Followers

Feb 25, 2012

WAHAI YANG MENGAKU SAHABAT


Untuk aku sebagai seorang sahabat kepada yang lain,
dan untuk yang lain yang menjadi sahabat aku.

Sahabat yang baik,
Disaat rakanmu setapak melangkah di pintu neraka,
kau tarik dan kau bimbing dengan akidah islamiyyah,
sahabat yang baik,
andai hadafmu ingin mengejar syurga Illahi,
kau akan tarik tangan sahabatmu dan kau pegang dengan kejap.

Kau menipu !!
BFFOREVER konon!
Kau pergi dating kau ajak rakanmu,
kau tuliskan warkah buat si haram bagimu,
kau turut memberi idea untuk itu.

Kau sahabat yang baik?
Tidak !
Jangan kau dusta akan hakiki yang termaktub,
Mana hujahmu untuk mempertahankan dirimu ?
Goyang kah engkau kini?
Mengapa kau terleka dibuai hikayat dongeng sang lelaki ?
Mengapa kau ikut sekali menghanyutkan rakanmu ke lembah penzinaan ?
Kau tipu lagi !!
Kau canang satu angkasaraya kaulah sahabat baik selamanya..
selamanya sampai bila ?
Neraka Wail ? Neraka Jahim ?
Atau janji fantasi bertopengkan tipu daya dunia
Mungkin tempat kita lain disisi Allah kini
Tapi,
aku si daie yang lemah,
Akan aku tunjuk nikmat nya Taman Firdausi,

aku,
yang kau tomah,caci,maki,fitnah dahulu.

Pilihlah.
Taqarrub ilallah atau taqarrub ila ma'asi ?

2 comments:

azzwani amir said...

hhmm.. setuju sangat dgn enri kali nie .. and entri yang sangat bagus .. suka bace .. congarats Balqiz Azhar =)

Balqis Azhar said...

:)