Followers

Dec 19, 2010

"pakai tudung , kenapa ???? "

assalamualaikum ,
kisah ni balqis copy dri teman blogger sendiri .
hopefully dia xkesah la ek .
ni post balqis yg ke 100 .
soo , balqis nak wat post yg menarik , lain dri yg lain ;)
bace la erk , kalau tak larat bace yg panjang2 , baca yg balqis underline tuu pon takpe .


(sambil berkempen .kempen iniwootlah!)

Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:

"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"

"Apa mimpi kau bertudung?"



"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"

"Macam baik sangat pakai tudung."

"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"



Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,

"Baru MASUK ISLAM ke kak?"

Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.



Peristiwa Pertama

Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.

Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.



"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174



Peristiwa Kedua

Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).

Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.



Peristiwa Ketiga

Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.

Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.



Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.

Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.

Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.



*Biodata Penulis

Adibah Amalina adalah seorang pelajar di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Kita doakan Adibah terus istiqamah dan mengajak sahabat lain untuk berubah sepertinya. Tahniah!

20 comments:

tqaAwesome said...

nice !!
amiiin sempoga Allah tetapkan hati dia dan kita semua :)

Balqis Azhar said...

insyaallah :)

woot-woot said...

Alhamdulillah :)

SapaSapaJerLahhhh said...

wah...insaf jap..

nur syazani said...

insyaAllah..
moga2 apa2 yg kita lakukan mendpt keberkatan Allah..
dan dpt berubah ke arah kebaikan..
=D

rayne rawt rawt said...

Alhamdulillah :)

::NelyLeyana:: said...

menariknye cerita ni

Aretikz said...

Persoalan sebegitu rupa jika tidak dipandu dengan akal kita boleh menjadi binasa dek kerana syaitan yang suka membuatkan pemikiran kita meragukan sesuatu kebaikan yang ada pada kita..
Semoga kita dipandu akal seperti cerita di atas ^_^

Balqis Azhar said...

aretikz :insyaallah..dengan izin tuhan ;)
nely : huhu..menarik and kena ambil iktibar..
rawt2 : btul 2 btul..
syazani : yea , sokong sgt2 !!
sapa2jerlahh:aikss,kejap je ?ngee~
woot :ameen ;)

sya hassan said...

aminn.. bertudng xsemestinya tuk org kg je..itukan mmg wajib.. :D

Balqis Azhar said...

yea ,btul sgt2..

aNnE said...

bertudung..jaga maruah diri seorang perempuan:)

Balqis Azhar said...

yupss.hhehe :D

NuSaNa NoSa 91 said...

alhamdulillah..
semoga kita semua sntias di bwh lindungan-Nya & dipandu ke arah yg benar..
semoga dia terus istiqomah memakai tudung.. ^_^

p/s: wahh~ dh en3 yg k-100?? tahniah yep!! ^_^

little black dress said...

pernah bce kisah ni kt fb..
sy lebih ske bertudung..
=)

Budak-N said...

org sllo salah sangka, siapa yg btudung. bgitu jugak sebaliknya bagi siapa yang tak bertudung. ((:

cik.shabah said...

alhamdulillah... ;)

me | is | aku said...

pkai tudung make sure menggambarkan peribadi seorang muslimah.

kdg2 lg sejuk mata tengok org x bertudung tp perangai elok, berbanding org yg bertudung tp perangai nauzubillah..

hihihi.. chill! =))

Sarah-rah-rah said...

alhamdulillah =) semoga pmpuan ni hati dia lebih terbuka mndpt hidayah Allah.. ameen2.

Balqis Azhar said...

ameen ,insyaallah !