Followers

Jun 24, 2012

Mengambil Ibrah daripada Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman.



Layan jap video ni :




Alhamdulillah nama aku Balqis.
Bukan Nur,Siti,Jijah,Ning Baizura atau Maria Elena.


Kenape mesti Balqis ??
Sebab Abah yang pilih.Kata Puan Ibu,

''abah suke sangat cerita Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis.Sebab tu dia namakan Along dengan nama Balqis.''

Oh, mesti Abah suruh anaknya ambil Ibrah daripada Ratu Balqis !
Ratu Balqis yang selepas memeluk agama Tauhid, begitu taat pada suaminya.
Ratu Balqis yang bijak , adil , cantik ,
subhanallah ^__^ 

Ratu Balqis ada pasangan hidup yg begitu hebat.
Nabi Sulaiman yang kaya teramat-amat,
kerajaan dari timur ke barat,
namun masih soleh.
Subhanallahh ^__^

Hati aku teringin.Meronta.
Nak jadi wanita yg benar-benar solehah macam Fatimah Syarha.Ni efek baca buku Cinta High Class lah ni :"(
Tak kesahlah.Yang penting , aku nak jugak jadi wanita yang solehah.Sebab aku benar-benar nakkan perkahwinan yang digelar 'Baitul Muslim'.Sebab aku nak lahirkan anak yang soleh & solehah.
Yang akan menghafaz Al-Quran.Yang jadi macam ummi dia, masuk debate.*weeee :)

Bukan nak jadi ummi yang baik boleh start lepas dapat degree.Bukan nak jadi solehah tunggu lepas nikah.
Bukan nak jadi solehah lepas bertunang.

Takk.Jadi solehah kena mula sekarang ! Barulah boleh mendapat redha Allah, dan ditemukan dengan yang soleh seperti kita.
Dari situ, aku idam nak lahirkan anak lelaki yg menjadi ulama Islami,
yang pandai Bahasa Arab.
Fuh , tinggi betul cita-cita !

Tak kisahlah orang cakap aku hidup dalam cloud 9.
Sebab bagi aku,hidup perlu pandang jauh.Ingat Mati, ingat hidup jugak.
Letak plan 10 tahun akan datang, baru aku lebih tahu arah tuju hidup,
walaupun mungkin ajal datang bila masa yang dia nak.

Biar mereka nak sembang kencang tanpa matlamat.Sekurang-kurangnya aku ada.

Aku pun sekarang dah mula solat Istikharah, untuk 2 perkara :
1.sekolah yg terbaik
2.Jodoh & masa depan yang terbaik.

Moga Allah bantu aku sentiasa dalam membuat pilihan,
insyaALLAH.

P/S:Mereka mungkin kata aku buat lawak bila buat solat istikharah seawal 16 tahun.Tapi aku percaya,
penggantungan kepada ALLAH tu penting seawal usia kita kecil lagi.

p/s lagi : Jangan lupa ambik wudhu' sebelum tidur.Baca Al-Mulk.
Nanti jadi macam aku pulak.
Huhu ^_~ Seram bila diingatkan.



4 comments:

StuntWomanWho :) said...

balqis :) nice to know you . eika pun suka dengar cerita nabi sulaiman dan lagu tu ada makna :D

ain soofiyah said...

amin.. smoga dpat keluarga baitul muslim

Anonymous said...

nice entry+blog,
teruskan berda'wah dan sebarkn agama ALLAH,,^__^

Chef Matias said...

balqis :) nice to know you . eika pun suka dengar cerita nabi sulaiman dan lagu tu ada makna :D