Followers

Jan 22, 2012

KECEWA

Kecewa.sedih.patah hati.


Jumaat malam sabtu.
Aku patah hati sangat,serasa macam hilang separuh badan.
Kalau berat badan 50 , maksudnya macam berat 25.Duhh ringannya ! macam darjah 4 dulu.

Mengapa nak sedih ? 
Kisas.Kisas.Kisas.
Saya masih membuat rayuan,
mengeKLIK e-rayuan tu terlalu berat,seolah-olah mengatakan pada takdir yang aku tak boleh terima jawapannya.

Kenapa dia dapat tapi aku tak ? Itu yang bermain dalam fikiran aku.
Pada masa aku kehilangan Kisas , aku turut kehilangan orang yg menjadi raja dalam hati.
siapa ? hm biarlah sekadar kiasan,kerana hati tak pernah benar.Sentiasa bolak-balik.

Aku monolog lagi ,
apa kurangnya aku ? tak ada bakat ? tak pandai ?
Ya memang , berganda lagi pandai dari aku.Berganda lagi lebih berbakat.

Tapii..
izinkan aku memijak bumi para 'ulama dilahirkan,
bumi pencari agama Illahi.

I wanted Kisas so badly.
And this is what happened when Allah didnt give it.
its as im saying YES to what Allah said NO.
astaghfirullah.Tabahlah Balqis.Kemana-mana pun , kau akan tetap punya rezeki.Kemana-mana pun kau akan tetap berjaya.Kemana-mana pun kau akan diredhai Allah atas segala urusan,as long as you remember Allah.

Dulu,eh dulu ya,bukan sekarang,
aku selalu mimpikan pergi Kisas naik ktm je , kemudian sampai ktm klang , naik teksi sampai ke Kisas.
Perjalanan tak terlalu jauh kalau nak dibandingkan sabak bernam.1 jam je kot dari KL Sentral.
Kemudian bila balik nanti,singgah makan McD di Kl Sentral pakai baju hijau  Kisas.Indahnyaa..tak perlu susah bayar mahal utk transport , dan yang penting tak susahkan mummy dan abah.Hm walaupun dari segi kewangan,keluarga memang tak ada masalah,
tapi sbg anak mestilah kita ni nak berjimat taknak susahkan mak bapak.

Tapi itu semua dulu.Samtssaas dihadapan.Membuka seluas-luas pintu pagar mengalu-alukan kedatangan aku.
Seolah-olah memang takdir aku untuk Samtssaas.Apa perancangan Allah sebenarnya ? Aku pun tak tahu.
Segalanya masih kabur dan misteri.Mata aku pun berbalam-balam sekarang,sedih tak terperi,dan tak mampu dikongsi.
Oh well..pada siapalah nak ku kongsi ? Kiri kanan aku takboleh nak percaya selepas tragedi yang berlaku tempoh hari.Kepercayaan aku diragut.Argh..

tadi aku call shahirah,seorang teman yang cukup rapat,

b : assalamualaikum,shahirah,dapat tak ?
s : alhamdulillah..dapat !
b : oooooooh..hmm..
s : balqis,kenape ? janganlah sedih..
b : tak lah ! aku okey la sis.(kalau boleh nak campak fon waktu tu)
s : Sabar tau , Allah know well.Balqis merayu kan..takpe,ade rezeki jumpa sana k..jangan sedih,tak elok.

Its hard to accept all of those destiny.2 hari selepas keputusan PMR keluar , aku,shahirah, amany dan syaima' keluar makan kfc dan jalan-jalan di wangsa walk.The four of us dapat 9A , tapi syaima' teror sebab dia ambil tahfiz sekali ,.The four exclude syaima' mohon Kisas.And indeed,they got it.Not me.

Oh my allah,
sedih tahap 100.

i still have pictures of us.
I can still remember , we are so happy to plan for future , demanding Kisas , and go to school together ,
being bff like before in kisas , go everywhere with only three of us.Oh well..perancangan allah mengatasi perancangan manusia.

i cant do anything today.All i can do is to finish my chemist homework.
Done.With lots oh blanks.
Again,
sorrow.




Jan 20, 2012

Tingkatan Empat

Alhamdulillah,berbekalkan semangat yang tinggi dan dorongan serta pandangan drpd pelbagai pihak ,

akhirnya kelas sains menjadi pilihan aku.Alhamdulillah !

dan yang pasti , 11 subjek perlu ditempuhi,apetah lagi berdepan dengan SMA tahun ni.

Pada aku,tahun ni mungkin tahun yg sukar,berdepan dengan kerja rumah yg entahkan bila nak siap,
berdepan pulak hafalan surah-surah yang panjang setiap hari ,
oh allah je tahu betapa seksanya sekolah.

3 minggu duduk asrama ,
memang sakit.sakit rindu , sakit lapar , sakit duit.
dengan kerja rumah tiap hari bertimbun,aku pun terpaksa berkorban masa makan di DM utk siapkan homework.
Guru tak pernah tahu..yg penting , 
"esok mesti siap."
"hantar pagi-pagi atas meja saya"
"buat muka surat 1 sampai 20 "
"Haa kamu siapkan ini,itu , ini , itu .."

Pappp ! macam UFO jatuh di kepala.Berat ? Mesti..
Kumpul-kumpul segala macam subjek kerja rumah dari Bio , Kimia , Fizik , addmath , mod math , dan segala subjek yang tak terkira ,
boleh la buat mini gunung everest.hoho !

Tapi , memang sakit sangat perut sebab perlu tahan lapar.Kalau tak buat , alamatnya kerja tak akan siap.
Betul cakap orang , pengorbanan sebagai seorang pelajar itu besar.Sangat-sangat.
Biarlah Allah saja balas..

Tahun lepas,balqis mohon KISAS.Memang impian semenjak tingkatan 1..tak percaya ? cube godek entri dulu2..tapi,Allah tu maha mengetahui..alhamdulillah,tak dapat pun KISAS.Tapi kawan sekolah rendah,Amany , dan classmate baru dri SAMPB , atif , dapat.Tahniah yea..

walaupun keputusan trial pmr 8 A , pmr 9A , upsr 5a , psra mumtaz , 
allah tu maha merancang..
mungkin satu hari nnti kalau aku dapat kisas ,
aku akan sombong , riak , bangga diri.Entahlah..

Yang pasti , ramai yg mendesak aku jangan pindah.
Walaupun aku sendiri tk tahu kenape..
lebih2 lagi,ahli team debate.Hurm , mungkin ini tahun kegemilangan kami..dan allah menyuruh agar aku bersama-sama mereka.

Mungkin jugak aku harus memikul beberapa tanggungjawab,krn aku adlh pilihan .
menjadi redaksi ( insyaallah..) , dan beberapa lgi yg tak perlu nk diceritakan.

Menjadi tingkatan empat,
asrama  tingkat tiga ,
sekolah pun tingkat tiga.

alhamdulillah..again , nasib tak dapat tingkat seribu ke , sejuta ke..
kan penat tu..
kan kan ? 

alhamdulillah again , dapat kakak dorm yang kuat tarbiahnya,yang akan bimbing aku masa terkapai-kapai..
yang akan suruh aku sembahyang jemaah di musolla , jangan buat jenayah macam tingkatan 1 & 2 ,
hurm dan sentiasa zakkir yakni mengingati aku..

manakala senior dorm yg lain pun jenis bangun awal ,
kemudian solat tahajjud.Memang aku akan terkesan.Dan challenge diri ,
"balqis , tengok akak tu ! bangun la awal ! sembahyang la ! hidup ni singkat ! "

alhamdulillah,pelbagai mcam kurnia tuhan bagi.
Kene rotan dengan ustaz haikal pun 1 hikmah buat aku.

dan apa lagi..terlalu banyak utk diceritakan sepanjang 3 minggu di asrama.
Seperti biasa , aku pun manusia lemah.
Aku mencari kekuatan di balik buluh-buluh keimanan.

sadaqallaahul azim..

Jan 2, 2012

Paradigma

Entri kali ini sepenuhnya dalam Bahasa Melayu & diselitkan beberapa bahasa pinjaman.

assalamualaikum.
Tahun baru , aku punya azam baru.
Melangkah setapak ke arah kedewasaan yg sedang menunggu untuk dinyahkan bagi mendapat hasilnya,
perubahan.

baru aku sedar , tahun 2011 memberi satu impak terhadap aku.Aku banyak berubah,terlalu banyak.
Dan aku sedar,ia sesuatu yang baik buat aku.

Kini,seminit yang berlalu mengejar teramat pantas.Aku perlu bangkit dari keselesaan dan berlari mencapai matlamat hidup,mengejar mardhaatillah.Tapi,setiap tahun juga aku ada azam yang baru,matlamat baru.

tahun ini.
aku mahu dekat dengan Pencipta.
aku mahu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.
aku mahu menjadi seorang yang mudah didekati.
aku mahu memimpin dengan menggenggam sunnah rasulullah.

kalau aku ditakdirkan untuk dipimpin,
maka aku akan pastikan,
yang haq itu haq,
dan yg batil itu batil.
tiada kompromi walau bagi anak raja sekalipun.

sekali lagi 2012 membuka tirai,
aku mahu sesuatu yg baharu,tiada lagi menghidu bau penipuan,benci membenci,pergaduhan.
aku mahu mendengar puisi yang segar,bukan janji palsu,bukan fitnah.
sesungguhnya itu fitrah manusia , 
merindukan sesuatu yang baik.

nota : mungkin tidak selalu blog ini ditulis;kerana tingkatan 4 sedang melambai aku.
Tapi aku butuh sokongan kalian bagi menghidupkan blog ini.
Andalah nyawa blog ini.
terima kasih sudi membaca.