan ni umur berape ? Kak Wan muke muda lagi tapiii anak dah besar panjang.'
'U mana ? dah tunang ke ni ?'
'Eh awak baru form 4 keee...Auntie ingat dah masuk U.'


Walaupun ada sikit tokok tambah, but overall mesejnya sampai kot ? Nak menceritakan bahawasanya I'm not 16 physically kann ? wkwkwkwkwkwk :))


Dan di sana , keliling kiri kanan aku mak datin dan dato' serta ahli politik.
OhMyAllah memeyy rasa macam anak Dato' la kannn.. 
Kemudian, dalam nak makan,duduk,cakap,pegang cawan,ambik kek, pun ada protokol.
Waa seriously rasa tak kenyang.
Makan karipap pun dah 5 minit.
Tu belum ambik muffin kecil guna penyepit , bila tekan tak mau masuk.Toing toing.
Tu belum lagi kuis-kuis ayam yang macam nak terlompat dari pinggan.
Tu belum lagi makan biskut guna sudu sampai hancur belum sempat masuk mulut.
BELUM LAGI.


Waktu nak solat pulak, kekadang rasa kasihan dengan datin-datin.
Mestike nampak jambul ? Dah tua sesangat dah tu.Kadang, kita yang tengok ni pon rasa nak menangis.
Bukan apa,
'azab datinn..azab api neraka tu pedihh amat-amat!'


Waktu nak solat Maghrib, ada seorang Datin ni pakai tudung labuh jadikan telekung.
To be exact, sebenarnya kt luar dia freehair.
So bila pakai tudung labuh tu, kat tepi-tepi nampak la rambut.
Selaku seorang wanita yg baik, aku pun tolong masukkan,


'Datin, ni ternampak rambut sikit ni..haa..meh sini saya masukkan.Haa kan cantik!'


Entah , aku pun tak faham.
Bila duduk semeja dengan orang-orang tua, aku paling diam tak bersuara.Yelah,makan dahlah kena cover sehabis comel, dahtu mereka-mereka pulak bercerita something yang bukan age dengan aku.
Memang sadiss aaa..

Waktu dah habis moreh pula,
aku pun mencelah disebalik kesibukan orang ramai utk menemu ramah Tun Dr Hasmah Ali.


'Assalamualaikum..Tun..Can I have your signature?'
'Waalaikumussalam..Yes..'
'But Tun, with a little bit of advice!'
'who are you?'
'My name is Balqis..Balqis Azhar..I'm a student..'


tibe-tibe ade Datin mencelah,
'awak anak Ustaz ke ?'


*celah mana aku anak Ustaz.*
'eh takk, mak I lawyer kpd Dato' Idris..'
'Ohh anak Puan Sharifah kee..'

Conversation dgn Tun continues.
'how old are you?where are you studying?'
'Im 16..I'm in form 4..I'm still studying at Sabak Bernam..'
'What is your ambition?What do you tend to become?'



Dengan selamber aku cakap aku tak ada cita-cita.Tapi aku cerita kecenderungan aku dalam ber'public speaking.' Aku cerita 'excellence' aku dalam akademik although takde la stret A plus anyway.


Kemudian dia marah dan bengang,
seolah-olah tengah panah mata aku dan cakap

' Woii sedaq laa sikit !! Hang orang Islam,Melayu! takkan takde masa depan! '

No no no.Tapi tidak realitinya.Tun seorang yg sangat lemah lembut.
Cuma dia berpesan dan memberi nasihat.Supaya aku jadi doktor.Kemudian dia cerita peri pentingnya mempunyai cita-cita.

Dia berpesan untuk ada cita-cita bagi meluaskan pandangan dan meletakkan matlamat yang jelas.
Dia juga cerita untuk jadi doktor yang berkhidmat kepada masyarakat.
Yang akan berkhidmat dan berkorban kepada rakyat Malaysia.

Satu soalan macam kelakauu yang tak seharusnya aku tanya :

"Tun, I wonder how Doctors can get married, and even have children!'
'why ?'
'Yeah..things like, you're oncall..you're getting too busy treating patient..you're focusing about 6 years doing medic...holding books like 24/7..'

Tun pun jawab:
Semua profesion pun macamtu.Jadi doktor lagilah, nak buat kerja hospital, ada anak kena uruskan, jadi housewive lagi.Memang gila.Tapi, orang yang nak jadi doktor ni orang yang sanggup berkorban.

Lalu dia menceritakan masa lalu.
Dia dibesarkan di Selangor, waktu tu doktor terlalu kurang.Orang miskin terlalu ramai.
Malahan waktu tu wanita mengandung masih berpegang pada adat.Memanggil bidan utk menyambut bayi.Bidan dulu-dulu pulak manade MBBS.Lagikan PHD.Ingat Bidan dulu2 jadi houseman kat General Hospital KL kee ? Tak tak.
Bidan dulu tak jaga hygiene,Yang approximately boleh dikatakan bahaya jugak bidan dulu-dulu.
Tapi,
Dr Hasmah bangkit nak laksanakan Fardhu Kifayah kepada masyarakat.Dia pun bercita-cita nak jadi doktor.Bagi perkidmatan di rural areas.

Hmmmm , aku flashback.
Sekolah aku.Sabak Bernam.Rural Areas !!

Kemudian aku pulak bukak cerita.
Kisah aku yang guna service di GH Sabak.Perkhidmatan dan layanan yang kawkaw tak best.Doktor pulak sikit.Apatah lagi orang yang sakit terlalu ramai dalam sehari.
Hmmm, tu belum lagi kisah doktor lelaki merawat perempuan.
Kisah Ustazah suruh kami semua jadi doktor sebab taknak dok lelaki yg sambut baby.

Hmm,
Betul.Aku kene berkhidmat.

Disebabkan aku,
Tun M terpaksa menunggu lama.
Memang marah betul Manager Tun M , heehehee :D

Tapi tak apa,
dia memang mendoakan supaya aku jadi doktor.
Dan aku sendiri, mengharapkan agar doa itu makbul.
InsyaALLAH :)



Ye , kalau tak ada syurga neraka , kita ni hidup bergelandangan tanpa cita-cita.
So, bila ada syurga neraka, kita tetapkan cita-cita.
Perbuatan kita atas dunia ni membuntuti cita-cita yang kita idam.






Dah kalau tak ada cita-cita,
Gelaplah masa depan !

7 comments:

ain soofiyah said...

wa.. bkal doktor.. tabibiyyi

nasran96 said...

well said:D

kau jumpa heliza helmi????

nasran96 said...

well said:D

kau jumpa heliza helmi????

alia azmi said...

heliza helmi ! wow, i admire her ! nway, goodluck in your cita cita. veryone should have one. masa kat sekolah dulu pun i takde cita cita but bila dah habis spm baru realise kepentingannya. goodluck dear on your future ^^

Balqis Azhar said...

Alia : Syukran Jazilan, wa insyaALLAH!

A Human Gingy said...

insyaAllah.

Anonymous said...

well said:D kau jumpa heliza helmi????