Followers

Dec 27, 2011

Cara menegur yang betul.

Pernah tak korang merasakan bahawa kadang-kadang teguran itu membuatkan kita jadi kecil hati ?
Pernah ?
Pernah tak rase takut untuk menegur , kalau2 nanti dia tu offended(touching) ?
Pernah ?

Kalau begitu , anda patut baca entri ni ok !

Pertama , nak sangat ingatkan korang2 termasuklah si penaip ini ,
bahawasanya,when it comes to menegur berkaitan maksiat , sangat penting utk kita tegur sebab hal ini dah takboleh jage hati orang dah.Sebab ini adlh tuntutan.Dan takpayah dah nak kusut jage hati orang.
Dan hal yang berkaitan dgn maksiat ni contohnye bile dia dating ker, atau tak tutup aurat ataupun yg sewaktu dgnnya.

Namun begitu , haruslah diingatkan kpd yang menegur utk beretika sewaktu menegur sebab nanti mungkin dia tu akan terkejut dan mula merasakan keyakinan diri rendah..
Maksudnya,dalam menegur,kenelah ade masa & tempat yang sesuai.Sesuai yg mcmana tu ? Pikir2 lah.
Takkanla nak tegur depan orang ramai ? Lps tu gather ramai-ramai luahkan ketidakpuasan hati.C'mon la wei ,
fikir jap perasaan orang walaupun dia tu memang salah ataupun tak sedar.Kadang-kadang dye tu mungkin kita nampak brutal gilerww tapi hati & perasaan ? siapa taw ?

Kadang-kadang kita ni bila menegur , dan orang tu shocked & mule rasa kecil hati ,
fikirkan,kenape dia tu nak kecil hati ? kalau ape yg dtgur itu betul ?
Mesti ade masalah dgn cara menegur.

Masalah.

1.Nampak member tak tutup aurat.
#ini mudah je , mula2 tu kita tunjukla contoh kt dyorang ,
sebab dengan menunjukkan akhlak & contoh yg baik tu merupakan salah satu dakwah.
Lpstu sampaikanlah tazkirah/ceramah dalam dorm atau musolla atau sembang-sembang,
dan selitkanlah berkenaan teguran tuu.

2.Nampak member tak semayang.
#wey baik korang tegur nii,
bawak masalah 1 kawasan kalau tak tgur taw tak !
Contohla,satu dorm.Kalau allah timpe bala,
satu dorm kene.Better tegur la orang tu,face to face sebab ini bukan hal kecik molek macam gule gule dueposen.Face to face , cakap selllooo selllooo ok ! Doakn bebanyak agar dia tu solat.

3.Member kaki mengumpat/perli.
#Ni kalau dapat member kaki gini , kekadang tu terikut sekali.Lagi kalau dah satu geng tu,
mesti ikut sekali.Tappiii,itu bukan alasan utk kite terus melakukan benda yg sama , pahe dok ?
Dosa tetap dosa walau acanne sekalipun.

Biarlah kita menegur orang dengan beretika yah.Dan kalau orang menghina,ejek kite atas sbb teguran kita tu,
donno je.Sebab nanti kt kubur tu lain2 , kalau dia tu kene seksa , dan kita pun dh tegur,takdenye azab tu datang ikut kt kubur kite.Haa inilahh konsep kubur lain-lain yang sebenar.

Akhir kata ,
jangan kau celik dalam menegur tapi buta dalam beretika sewaktu menegur.
Dan menegurlah dalam menegur,dalam erti kata sebenar,
berhikmahlah dalam menegur.

jangan pula dicop cakap tak serupa bikin ,
you help people,and you help yourself to a better attitude.

gua selalu pegang katakata ni ,
BE YOURSELF, BUT A BIT BETTER.

Foot note: Sesapo yang ado masalah,bolehlerr komen dibawah ni.Akan balqis azhar bantu sebaik mungkin ! ye awakawak sekalian..:)


* entri ini tak merujuk kps sesiapa sekalipun termasuklah si penaip.
Maapkan saye seandainya ada yg terasa.Tak niat yea.Sekadar berkongsi. 

21 comments:

Miss Xyz said...

saya ni boleh dikatakn agk susah nk mnegur org.. tp akn ku cuba whai kak Balqis.. hehe ^^

myra azraff said...

penah jugak buat camni,takder la terlalu islamik gitu..just tegur elok2 je..tapi dier ttap x nak ubah yg no 1 dgn 2 tu....esakk.esakk..

Onitsuka_hana said...

hana xberani nak tegur balik2 kena kat batang hidung sendiri walaupan apa yang di tegur tu xda kena mgena ngan hana.. Hana takut nnt orang yang ditegur megata belakang.. hana pernah kena skali..sedih betul.hana degar n tengok sendiri owg tu kata kat hana.start pada tu hana malas nak ambik tau masalah owg.

Hana said...

Assalamualaikum kak, nak tnyer, kalau org tu tak pakai tudung tapi saya nak tegur pon teragak sebab mak dier pon tak pakai tudung gak.. :D.

Nur Atikah said...

nice info :) tp saya jenis tak berani nak tegur org hihi.

Teenager Housemaid said...

saya agak sukar nk menegur org kecuali betul2 rapat..

Magnificent Deft ♥ said...

Salam ukhwah, bagi ana, kalau takut nak tegur org kita tegur dgn cara kita, penampilan, percakapan, perbuatan. ^^ 3p (^^') entri yang berguna, teruskan perjuangan

Cikgu Ma said...

nice entry...memang susah nak tegur org nak2 kawan sendiri..tp mesti tegur perkara yg bercanggah dgn agama..

selamat berkenalan.,=)

sejenis ketagihan

TwIstiEs*meSti Mau* said...

kalu saya..saya sepak lalu kalu budak2 degil ni...hahaha

Saddila said...

dila malu nak tegur orang la . takut kena marah balik . dila tak suka kena marah . nanti dila menangis tiba2 :(

Mish Chocolart said...

asSalam ..
nice tips .!
tapi bile kite nak tegur .,
dia marah kite balek & tegur kite lak ..

nienaryonie said...

berguna!

Original CikTeddy said...

cik slalu gak tegur org..dh cube yg trbaek tp kdang2 prasan jugak air muke dieorng mcm x bape suke..huhu

PeJuAnG CinTa said...

betol tu.. kadang2 pendekatan untuk menegur tu sangat penting.. ermm tapi style pc.. kalau nk tegur roommate.. pc tulis kat blog pc secare umum.. lepas tu suroh die bace.. heheh

Eein Azryn said...

yang bab solat tu. nak tegur tapi takut dia marah pulak. >__<

SeseDaP RaSa said...

saya sgn kalu nak tgur..hehe.. tpi kalu tgur saya buat cara pelan2.. :-)

admin said...

Terimakasih di atas ke sudian anda berkunjung ke laman kami. Jika tidak keberatan. Sila berkunjung ke:

1) http://www.mybrhom.com/

Sebagai tanda sokongan anda. Sila like page kami:
2) https://www.facebook.com/pages/BR-HOM-PLUS/227931176739

Kerjasama anda. Amat kami hargai.

Semut Senyum said...

good2! tegur dengan cara paling berhemah! i like!

Kidd Fallen said...

Haha okay nak tambah lagi 1 boleh?

Si penegur: Nak menegur tu kena pandai main kata, kena tahu cara nak approach org tu samada secara bersemuka atau secara sinis. Lagi satu, NAWAITU menegur tu penting, kerana apa. Bukan sebab nak tunjuk baik dpn orang, bukan sbb nak jatuhkan maruah, tapi sebab nak bimbing dia ke jalan yang benar.

Yang ditegur: Mula2 kena tegur mungkin akan ada rasa panas hati, macam diperlekehkan ke apa, tapi jgn terlalu ikut emosi la, cari kerasionalan dalam teguran tu. Buang sikit ego. Dan bila dah ditegur tu jangan persoal khilaf org yg menegur tu pulak, itu namanya pentingkan diri sndiri; sebaliknya beri tumpuan kpd apa yg ditegur tu. Kalau nak tunggu orang yg betul2 sempurna baru boleh bg teguran mmg takde sapa2 yg nk mbudayakan "saling ingat mengingatkan sesama manusia".

Okay pnjg plak komen. Thumbs up for this entry btw :3

^^Nur Izat^^ said...

setuju dgn entri ni! nak menegur/nasihat org lain biar berhikmah... Rasulullah s.a.w pun ckp mcm tu... Tp, ada certain org tegur cara kasar... & susah org nk terima apatah lg nak laksanakan.. Entahlah, lain org lain cara pendekatannya kan? try to flexible! hehe... ^__________^

Razif Mokji said...

biasanya kalau kita kena tegur, kita mesti menilai teguran orang yang menegur tu, jadikanlah itu pedoman untuk kita menegur orang lain pula dng cara yg terbaik