Followers

Aug 24, 2012

Jasa Baik Si Pendapur



Kata orang, raya ni dah susah nak beribadah macam dulu.
Betul ke ? Mari kita cari jawapan.

Apabila hari raya mulai nak mendekat, semua sibuk. Dari Atok, Nenek, Macik,Pacik, sedara-mara, jiran sebelah rumah, turut merasai kesibukan tersebut. Lagikan aku, anak sulung keluarga.Perempuan pulak tu ! 
Memang hampir semua kerja rumah kita la yang buat.Dari dapur ke pintu masuk , dari penjuru rumah ke hujung yang lain.

Kadang-kadang, rasa terbeban jugak.Yelah, nak minta adik tolong pun, semuanya kecik lagi.Yg kedua tu, pemalas sikit.Jadi, nak tak nak, dengan tanggungjawab sebesar 360 tita, maka aku lah yang galas.Buat itu, ini, itu , ini.

SEGALANYA BERMULA DARI PINGGAN.

Semua orang pandang remeh pada sebutir pinggan yang mereka makan.
*Erghh pesal aku asyik takde mood nak menaip nih ;(
Pengalaman waktu aku balik kampug, dan kemudian hampir 3 kereta datang rumah Opah aku,
masyaAllah memang penat basuh pinggan.
Kebetulan pula sepupu aku bertambah, maka pinggan pun bertambah bagi setiap waktu makan.Dan kebetulan, hampir setiap waktu, aku la yang pegang tender.Huwaaa memang penat.

Cuba fikir,
kalau setiap seorang lepas makan terus basuh pinggan , kan senang kerja aku. 
Bayangkan.. bukan susah pun. Malahan berpahala kerana memudahkan urusan orang.


RAYA KUTIP PAHALA.

Haritu, ada senior aku mengadu bahawasanya dia rasa malas semenjak Syawal ni.Rasa hati gelap.
Katanya : Sebab banyak makan. Banyak tidur. Banyak ketawa. 

Well, memang ya pun.
Tapii.. sebenarnya raya ni la banyak kutip pahala.Ingat Ramadhan je ke ? Dakk dakk.
Ehm, dari pagi raya kalau follow sunah Nabi pun dah berpahala. Belum lagi pergi solat hari raya, mendengar khutbah dsbg. 

Belum lagi bila kita bayar zakat fitrah. Dapat pahala bersedekah & membantu org susah.
Belum lagi memasak dengan kepenatan.
Belum lagi kita hidangkan makanan bagi tetamu.
Melayan mereka.
Bagi duit raya.

Banyak pahala tu.


Kesimpulannya, kutip pahala disamping mencari redhaNya,
InsyaAllah, peringatan untuk diri sendiri juga !

1 comment:

ila-nurul-aini said...

salam..come to our blog. www.candidatestam.blogspot.com
kalo nak jdi follower pun cun gak..hahaha..