Followers

Jun 12, 2011

40 kali sebut makbul ( Cartoon ED )

jap jap . nak cakap english jap .


have you ever heard about this ?


k , dah habis cakap english ;P


40 kali sebut baru makbul , toing toing . tak dapat klu lagi ke ? meh sini tengok kartun .

anda dah faham ?
btw , kartun bukan tema blog ReallyWaw yer..hanya sekadar props je.eheks :D
ingin request kartun ape2 ?
atau ingin bagi idea ? komen dibawah ya , makacihh..

Jun 9, 2011

BUAT SAMA SAMA ! ( cartoon edition SPECIAL ED )







 

Jun 8, 2011

RASUAH HALAL

Alkisahnya , ada tiga orang , namanya Abun , Abin , Aban . Mereka mempunyai seorang bos , namanya Aben. 


Pada suatu hari , si Aben mendapati ofis mereka sungguh dalam keadaan parah . yalah , dokumen bertaburan , pen bersepah , laptop senget , senang cerita , terbalik kuang lah ! ( heh..faham tak ni ? )
Sementelahan itu , ketiga tiga pekerja Aben tengah syiokk tengok cerita BEN 10 ! : ALIEN SWARM .
perhh best giler wa cakap lu..men amniotrix bagai..eheks ! kantoi la mereka bertiga sedang ponteng kerja ~ isk3..teruk tak teruk ? lalu , si Aben membuat jadual : 

ABUN - dapur ofis
ABIN -  lantai
ABAN - bilik

ketiga tiga membuat tak endah akan arahan si Aben . 
Si Aben bos ni , pun mencari satu SOLUSI  . dia mendapati bahawa ketiga-tiga Abun , Abin dan Aban sangat suka makan aiskeyem , uhuk3..

lalu dia keluar dari pejabat untuk membeli empat batang aiskrim nestle crunch * dengan harapan akan tergugat la iman mereka nanti *

balik sahaja , dia memulakan projeknya : woii sedapnya aiskrim..slurrpp..sluurpp..

boss , nak juga ! nak nak !

ha boleh . dengan syarat , u alls kemas ofis ni , macam tongkang pecah tahu ?
lalu , Abin dan Abun berbisik .
"isk3..patut tak terima ni ? ni dah kira rasuah.."
"eh , kerajaan kata tak elok merasuah kan ? terima pun tak boleh kan ?"
"haah laa..tak patut ni..tak boleh terima ni.."

"K la bos ! kami tak rela makan ~ kami sanggup tak makan aiskeyem tuu ~"

haprakk nye budak ! ni kau kata rasuah ?
tak patut..


adaptasi dari kisah dalam rumah .
seorang kakak ( aku laa tuu.. ) menyuruh adik2 nya kemas rumah.
namun tak makan saman jugak !
suap aiskrim baru nak !





T UNTUK -

T UNTUK TERIMA KASIH . BOLEH ?


FULL WORDS HERE :

apabila saya meminta anda berterima kasih , bukan bermakna saya tidak ikhlas.tidak sama sekali ! bahkan , saya ingin mengajar anda erti bersyukur dan berterima kasih dalam kehidupan . analoginya sama seperti mensyukuri nikmat tuhan , bila kita menerima kurnia dariNya , sudah tentulah kita berterima kasih dgn beribadah kepadaNya . nah , apakah salah untuk diri ini memohon ucapan terima kasih ? kamu sudah salah tafsir , kamu sudah menggores hati ini , tapi tak mengapa..saya ikhlas memaafkan kamu..krna kamu sahabat saya..

YA ..BACA INI PULA :



YA , TERIMA KASIH LAH SEBAB KUTUK SAYA ,
TERIMA KASIH LAH SEBAB ANIAYA HATI SAYA .
DAN SAYA BENAR-BENAR TERGORES HATI .
SUNGGUHH... =,='


HUHH...




BLOGGER MALAYSIA HEBAT

sebelum tu , nak ucap berbanyak terima kasih kepada followers2 balqis  :) HUHU dah mencecah 900 .
900 wooo , suka2 . sebab balqis suka sangat nombor 9 ! <3

yang like blog balqis pun banyak juga ,


123 , waaa nice number  woo :) 

Alhamdulillah..dah 3 tahun jadi blogger ,
semenjak darjah 6 lagi ,
tapi aktif time form 2 . hheeh..
sekarang dah form 3 , nnti lagi beberapa hari ,
genap 3 tahun hari jadi blog site ni . treettt tett tett !
hujung tahun ni balqis akan buat kontes GA untuk blogger,
heee :D 
 tunggu abiss PMR yee..huhu ;F

THANKS BLOGGER CZ BAGI SUPPORT !

kamu semua hebat , tahu ?
makaciiihh..


Jun 6, 2011

tutup sikit ! malu laa !

assalamualaikum , dan salam sejahtera , salam 1Malaysia :)

* sambil menyapu debu yang berterbangan dan membuang sarang labah-labah *
HEY HEY ! ya kamu , saya nak tegur sikit , boleh ?

tegur apa ?

sebelum tu..saya nak tanya sikit ,

kamu kaya tak ? cukup wang ? mampu beli topup ?

ya , saya mampu untuk beli semua itu .

wah , tentunya kamu anak orang kaya bukan ?

* mendengus * ya , mungkin . terpulang kamu untuk menilai.saya ada sebijik jaguar . manakala ibu dan ayah saya ade lotus, kaya atau miskin ? nilai lah sendiri.

* adusss.. * sudah tentu kamu kaya !

jadi mengapa pun ?

kamu mampu beli kain tidak ?

ya mampu , of coz !

tutup aurat mu  , kawan . baju itu labuhkan sikit . tutup tudung ke paras yang sepatutnya .stokin mana ?
fikirkanlah..andai tidak menutupnya , kalau 10 lelaki ajnabi melihat , kan banyak dosa tu ?
kawan , tutup lah sebanyak mana sekalipun , lebih2 lagi kamu pelajar sekolah agama ,
andai dihisab diakhirat kelak , siapa mahu jawab ?
aku , kamu atau ibu bapa kamu ?

sudah tentu ,

KAMU !

sekian , saya ,
PENA WIRAWATI

Jun 3, 2011

MUKHAIYAM ILMI SAMTSSAAS

MUKHAIYAM - mukhaiyam ditakrifkan sebagai perkampungan dalam konsep yang telah dilaksanakan.
menurut kamus bahasa arab , perkataan tersebut berasal dari " khayyama " yg bermaksud khemah . :)
ILMI - ilmu , di mansubkan ( tak silaplaa ) dgn baris bawah.
SAMTSSAAS- nama sekolah balqis lah , sekolah agama menengah tinggi sultan salahuddin abd. aziz shah ,sabak bernam.

Program ni bagus , tujuannye untuk guru habiskan silabus/membuat latih tubi untuk mencapai kecemerlangan dlm PMR , SMA , SPM , STAM , STPM .
Disaat semua manusia sdg menikmati holiday yg heaven giler ,ktorg pulang ke asrama utk mendaftar dan mengikuti program tuh . Rm 40 dibayar untuk makanan 4 hari , 5 kali makan sehari ( stended asrama la ) .

semua pelajar berulang mahupun pelajar asrama , kene berkampung kt asrama untuk rehat , tidur dan mandi .
kesian pelajar berulang! ade yang kekok pd awal mulanya program . tapi akhirnye terbiasa kot ? entahlaa :(

NAK TUNJUK GAMBAR KEJAP ;

hari first program ,


hari selasa , riadah gile2 .


tengah tension , 3 jam PNP . 


konon la kan , cover ayu .
waktu ni guru geo kot , xmasuk lagi ><


dibelanja guru PAI , ustazah ummi masidahayu , 
makaciiihhh ustazah !

nahnu kenyang aidhan ! hhehehe :)

majlis penutup,
kami mendaftar dahulu ,


tamatnya program .




ni ada motivasi di penghujung acara ,
ade la momen2 menangis , pasal guru , rakan , ibubapa :)


habis prgrem , pegi DM ,
masuk je full gile DM .
ambil keputusan , x makan =,-


dihantar ke pekan sabak jam 12 40 tengahari .
tiket saya pukul 1.15 .
tq cikgu untuk tumpangan anda !


bantu cikgu angkat barang2 , hehehe :)
nampak balqis ? yang di belakang tuu...



ini gambar eksklusif , muahahaaha !

menangis sebab KHB xdapat apa yg saya target kan! sedih wooo :( 
nangis kt cikgu .
ngee ~



sekian , jumpa lagi !
saya ,
PENA WIRAWATI 


9 A !